ANDA PELAWAT KE


Wednesday, December 31, 2008

SAMBUTAN TAHUN BARU, RELEVANKAH??

Malam ini berlangsung sambutan Tahun Baru 2009... Entah relevan entah tidak!.. Pada saat ini Puteri sedang menyaksikan TV3...amat terseksanya mangsa rejim zionis di Gaza. Malah dikatakan Israel menambah lagi bilangan askarnya untuk menyerang dan mengepong Gaza. Malangnya nasib masyarakat saudara kita di sana...

Berkaitan sambutan Tahun Baru 2009, mungkin boleh tetapi janganlah terlalu berlebihan. Tidak salah rasanya kalau kita luangkan masa beberapa minit untuk mengingati kekejaman yang dilakukan terhadap saudara seagama kita di sana. Sepertimana dalam satu kenyataan daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang memutuskan bahawa Kerajaan tidak akan menganjurkan sebarang acara sambutan tahun baru 2009, memang wajar. Keputusan tersebut telah membutikan bahawa keprihatinan kerrajaan terhadap isu-isu semasa di negara kita.

Ikuti petikan berikut :-

Bukan masa berpesta sambut tahun baru

Langkah kerajaan membatalkan semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 amat wajar. Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menganjurkan sebarang acara sambutan tahun baru.

Keputusan kerajaan dalam soal ini amat dialu-alukan dan bagi pihak rakyat ia menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan berkaitan dengan isu-isu semasa amat tinggi. Kemelesetan ekonomi dan kedatangan tahun baru Islam 1430 Hijrah yang hampir sama waktunya menjadi pertimbangan kukuh untuk kerajaan daripada terlibat dengan acara keramaian tahun baru. Malah kita juga sedang bersedih dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman. Kita berhadapan dengan pelbagai kisah sedih sejak akhir-akhir ini. Ingatan kita masih kuat dengan tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa. Malah trauma dan kesan tragedi tersebut masih dapat dilihat dan begitu kuat mengganggu mangsa terlibat. Kemelesetan ekonomi dunia yang begitu mengganggu perancangan dan kelancaran perkembangan ekonomi negara kita juga menjadi alasan kukuh kenapa kita menolak semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 dan sambutan Maal Hijrah 1430. Bukan masanya untuk rakyat diajak bergembira ketika musibah melanda negara dan dunia. Kita perlu memahami dan akur bahawa masa untuk berpesta ketika kedatangan tahun baru perlu dikeluarkan daripada agenda.

Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak memberi kesan positif kepada rakyat. Ia sekadar ruang dan kesempatan untuk bergembira dan mengizinkan segala bentuk pembaziran, maksiat, pergaulan bebas dan kelekaan melampau. Anak-anak muda memang menanti waktu dan ketika seumpama ini untuk melepaskan geram. Pihak swasta juga perlu akur dan menghormati keputusan kerajaan ini. Tidak ada maknanya jika kerajaan tidak terlibat dengan penganjuran pesta tahun baru tetapi peranan itu diambil alih oleh pihak swasta. Memang tidak dinafikan akan muncul program atau aktiviti sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh kumpulan tertentu. Dalam soal ini kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan ketelitian mengeluarkan permit atau kebenaran sambutan pesta tahun baru. Kita tidak mahu anak-anak remaja terus disogok dengan hiburan yang tidak beretika dan melalaikan sedangkan situasi negara amat tidak mengizinkan untuk sebarang acara keramaian. Pihak berkuasa perlu bertegas dan tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta tahun baru.

Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak membantu untuk meningkatkan kesedaran dan keinsafan khasnya kepada remaja. Mereka sekadar berpesta, berpeleseran dan terkial-kial tanpa sebarang pedoman. Malah pesta-pesta seperti ini menjadi medan menularnya penyalahgunaan najis dadah, minuman keras, seks bebas dan boleh membawa kepada bibit-bibit perlakuan jenayah. Sepanjang tahun 2008 negara telah melalui masa-masa sukar dan cabaran- cabaran yang begitu mengganggu pembangunan negara. Kemelesetan ekonomi akan membawa kepada meningkatnya kes-kes pengangguran dan kes pembuangan pekerja. Suasana politik negara juga tidak putus-putus dilanda permasalahan. Pelbagai tuntutan dan tindakan mensabotaj keselamatan negara dari mereka yang berkepentingan dilihat berterusan. Undang-undang semakin tidak dihormati malah dipersendakan. Negara seperti berada dalam suasana terganggu kesejahteraannya. Pemimpin negara tidak henti-henti memikirkan jalan dan cara terbaik untuk meredakan keadaan. Walaupun pelbagai ingatan dan pesanan dibuat tetapi masih ada lagi pihak yang tampil mencabar undang-undang sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Sepanjang tahun 2008 juga kita berhadapan dengan kemunculan golongan pendesak dari kalangan parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang kononnya menuntut hak dan kesamarataan. Mereka didalangi oleh sikap buruk dan khianat para pemimpin yang mengeksploitasi apa saja yang sempat termasuk kanak-kanak. Banyak wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan mengatasi isu-isu remeh ini. Malah isu-isu songsang ini berlarutan sehinggalah berakhirnya tahun 2008. Justeru, amat tidak wajar untuk kita terus memikirkan sebarang pesta atau acara keramaian sempena kehadiran tahun 2009. Kesempatan yang ada perlu diisi dengan majlis-majlis keagamaan dengan memperbanyakkan doa agar tahun 2009 bakal membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua. Rakyat yang berbilang agama boleh memainkan peranan mengikut kepercayaan masing-masing tetapi tujuan serta matlamatnya sama iaitu memohon kesejahteraan negara.

Kemangkatan Tuanku Ja'afar juga menambahkan lagi kesedihan rakyat khasnya warga Negeri Sembilan. Ketika rakyat berkabung dan meratapi pemergian Tuanku Ja'afar, maka amat manis jika kita tidak terlibat dengan sebarang acara keramaian yang begitu menyimpang dengan norma dan etika murni agama. Justeru, begitu banyak alasan dan sebab mengapa kerajaan membatalkan semua acara keramaian dan pesta sempena kedatangan tahun baru. Tindakan itu perlu dihormati oleh semua pihak termasuk pihak swasta. Kita bukan berada di zon selesa untuk terlonjak-lonjak dan terkial-kial kegembiraan tetapi kita sedang berhadapan dengan ujian serta cabaran yang menuntut kesabaran yang tinggi.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)


Tuesday, December 30, 2008

CABARAN TAHUN BARU


Sempena sambutan Tahun Baru Islam 1430H dan juga yang hampir serentak dengan sambutan Tahun Baru 2009 ini, Puteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut tahun baru. Puteri bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas keizinanNya jua Puteri Labuan dapat bersama-sama rakan lain meneruskan perjuangan di arena ini.

Moga kehadiran tahun baru kali ini menguatkan lagi semangat Puteri untuk terus menghadapi dugaan mendatang yang sememangnya lebih mencabar dari hari ini dan semalam yang telah dilalui. Hanya ketabahan diri dan semangat daripada rakan-rakan dapat membantu Puteri mengharungi semua yang bakal mendatang. Kepada rakan-rakan Puteri, sama ada di peringkat Bahagian mahupun cawangan, diharapkan hubungan kita akan lebih erat dan apa yang penting kita akan teruskan segala misi yang telah kita susun bagi meningkatkan lagi martabat Puteri Labuan sendiri.

Insya'allah kita akan sama-sama membantu meningkatkan kedudukan UMNO sebagai satu parti orang Melayu yang tetap relevan untuk kini, esok dan selamanya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan merapatkan lagi saf kepimpinan kita bukan saja demi untuk diri kita, keluarga dan masyarakat di sekeliling, malah untuk agama, bangsa dan seterusnya negara yang kita cintai.

Saturday, December 27, 2008

RUANGAN USAHAWAN PUTERI LABUAN

Puteri Labuan akan mewujudkan Ruangan Usahawan Puteri bermula pada Januari 2009 akan datang. Kepada usahawan Puteri yang mempunyai produk untuk dipromosikan bolehlah menghubungi Puteri Labuan melalui email puterilabuan@gmail.com...

Puteri berharap ruangan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sedikit sebanyak dapat membantu ahli Puteri yang mahir dalam bidang masing-masing untuk mempromosikan produk mereka.

Sekiranya diperlukan, pihak Puteri Labuan akan datang sendiri untuk menemuramah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai usahawan Puteri di sekitar W.P. Labuan ini. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Diharapkan Puteri dapat merealisasikan misi yang telah diatur dalam meningkatkan sosioekonomi ahli Puteri di sini.

Friday, December 26, 2008

Y.B. DATUK ROSNAH : PEMBANGKANG TIDAK MAMPU KE MANA


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Pertentangan yang jelas di antara parti pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud membuktikan bahawa kerjasama pembangkang tidak akan dapat pergi jauh.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah jika mimpi pembangkang untuk memerintah negara menjadi kenyataan sekalipun, rakyat boleh menjadi hakim bagaimana percanggahan antara Pas dan DAP berhubung dasar mereka itu.

''Malah sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga hari ini masih membisu berhubung isu itu juga menyerlahkan realiti betapa gabungan pakatan pembangkang amat rapuh dan setiap parti hanya mementingkan agenda masing-masing,'' katanya di sini hari ini.

Isu mengenai hudud timbul kembali selepas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa Pas komited untuk melaksanakannya jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik hebat oleh DAP yang merupakan sekutu Pas apabila dengan keras menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan menjadi agenda mereka.

Sehubungan itu, Rosnah berkata, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan menggunakan akal untuk menilai sejauh mana pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan yang adil terutamanya kepada umat Islam jika mimpi mereka itu menjadi kenyataan.

''DAP langsung tidak mahu membuka ruang kepada Pas untuk berbincang perihal pelaksanaan hukum hudud dan bermati-matian menolak cadangan tersebut.

''Sedangkan Pas seperti yang ditegaskan oleh Husam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut.

''Malah saya percaya semua ahli Pas mahu hukum hudud menjadi teras pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang kelak,'' jelasnya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, rakyat sepatutnya telah lama sedar perihal kekalutan antara Pas dan DAP yang tidak akan ada garis penamatnya.

Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat terutama yang beragama Islam untuk membuat penilaian terbaik tentang masa depan mereka dengan tidak membenarkan angan-angan pakatan pembangkang memerintah negara ini menjadi kenyataan.

''Jika pakatan pembangkang memerintah, pastinya akan wujud 'krisis' di antara DAP dan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud dan paling penting keadaan seperti itu akan menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

''Oleh itu setiap daripada kita mesti menggunakan logik akal supaya tidak menyesal di kemudian hari,'' ujarnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

(Sumber foto :- http://arisarapa.com/yb-datuk-rosnah-abdul-rashid-shirlin-calon-ketua-puteri-umno-malaysia.html)

Wednesday, December 24, 2008

OooPSss.... Info Untuk Calon, Tak Jelas??

Larangan kempen guna blog perlu jelas

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Larangan menggunakan blog sebagai kaedah untuk berkempen perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan pemilik blog terutama di kalangan ahli dan pemimpin UMNO agak ramai pada masa ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu perlu dinyatakan dengan jelas kerana blog ada kalanya menjadi wadah terbaik bagi meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat di samping membolehkan rakyat mengikuti tindak tanduk dan aktiviti pemimpin mereka.

"Apabila diadakan sidang akhbar, ramai pemimpin yang memberikan maklum balas terhadap isu semasa, contohnya berkaitan naik turun harga barangan dan keesokan harinya komen mereka akan disiarkan dalam media. Jika pemimpin terbabit menulis perkara yang sama dalam blog pula, adakah itu dilihat sebagai berkempen dan boleh dijatuhkan hukuman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana berkempen menggunakan blog semasa pemilihan bahagian yang lalu.

Lembaga Disiplin menyatakan berkempen menggunakan blog itu adalah bertentangan dengan tata etika ahli UMNO.

Tambah Muhammad, jika perkara-perkara yang dipaparkan dalam blog semuanya boleh ditafsirkan sebagai berkempen, pengurusan UMNO perlu mengeluarkan surat meminta semua pemilik blog dalam kalangan ahli dan pemimpin parti menutup blog masing-masing.

"Saya pun akan menutup blog saya jika ia memang bertentangan dengan apa yang terkandung dalam tata etika ahli UMNO," katanya.

Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahniza Samsuddin pula berkata, penerangan lanjut berhubung blog adalah penting kerana bimbang ada ahli UMNO terkeliru dengan maksud larangan itu tanpa disedari.

"Saya menggunakan blog saya di alamat http://www.pink-ants.blogspot.com/ untuk berkomunikasi dan mendampingi rakan-rakan Puteri dari seluruh negara, adakalanya saya turut memuatkan isu-isu yang berkaitan dengan politik semasa, adakah itu juga tidak dibenarkan," katanya.

Jelas beliau, mungkin ramai ahli atau pemimpin UMNO yang masih kabur dengan kedudukan blog dalam kempen untuk pemilihan jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, blog adalah satu sumber untuk mengatasi jurang antara ahli dan pemimpin.

"Hakikatnya, calon-calon harus dikenali oleh semua ahli, sekadar jumpa dengan perwakilan sahaja adalah tidak memadai kerana calon-calon ini akan menerajui kepimpinan bagi semua ahli dan bukan sekadar perwakilan sahaja," katanya.

Justeru, katanya, ahli-ahli perlu dibenarkan menggunakan blog, asalkan ia tidak melanggar tataetika berkempen yang ditetapkan parti.

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm)

Tuesday, December 23, 2008

OooPSss.... Info Untuk Calon (Puteri)!!

Kempen guna blog boleh kena tindakan disiplin

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.

"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Lembaga Disiplin UMNO di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad Rithauddeen berkata, selaras dengan kandungan Tataetika Ahli UMNO itu, pihaknya telah mengambil tindakan memberi amaran kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana didapati bersalah berkempen menggunakan blog pada pemilihan UMNO peringkat bahagian yang lalu.

Beliau turut mengingatkan ahli UMNO yang mempunyai sebarang masalah melibatkan pemilihan dalam parti agar tidak membawa kes mereka ke mahkamah kerana boleh digugurkan keahlian jika berbuat demikian.

Beliau berkata, Perkara 20.7 Perlembagaan UMNO dan Perkara 18C Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menyatakan apa jua kepentingan melibatkan parti politik adalah dilarang dibawa ke mahkamah.

Katanya, setakat ini, tiga kes daripada UMNO Bahagian Tanah Merah, Ledang dan Kota Tinggi telah dibawa ke mahkamah.

Akibat perbuatan itu, katanya, ketiga-tiga pihak yang membawa kes berkenaan telah dipanggil oleh pihaknya dan wakil UMNO Bahagian Tanah Merah sudah pun digugurkan keahlian.

Sementara itu, wakil daripada dua bahagian lagi sedang melalui perbicaraan untuk memberikan penjelasan mengapa mereka membawa kes ke mahkamah.

"Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan jika ada pihak mengetengahkan sebarang kes parti ke mahkamah, akan gugur keahlian," katanya.

Menurut beliau, jika ada sebarang masalah atau rasa tidak puas hati, ia perlu dibawa kepada saluran yang betul dalam parti seperti Lembaga Disiplin dan bukannya kepada pihak diluar.

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm)

Sunday, December 21, 2008

PUTERI : CABARAN PIKAT GOLONGAN MUDA

Datuk Noraini Ahmad mengakui usaha meraih sokongan golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN) menjadi cabaran utama bakal dihadapi pergerakan itu pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Beliau berkata, generasi muda ketika ini lebih banyak terdedah dengan pelbagai dakyah disebar pihak lawan menerusi Internet dan menjadi tanggungjawab Puteri Umno memperjelaskan isu sebenar.

Sehubungan itu, katanya, jentera Puteri Umno sudah mula digerakkan di Kuala Terengganu bagi membantu menarik sokongan golongan muda seterusnya memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil itu.

“Walaupun kerusi Parlimen Kuala Terengganu memang kawasan BN sebelum ini, ia tidak boleh dijadikan pengukur sebenar kekuatan kita kerana berdasarkan majoriti diperolehi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum lalu, banyak sebenarnya kita harus lakukan untuk memastikan kemenangan terus memihak kepada kita.

“Jentera Puteri Umno yang diketuai timbalan saya (Datuk Rosnah Rashid Shirlin) sudah bersedia sepenuhnya di Kuala Terengganu untuk memikul tanggungjawab meraih sokongan sokongan muda,” katanya.

Noraini berkata, selain itu, jentera Puteri Umno diingatkan walaupun situasi di Kuala Terengganu berbeza dengan Permatang Pauh, setiap ahli harus memberi tumpuan dan tidak memberi ruang kepada lawan mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda.

Beliau berkata, kemenangan di Kuala Terengganu nanti cukup bermakna bukan saja kepada calon Umno tetapi BN keseluruhannya, kerana ia akan mengembalikan maruah BN yang tercalar di Permatang Pauh.
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

(Sumber : http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2338)

Wednesday, December 17, 2008

Y.B. Dato' Sha : CALON KETUA PUTERI MALAYSIA

Beberapa hari lepas, Puteri Labuan ada menghantar email kepada Y.B. Dato' Shahaniza Shamsuddin, calon Ketua Puteri Malaysia, yang akan bertanding Mac depan. Sepertimana calon-calon lain, Puteri Labuan turut bertanyakan misi dan visi beliau sekiranya diberi peluang menerajui kepimpinan Puteri UMNO di peringkat Nasional. Ikuti jawapan Y.B. Dato' Sha......

"Sebenarnya misi dan visi Kak Sha mudah sahaja. Untuk mengembalikan semangat Puteri UMNO sepertimana asas penubuhannya. Kak Sha mahu Puteri dihormati, suara Puteri didengari dan kita tidak hanya taking instruction dari atas tetapi turut participate dalam perjuangan dengan menyumbang bukan sahaja tenaga tetapi idea-idea serta perancangan dalam mengatur strategi memenangi pilihanraya. Bagaimana kita hendak menarik minat golongan muda hari ini untuk menyertai serta menyokong kita jika mereka tidak hormat kepada kita? Namun, terlebih dahulu kita sendiri mesti hormat pada diri kita sendiri dulu, baru orang lain dapat hormat kepada kita. Peranan Ketua Puteri Cawangan dan Bahagian mesti direcognize terlebih dahulu."

Puteri Labuan rasa sungguh banyak perkara penting yang akan Y.B. Dato' Sha sampaikan, tetapi mungkin beliau tidak berkesempatan menaip terlalu banyak bagi menjawab persoalan yang diberikan. Walau bagaimanapun, Puteri ingin berkongsi bersama pembaca blog ini bahawa beliau menyatakan.....

" Perkara pertama yang akan Kak Sha lakukan jika diberikan kepercayaan menjadi Ketua Puteri Malaysia nanti ialah Kak Sha mesti pastikan ahli-ahli Puteri di semua peringkat, baik yang menyokong atau tidak, kembali bersatu. Kak Sha bukan menawarkan diri atas kepentingan peribadi tetapi Kak Sha membawa harapan rakan-rakan yang percaya bahawa Kak Sha mampu membuat perubahan dan mengembalikan kegemilangan Puteri, dan apa yang penting adalah martabat Puteri UMNO Malaysia."

Puteri Labuan sendiri berharap Y.B. Dato' Sha akan kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam pemilihan ini. Hanya keyakinan diri, usaha dan tawaqal yang akan dapat membantu seseorang individu berjaya dalam menempuh dan menjalani kehidupan yang sentiasa mencabar. Semoga para perwakilan bijak dalam membuat keputusan masing-masing, kerana Perwakilan Puteri sudah matang dan bijak menilai, yang mana kaca dan yang mana permata. Good Luck Kak Sha.

Monday, December 15, 2008

RAMAH MESRA BERSAMA PUTERI EMY MELAKA

Sabtu lalu, Ketua Puteri dan Naib sempat bertemu dengan Ketua Puteri Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, yang mana juga merupakan SETIAUSAHA KHAS PERHUBUNGAN YAB KETUA MENTERI MELAKA. YAB Datuk Seri Ali Rustam telah berada di Labuan sempena Program Percambahan Minda Belia bersama Majlis Belia Labuan, dengan kerjasama Belia 4B.

Perjumpaan tersebut telah memberikan peluang Ketua Puteri Labuan berkongsi pandangan dan idea dalam usaha meningkatkan lagi martabat sayap Puteri, khususnya di peringkat Bahagian dan Nasional. Puteri tidaklah mengenali rapat beliau, tapi mengetahui serba sedikit tentang beliau melalui blog Ketua Puteri Melaka iaitu di www.emysamsudin.blogspot.com yang sering memaparkan aktiviti beliau sendiri. Daripada pemerhatian Puteri, beliau merupakan Ketua Puteri Negeri yang sangat aktif. Walaupun sudah berkeluarga, namun beliau tidak menjadikan nya alasan atau halangan untuk beraktif dalam bidang politik, malah menjadikannya sebagai pendorong dalam menjamin kejayaan misi sayap UMNO ini.

Pengurusan masa yang teratur dan tersusun, menjadikannya sebagai salah seorang pemimpin Puteri yang Puteri Labuan sendiri kagumi. 3 misi utama yang beliau fokuskan dalam memimpin Puteri UMNO, iaitu KEAHLIAN, KEPIMPINAN dan EKONOMI. Sepertimana SIKAP yang Puteri UMNO Labuan susun dalam artikel di bawah, Ketua Puteri Melaka ini turut menjadikannya sebagai agenda utama kepimpinan. Puteri mendoakan kejayaan beliau dalam kariernya dan akan sentiasa menyokong penglibatan beliau dalam arena ini demi menjayakan lagi misi Puteri UMNO sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan Nasional.

Terima Kasih Ketua Puteri Melaka, sudi bertandang ke Pulau Mutiara Laut China Selatan.

Saturday, December 13, 2008

YB DATUK ROSNAH RASMIKAN BOLA!


Semalam berlangsung perlawanan bola sepak sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M.Saravanan. Puteri difahamkan ialah Ahli Parlimen Papar iaitu Y.B. Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang akan merasmikan pembukaan perlawanan tersebut. Puteri rasa teruja bila mengetahui Ahli Parlimen Papar yang merupakan Naib Ketua Puteri Malaysia datang ke Labuan. Dengan bantuan seorang rakan penganjur, akhirnya lewat petang semalam, di Stadium W.P. Labuan... Puteri dapat bertemu dengan Y.B. Datuk Rosnah. Sebenarnya, Puteri sudah lama mengenali beliau, iaitu bermula dari Puteri UMNO berstatus penaja. Bermula tahun 2002, Y.B. Rosnah sering mempelawa Puteri UMNO Labuan untuk menyertai program Puteri di Sabah. Sehingga hari ini, Puteri UMNO Labuan tidak pernah terputus hubungan dengan beliau, apatah lagi beliau yang kini bergelar Naib Ketua Puteri Malaysia.

Dalam pertemuan semalam, Puteri berasa gembira kerana bukan sahaja dapat bertemu dengan Y.B. Datuk Rosnah, malah juga dapat berjumpa lagi teman-teman lama semasa Puteri penaja dulu. Mereka yang terdiri daripada Ketua-ketua Puteri Bahagian di Sabah mengambil kesempatan untuk bercuti di Labuan sempena Disember ini. Antaranya Kak Mai dan Kak Nina yang merupakan teman lama Puteri, dan pernah sama-sama mengikuti beberapa program Puteri Sabah semasa mula-mula usia penubuhan Puteri UMNO 5 tahun dulu. Bayangkan....5 tahun akhirnya bertemu semula, dan kini mereka ini bukan lagi di dalam sayap Puteri, malah kepimpinan mereka sudah diiktiraf dan menyandang jawatan AJK Bahagian di tempat masing-masing. Hebat!

Semalam, Puteri sempat merisik bertanyakan misi Y.B. Datuk Rosnah yang juga turut bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia pada Mac akan datang. Ternyata misi yang disusun dan dirancang amat mantap dan sangat berwawasan. Puteri berasa sungguh bertuah kerana dapat mendengar sendiri suara hati seorang pemimpin generasi muda yang sungguh berkaliber. Beliau amat positif dan tidak pernah memandang rakan-rakan Puteri sebagai orang bawahan, malah beliau menganggap semua ahli Puteri adalah rakan seperjuangan yang semuanya berperanan penting dalam memastikan sayap Puteri UMNO ini terus tidak ketinggalan dari sebarang bentuk perancangan ke arah pembangunan minda dan kualiti jatidiri Puteri sendiri.

Puteri berasa alangkah beruntungnya Puteri UMNO sekiranya semua barisan kepimpinan Puteri hari ini mempunyai wawasan dan pandangan jauh seperti beliau. Pemikiran positif yang sentiasa ada dalam diri beliau menjadikannya lebih tabah dan kuat mengharungi sebarang cabaran dalam arena politik, khususnya dalam memantapkan lagi pertubuhan generasi wanita prihatin ini.

Thursday, December 11, 2008

Puteri Labuan Atur SIKAP...

Selesai saja perlantikan dalam Mesyuarat Puteri Bahagian Labuan yang pertama pada 8 Disember lepas, Puteri mengambil kesempatan menghubungi Ketua Puteri Labuan semalam bagi mendapatkan beberapa penjelasan mengenai perkara berkaitan halatuju Puteri Bahagian Labuan sendiri. Pn. Rahimah menyatakan bahawa beliau telah menggariskan SIKAP untuk mencapai matlamat Puteri Bahagian iaitu BERILMU, PRIHATIN & BERWAWASAN.

SIKAP yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-

osioekonomi - Bagi meningkatkan status sosioekonomi di kalangan ahli Puteri, beliau akan berusaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan mengikut kemahiran yang dimiliki oleh Puteri sama ada individu mahupun di peringkat cawangan Puteri di Labuan. Dengan cara ini, ahli-ahli Puteri bukan saja dapat meningkatkan pendapatan masing-masing, malah memberikan ruang pemasaran yang lebih luas daripada yang mereka lakukan sekarang atau sebelum ini. Kaedah ini akan dilakukan secara berperingkat dan dari peringkat Bahagian ke Cawangan-cawangan Puteri Labuan.


ntelektual - Keintelektualan yang ada di kalangan G5, Biro-biro dan AJK Puteri UMNO Bahagian akan digunakan sepenuhnya bagi memantapkan identiti Puteri UMNO sendiri. Percambahan minda dan idea akan sentiasa diadakan untuk meningkatkan lagi status Puteri UMNO sebagai generasi pelapis kepimpinan. Dengan mementingkan perkara ini, biro-biro dalam Puteri diharapkan dapat mengadakan program atau aktiviti yang melibatkan ahli-ahli Puteri di peringkat akar umbi.


epimpinan - Pn. Rahimah juga berazam untuk memantapkan barisan kepimpinan Puteri Labuan yang berkaliber dalam menerajui sayap Puteri bagi menghadapi cabaran yang melibatkan generasi wanita muda hari ini. Bukan saja cabaran dalam politik, malah juga cabaran dalam bidang sosial dan ekonomi. Beliau mahu agar pemimpin-pemimpin Puteri di Labuan berjiwa besar dan menjadikan semua masalah yang timbul sebagai cabaran yang pasti dapat diselesaikan dengan kerjasama dan hubungan erat di kalangan Puteri sendiri.


hli - Sasaran Puteri Bahagian juga ialah untuk menambah keahlian Puteri di cawangan-cawangan. Jumlah yang disasarkan adalah seramai 1,000 orang kerana pada hari ini jumlah keahlian Puteri di Labuan adalah di bawah 676 orang setelah ditolak dengan keahlian yang telah melebihi usia 35 tahun iaitu secara automatik melangkah ke WANITA. Oleh itu, harapan penambahan ahli ini dapat dilakukan dengan penglibatan generasi muda dalam sebarang program atau aktiviti dari pelbagai bidang yang akan dianjurkan oleh biro-biro yang telah dilantik.


RU 13 - Ini merupakan cabaran utama dalam Puteri Bahagian Labuan. Tanggungjawab ini digalas oleh setiap ahli Puteri, bukan sahaja di peringkat Bahagian, malahan turut dipikul oleh ahli di peringkat akar umbi. Dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan Labuan pada pilihanraya akan datang, Puteri Bahagian harus rajin bekerja dan sentiasa proaktif dalam sebarang program bagi menarik hati dan minda masyarakat agar sentiasa positif terhadap kerajaan Barisan Nasional, dan pastinya akan menjadi pilihan rakyat pada PRU 13 nanti.

Pn. Rahimah berharap agar semua ahli sama ada di peringkat Bahagian dan Cawangan dapat bersama-sama menyahut cabaran yang telah digariskan bagi menjamin kejayaan Puteri Bahagian Labuan. Beliau juga turut memohon agar semua AJK Puteri UMNO Bahagian dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan SIKAP yang telah diatur untuk mencapai matlamat Puteri Labuan - BERILMU, PRIHATIN DAN BERWAWASAN.

Tuesday, December 9, 2008

PERLANTIKAN PEGAWAI PARTI DAN AJK PUTERI BAHAGIAN

Pn. Rahimah Hj. Lamat, Ketua Puteri Bahagian Labuan memaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Puteri Bil.01 yang telah berlangsung semalam 8 Disember 2008, 2.30 petang di Hotel Sara W.P. Labuan telah memutuskan perlantikan bagi 3 Pegawai Parti Puteri Bahagian yang dilantik iaitu Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan. Secara lengkapnya AJK yang dilantik adalah seperti berikut :-

Penolong Setiausaha DGK. RAHIMAH BINTI PG. HASSAN
Penolong Bendahari PENNY BINTI SULONG
Ketua Penerangan ANIZAH BINTI BASMAN
Ahli Jawatan Kuasa
1. ALINASIAH BINTI ISMAIL
2. JURA'ADHIYAH BINTI HARUN
3. JOSEPHINE MICHAEL PANAI

Pn. Rahimah juga menyatakan bahawa perlantikan Pengerusi-Pengerusi Biro juga turut dilantik dalam mesyuarat tersebut. Biro politik dipengerusikan oleh beliau sendiri kerana sepertimana yang dinyatakan dalam Mesyuarat Bahagian yang lepas, biro politik akan diketuai oleh Ketua-Ketua sayap sendiri. Manakala Biro Pendidikan pula diketuai oleh Penolong Setiausaha Puteri yang baru dilantik. Antara biro lain adalah berikut :-
1. Agama - NURUL SHUHADA BINTI MARTAN
2. Sukan - NORIDAWATI BINTI HJ. ABDUL GHANI
3. Ekonomi - HASIMAH BINTI KARIM

Program-program yang dirancang bagi Puteri UMNO Bahagian Labuan bagi sesi 2008-2011 juga adalah berdasarkan perancangan biro-biro yang telah dilantik, yang mana Ketua-Ketua biro tersebut akan mengadakan mesyuarat masing-masing pada masa terdekat ini.

Apa yang menariknya, G5 Puteri Bahagian Labuan ini semua terdiri daripada kalangan siswazah. Bermakna, tidak ada sebarang alasan untuk menjadikan entiti generasi wanita muda ini tidak aktif, kerana melalui percambahan idea dan kerjasama yang sepadu sama ada di kalangan mereka mahupun dengan peringkat bahagian, dan juga bersama Wanita serta Pemuda, pastinya akan dapat menjadikan Puteri sebagai sayap yang sama penting di dalam UMNO Bahagian. Serba sedikit pendidikan di kalangan G5 adalah seperti berikut :-

1. Ketua Puteri -
RAHIMAH BINTI HJ. LAMAT (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Keusahawanan, Universiti Malaysia Sabah)
2. Naib Ketua Puteri -
NORIDAWATI BINTI HJ. ABDUL GHANI (Ijazah Sarjana Muda Sains, Kewangan Antarabangsa, Univerisiti Malaysia Sabah KAL)
3. Penolong Setiausaha -
DGK. RAHIMAH BINTI PG. HASSAN (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Ekonomi Perancangan Dan Pembangunan, Universiti Malaysia Sabah)
4. Penolong Bendahari -
PENNY BINTI SULONG (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat, Pengurusan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam)
5. Ketua Penerangan -
ANIZAH BINTI BASMAN (Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Pengajian Perbandaran Dan Perancangan Bandar, Universiti Malaya)

Diharapkan dengan perlantikan ini, Puteri UMNO Bahagian Labuan akan terus bekerja kuat demi memantapkan lagi sayap ini, bukan sahaja di peringkat Bahagian, malah di peringkat akar umbi iaitu di peringkat cawangan-cawangan. Pn. Rahimah juga memohon kerjasama yang erat di kalangan semua ahli Puteri agar dapat terus membantu meningkatkan lagi martabat Puteri khususnya di Bahagian Labuan, dan umumnya di peringkat Nasional.

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDILADHA


Salam Aidiladha
Ikhlas Daripada Puteri UMNO Bahagian Labuan


Saturday, December 6, 2008

MESYUARAT PUTERI BAHAGIAN BIL.01 / 2008-2011


Puteri Labuan telah dimaklumkan oleh Ketua Puteri Bahagian iaitu Pn. Rahimah bahawa Puteri Bahagian Labuan akan mengadakan Mesyuarat Pertama sayap tersebut pada 8hb Disember, sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Difahamkan mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah petang dan semua AJK Puteri Bahagian dijemput hadir.

Pn. Rahimah juga ada menyatakan bahawa Mesyuarat tersebut diadakan antara lain agendanya adalah mengumumkan perlantikan bagi jawatan Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan 3 AJK Puteri Bahagian (dilantik). Puteri Labuan akan cuba menghubungi Pn. Rahimah nanti selepas Mesyuarat untuk mengetahui jawatankuasa penuh bagi AJK Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Diharapkan Puteri UMNO Bahagian Labuan akan menyusun beberapa program bagi memantapkan sayap ini dalam menambah keahlian dan seterusnya membantu meningkatkan minat di kalangan masyarakat khususnya generasi wanita muda menyertai UMNO.

(Gambar : Pn. Rahimah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan)

Wednesday, December 3, 2008

PETANDA BAIK UMNO LABUAN 4 PERINGKAT


Puteri berasa sudah nampak ada petanda baik dalam UMNO Bahagian Labuan 4 Peringkat. Apabila Puteri perhatikan Mesyuarat Bahagian Kali Ke-2, mendengar ucapan pertama daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang baru, Puteri yakin keempat-empat Peringkat UMNO Bahagian boleh bekerjasama erat demi menguatkan lagi UMNO Bahagian Labuan.

Puteri dengar satu-persatu ucapan Ketua Pemuda (saudara Rafi), memang banyak intipati yang saudara Rafi ingin sampaikan, namun matlamatnya tetap satu iaitu berharap agar semua pihak yang terlibat dapat menerimanya sebagai salah seorang pemimpin sayap penting dalam UMNO Bahagian Labuan. Rata-rata respon daripada AJK UMNO Bahagian amat positif. Bukan sahaja Wanita dan Puteri, malah AJK Bahagian turut memberikan ucapan tahniah dan akan memberikan kerjasama selagi diperlukan oleh sayap gagah tersebut.

Perasaan kagum dengan semangat Pemuda turut Puteri rasa apabila melihat saudara Rafi bersama-sama Tn. Hj. Tony Noolan melangkah masuk ke Bilik Mesyuarat, tanpa sebarang reaksi yang tidak menyenangkan. Malah, kedua-duanya dilihat selesa dalam membincangkan agenda Pemuda. Puteri juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Tn. Hj. Tony Noolan yang telah dilantik sebagai AJK UMNO Bahagian (AJK Dilantik) setelah diumumkan oleh Ketua Bahagian pada mesyuarat semalam.

Puteri yakin gandingan saudara Rafi dengan Tn. Hj. Tony Noolan akan dapat menguatkan lagi Pemuda Bahagian, dan seterusnya UMNO Bahagian sendiri. Bagi Puteri pula, kalau pihak-pihak senior dan ayahbonda Puteri (Bahagian dan Wanita) boleh menerima dan bekerja bersama saudara Rafi, kenapa tidak Puteri? Tidak ada sebab untuk Puteri menolak kehadiran nafas baru Pemuda ini. Diharapkan, ketiga-tiga sayap ini akan terus bergabung tenaga demi meningkatkan lagi martabat UMNO Bahagian Labuan, dan seterusnya menyangkal semua dakyah palsu serta negatif yang dilemparkan oleh pihak lain terhadap UMNO Bahagian Labuan. Puteri terima ini adalah petanda baik bagi UMNO Bahagian Labuan 4 Peringkat.

Monday, December 1, 2008

TAMBAH KUALITI NILAI DIRI


Pada hujung tahun ini kemungkinan besar seramai 50,000 kakitangan awam kontrak akan diberhentikan kerja, iaitu mereka yang bukan pemegang jawatan tetap dalam kerajaan. Puteri berasa terkilan sedikit kerana sekiranya ia benar-benar berlaku, ini sedikit sebanyak akan mengganggu pendapatan bulanan rakyat Malaysia yang hanya bergantung pada pendapatan bulanan pekerjaan mereka. Puteri terbayang bagaimana keadaan dan nasib wanita muda yang terlibat dalam pemberhentian tersebut. Apatah lagi mereka yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai lebih dari seorang anak? Sekiranya antara mereka mempunyai pendidikan tinggi seperti berkelulusan diploma ke atas, mungkin boleh mencuba nasib dalam organisasi swasta, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkelayakan akademik?...

Puteri lihat di Pulau Labuan ini berkemungkinan besar tidak akan terasa kadar pengangguran yang terlalu tinggi, kerana syarikat-syarikat "oil & gas" tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Rata-rata bekas pelajar IPT pun tidak lama menganggur, kerana berani mencuba nasib di syarikat-syarikat tersebut dan terus mendapat tawaran bekerja. Walaupun jawatan yang ditawarkan secara kontrak, namun ini menunjukkan bahawa generasi muda Labuan tidak pasif, malah mempunyai semangat kebersaingan yang tinggi dan yang penting ialah mereka ini berani mencuba untuk memperbaiki nilai tambah dalam diri agar lebih berkualiti dan diperlukan pada masa-masa akan datang.
Di sinilah nanti terbuktinya kepentingan modal insan sebagai aset kekayaan negara. Seperti yang dikatakan oleh pemimpin parti kita, Negara masyarakat bekerja dan masyarakat kreatif boleh dihasilkan dengan mengembangkan konsep modal insan yang berkualiti. Ini sekaligus dapat mengurangkan sifat kebergantungan masyarakat kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan dan lain-lain peluang untuk mencapai perubahan. Dalam RMK-9 ada terkandung matlamat kerajaan untuk mencorakkan hala tuju perubahan negara melalui dasar-dasar ke arah pembangunan modal insan.

Sekiranya semua dilakukan dengan perancangan teliti antara pihak swasta dan kerajaan, Puteri yakin masalah pengangguran bukan lagi masalah kritikal dalam negara kita. Dengan kualiti dan nilai tambah dalam modal insan, maka akan lahirlah golongan usahawan, intelektual yang berdaya maju, golongan peniaga yang berhemah, golongan pemikir yang kreatif dan golongan aktivitis sosial yang sentiasa membantu masyarakat membentuk suatu matlamat kehidupan yang berwawasan, berhemah dan bertamadun tinggi. Puteri juga mengharapkan golongan generasi pemimpin muda tidaklah hanya mengharapkan kerajaan untuk menawarkan peluang pekerjaan, tetapi beranilah mencari nilai tambah dalam diri agar kita dapat berdikari dan seterusnya dapat memajukan diri sendiri serta masyarakat sekeliling.

Puteri masih ingat lagi, dulu semasa Puteri baru keluar dari IPTA, Puteri berasakan bahawa semua yang dipelajari di kampus mestilah digunakan untuk berharap mendapatkan pekerjaan dari pihak kerajaan. Tetapi, bila Puteri di alam mencari pekerjaan dan seterusnya bekerja, dan apabila memerhati senario lepasan IPT semakin bertambah, akhirnya Puteri dapat buat kesimpulan bahawa sebenarnya semua yang dipelajari semasa di kampus dulu sebaik-baiknya dan seharusnya digunakan untuk MENAMBAH PELUANG PERNIAGAAN KEPADA MASYARAKAT, bukannya BEREBUT PEKERJAAN DENGAN MASYARAKAT. Puteri berharap satu hari nanti, dengan pengalaman, pendidikan dan kelayakan yang Puteri miliki hari ini, mudah-mudahan Puteri akan dapat menambah peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan generasi wanita muda bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi di pulau kelahiran ini.

Sumber :-
1. Wawasan Kenegeraan - Ke arah pembinaan negara bangsa, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008
3. www.spa.gov.my
4. RMK-9

Sunday, November 30, 2008

FUTSAL PUTERI BERI CABARAN

Puteri Labuan menghantar 3 kumpulan futsal pagi tadi dalam kejohanan futsal anjuran Hotel Dorsett W.P. Labuan. Puteri rasa sangat teruja melihat kumpulan Puteri yang menyertainya. Puteri UMNO Labuan A, Puteri UMNO Labuan B dan Puteri UMNO Labuan C yang bermain tadi, walaupun tidak mendapat tempat, namun tetap memberikan cabaran kepada kumpulan lain yang menyertai perlawanan tersebut. Puteri UMNO Labuan A hanya berjaya menduduki tempat keempat. Menurut Ketua Puteri yang ditemui tadi, Puteri Labuan akan mengadakan Mesyuarat AJK Puteri Bahagian yang pertama sedikit masa lagi, dan perlawanan futsal mungkin akan menjadi agenda mesyuarat untuk dianjurkan Puteri Labuan nanti. Melalui sukan ini nanti juga Puteri Labuan akan menambah keahlian di peringkat Cawangan dan seterusnya Bahagian. Dengan kaedah ini juga, hubungan Puteri Labuan akan terus rapat dan sentiasa erat.

Saturday, November 29, 2008

PEMUDA : KEMATANGAN HATI KERASIONALAN MINDA


Salam Ukhuwah buat Pemuda UMNO Bahagian Labuan. Selamat bersidang yang akan berlangsung pada jam 2 petang ini. Puteri hanya dapat memberikan sokongan moral dan berharap agar Pemuda yang selama ini Puteri kagumi semangatnya dapat menggunakan kematangan hati dan kerasionalan minda masing-masing. Sentiasalah mengingati pesanan ayahbonda kita bahawa "IKUT HATI, MATI....IKUT RASA, BINASA"... Maka, seimbangkanlah antara dua elemen tersebut dengan KEMATANGAN DAN KERASIONALAN. Puteri yakin Pemuda Labuan adalah sayap kanan yang boleh dicontohi oleh sayap-sayap lain dalam UMNO, bagi kita sama-sama menguatkan lagi parti bangsa kita UMNO, khususnya di Bahagian Labuan.

Selamat Bersidang dari Puteri Labuan.

Thursday, November 27, 2008

BMI WANITA MUDA



Dua hari lepas Puteri menghadiri satu sesi ujian UKJK bagi memenuhi syarat untuk dipanggil temuduga dalam satu jawatan jabatan kerajaan di bawah K B S. Puteri baru sedar bahawa ujian UKJK merupakan perkara yang penting dalam menjawat jawatan kerajaan. Ini bermakna kerajaan semakin prihatin terhadap tahap kesihatan seseorang penjawat awam di negara kita Malaysia. Perkara pertama dalam UKJK adalah pemeriksaan atau ujian B M I individu. Selama ini, Puteri ingat ujian tersebut cuma dibuat kepada mereka yang dipanggil temuduga untuk jawatan-jawatan seperti dalam KASTAM, Tentera, Polis dan jabatan-jabatan yang melibatkan kakitangan penguatkuasa, rupa-rupanya kini jabatan-jabatan lain juga diperlukan buat BMI. Nasib baik Puteri lepas dalam BMI, ini bermakna Puteri tidaklah mengalami konflik "o b e s i t i". Mula-mula rasa risau tak lepas BMI, sebab dengar khabarnya kalau BMI sangkut, calon-calon tidak dibenarkan lagi ke ujian seterusnya.

Ujian seterusnya ialah Bangun Tubi, Lari Ulang Alik, Duduk Dan Jangkau, Lompat Jauh Berdiri dan Larian 2.4 KM. Berpeluh Puteri dibuatnya. Maklumlah, Puteri sudah lama tidak bersenam, memang terasa kepenatannya. Puteri pernah terbaca dalam satu artikel, bahawa ujian tersebut adalah digunakan sebagai rujukan dan bukti dalam menunjukkan tahap kecergasan individu. Akhirnya, Puteri lepas juga dalam ujian UKJK ( walaupun bukan emas..... :) )

Puteri terfikir juga bahawa akan mencadangkan kepada pihak Puteri UMNO Labuan nanti bagi mengadakan ujian UKJK ini kepada setiap ahli. Melalui ujian ini nanti, akan menggalakkan lagi Puteri menjaga kesihatan dan seterusnya mementingkan kecergasan jasmani dalam diri ahli Puteri sendiri. Ahli Puteri yang cergas akan berkeupayaan melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti masa lapang, contohnya menyertai kejohanan futsal pada 30 November nanti.

Kepada ahli Puteri yang ingin mengetahui BMI masing-masing, bolehlah berhubung dengan pihak berkaitan, seperti Pusat Belia (KBS) dekat Ujana Kewangan, ataupun mungkin boleh terus ke Unit Sukan di Kompleks Sukan Labuan atau JBSWPL. Tapi, kalau lebih mudah lagi Puteri boleh buat kiraan BMI sendiri seperti berikut :-


Indeks Jisim Tubuh : Berat tubuh badan BAHAGI Ketinggian DARAB Ketinggian
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula DARABKAN 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian BAHAGIKAN 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda
yang mana jawapannya ialah 22.6
Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah BERKURANGAN
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang NORMAL
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai BERLEBIHAN
* 30 dan keatas, anda adalah OBESE

Jika sukar untuk mengira sendiri kadar BMI anda, bolehlah menghubungi Puteri Niza untuk panduan pengiraan. Dengan adanya panduan ini nanti, Puteri Labuan diharap dapat meningkatkan tahap penjagaan kesihatan yang sememangnya penting dalam individu Puteri sebagai generasi wanita muda, yang bukan sahaja PRIHATIN, BERILMU dan BERWAWASAN, tetapi juga CANTIK dan SIHAT.

JADUAL PENUH BMI SILA KLIK ----> D I S I N I
PANDUAN MENU PUTERI SILA KLIK ----> D I S I N I

Monday, November 24, 2008

PEMUDA FC JUARAI FUTSAL MBWP


Semalam Puteri telah menyaksikan PEMUDA FC menjuarai pertandingan Futsal Tertutup anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) yang mana Presidennya ialah En. Norazmi Azilan. Walaupun En. Norazmi tidak dapat hadir, namun Naib Presiden MBWP iaitu En. Abdul Samat Ismail mewakili beliau selaku penganjur pertandingan tersebut. Puteri melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh PEMUDA FC sungguh mengagumkan. Sepertimana yang telah diketahui Pemuda UMNO Labuan telah diarah bermesyuarat semula pada 29hb November, namun mereka tetap tenang, dan penuh bersemangat sehingga muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

Puteri sempat merakam foto melihat aksi PEMUDA FC dalam pertandingan semalam. Selain PEMUDA FC, beberapa pasukan daripada persatuan belia juga turut menyertai pertandingan tersebut.

Keterangan gambar di atas :-

1. Rozman bersama Hj.Bashir berbincang strategi PEMUDA FC setelah tahu PEMUDA FC melangkah ke final

2. Rozman yang juga merupakan penjaga gol PEMUDA FC menunjukkan permainan yang cemerlang

3. Timbalan Pengerusi Belia Interaksi P.B.I Batu Manikar (Dom) merebut bola dengan Belia Sg. Buton (Taim)

4. Hj. Tony & saudara Samat turut memeriahkan pertandingan

5. Hj. Bashir turut serta dalam pertandingan

Tahniah kepada PEMUDA FC.... Juara Futsal Tertutup anjuran MAJLIS BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN (MBWP). (Mungkin selepas ini ada kerjasama dengan Majlis Belia Labuan - MBL pula untuk menganjurkan pertandingan ini)...... :)

Friday, November 21, 2008

GENERASI WANITA MUDA...BERILMU, PRIHATIN, BERWAWASAN


While most eyes are on the battles for positions in Umno, its Youth and Womens wings, a hot contest is taking shape in the Puteri Umno movement.

The movements president post, vacant as incumbent Datuk Noraini Ahmad, who is Deputy Human Resources Minister, has passed the age limit of 40, is being contested by five candidates, each with their own style and charm.

One of them, 37-year-old Datin Ismalina Ismail, seeks to bring changes so that the movement can play a more prominent role in Umno as well as in the country.

Ismalina juggles her time between taking care of three kids, a busy husband, political work and pursuing her Masters in counselling at Universiti Malaya.

Why are you contesting?

I feel I am capable of handling the heavy responsibility with my vast experience in the movement, having risen through the ranks. At the same time, the movement's members have been encouraging me to seriously take up the position after being involved in Puteri for seven years. Their encouragement has given me the confidence to pursue this.

What if you lose?

I believe in Allahs work ... fate ... for whatever I have achieved so far in life have always been with Allahs blessings. I never set high targets but Allah has made me who I am today, and given me what I have today.

I dont think of losing or winning as I believe in putting an honest and sincere effort in whatever I do and let Allah do the rest.

Is it not a heavy responsibility to lead the movement at 37?

The age limit for the post is 40 and after that, one can no longer lead the movement. I feel that I am at an age where I am matured and wise, and I have my experience with Puteri to help me lead the 300,000-odd members should I win.

What is your campaign line?

I want to create a crop of balanced leaders in line with todays computer age. To prepare the movements members to face the reality of life and politics in this country and be able to be accepted by the younger generation and the young voters. I hope to enhance Puteris involvement in the decision-making process of the party vis-a-vis the government, and this will hopefully get the younger generation to recognise and acknowledge us, trust us and give their confidence and support to us as part of the ruling government.

How do you plan to go about doing it?

I am very much into human capital development. With my educational background (she has a degree in Economics and a Masters in Business Administration), and what I intend to do now is to create a movement with members who will become masters in the human capital development field, which the government is pushing hard for.

(Sumber : 5 Minute Interview Datin Ismalina Ismail, 29/10/2008 - http://www.mmail.com.my/5_Minute_Interview_Datin_Ismalina_Ismail.aspx)

Thursday, November 20, 2008

SUKARELAWAN DAN GENERASI MUDA

Puteri ingin berkongsi pengalaman semasa aktif dalam persatuan belia. Puteri pernah terlibat secara langsung dalam pertubuhan-pertubuhan belia di sekitar W.P. Labuan sedikit masa dahulu. Puteri bermula dengan sekadar ahli biasa, AJK Biro, dan kemudian exco serta seterusnya memegang jawatan di antara exco tertinggi dalam Majlis Belia Labuan. Banyak perkara penting yang Puteri rasakan perlu diterapkan dalam diri generasi muda, khususnya yang dikatakan sebagai pelapis kepimpinan. Salah satu ciri penting yang perlu diserapkan dalam diri setiap pelapis kepimpinan adalah semangat KESUKARELAAN.
Seseorang individu itu secara asasnya memang berpotensi sebagai SUKARELAWAN, hanya yang membezakan adalah semangat kesukarelaannya berada di tahap yang mana, sama ada tinggi, sederhana atau sedikit. Untuk bergelar sukarelawan ini bukanlah satu yang sukar, cuma perlu memiliki syarat-syarat seperti berikut :-

01. sedia dan suka berkhidmat

02. jelas mengapa (tujuan) melakukan kerja sukarela

03. bersikap rendah hati (humble), bukan sombong dan meninggi diri

04. mempunyai andaian yang positif terhadap masyarakat, bukan berprasangka

05. sanggup dan sedia belajar untuk menguasai tugasan atau memainkan sesuatu peranan

06. sedia mengatasi kelemahan diri atau memperbaiki diri untuk menjadikan kerja atau khidmat sukarelanya lebih berkesan

07. sentiasa sedia berkongsi pengalaman, idea dan kebolehan ; tidak lokek atau kedekut

08. melakukan kerja dengan ikhlas, jujur san gigih

09. sanggup bekerja dalam kumpulan atau bersama orang lain

10. sanggup menghadapi cabaran dan rintangan

11. sedia berkorban

12. bersemangat tinggi dalam menuju cita-cita; teguh walaupun tidak mendapat penghargaan, atau mendapat respon yang negatif

Jika anda memiliki syarat-syarat seperti di atas, maka anda adalah SUKARELAWAN. 7 tahun lepas, semasa Puteri bersama-sama 20 orang lagi teman Puteri yang berasal dari seluruh Malaysia mewakili negara dalam Program Kapal Belia melawat ke beberapa buah negara, memerhati bahawa syarat-syarat di atas tidak ada bezanya dengan syarat-syarat sukarelawan belia di negara-negara seperti Jepun, Korea, Vietnam, Indonesia, Filipina dan beberapa buah negara lain. Bermakna, di mana-mana sekalipun, atau dari mana-mana asalpun, semangat kesukarelaan itu harus ada pada diri generasi muda.

Cuba bayangkan generasi muda UMNO iaitu Pemuda dan Puteri mempunyai semangat sukarela di tahap tinggi.. pastinya UMNO tidak akan ketandusan pemimpin yang benar-benar berbakti kepada bangsa, tidak sekali-kali mengharapkan balasan dan pulangan yang lumayan.
Dua hari lepas, Puteri dan beberapa rakan belia (termasuk SIFU Puteri dalam belia) dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam 1 sesi slot kepimpinan dalam PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL (PJKN) anjuran Majlis Belia Labuan, yang mana diadakan setiap tahun sebagai program tahunan KBS. Puteri gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan adik-adik peserta PJKN. Apa yang membuatkan Puteri berasa kagum ialah sebenarnya ramai generasi muda, terdiri daripada pemuda dan puteri yang berminat dalam mengikuti aktiviti kesukarelaan, demi meningkatkan dan mengukuhkan jatidiri individu.
Puteri percaya penerapan nilai-nilai semangat kesukarelaan dalam generasi muda ini akan dapat membuahkan hasil dan impak yang positif dalam diri individu pelapis kepimpinan...serta akhirnya akan dapat diadaptasikan dalam mengukuhkan ketinggian jatidiri dan martabat bangsa.

Wednesday, November 19, 2008

KUATKAN SEMANGATMU ABANGKU!


Seperti yang telah diketahui, Pemuda UMNO Bahagian Labuan telah diarahkan untuk bermesyuarat semula dalam tempoh 14 hari (bermula Isnin lepas). Tarikh sebenar akan ditentukan oleh Badan Perhubungan sedikit masa lagi. Peristiwa ini memang benar-benar menguji bukan sahaja mereka yang bertanding, malah juga kepada para perwakilan. Namun Puteri yakin bahawa semangat Pemuda yang sangat kuat dan berjiwa besar pastinya tidak akan menganggap perkara ini sebagai halangan.

Puteri ingin mengimbas sedikit penubuhan Pemuda yang merupakan sayap paling kanan bagi UMNO ini. Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironinya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO. Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan lantang oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas... untuk makumat dan beberapa info lanjut sila klik D I S I N I .....

Atas dasar itu, Puteri amat respect pada Pemuda. Organisasinya dianggap penting kerana bukan saja dari segi keberanian dan kegagahan mereka sebagai harapan bangsa, malah ketokohan mereka sebagai pewaris kepimpinan UMNO. Kalau dilihat senario di Labuan, sememangnya Pemuda memainkan peranan penting, khususnya dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh UMNO. Mungkin, kerana kepentingan dan keutamaan organisasi tersebut, semua pihak mengambil perhatian sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku pada abang Puteri ini. Persidangan semula yang akan diadakan nanti diharapkan akan dapat memberikan pengalaman yang bermakna buat Pemuda, dan sedikit sebanyak memberikan pengetahuan kepada Puteri adik bungsu Pemuda ini.

Mudah-mudahan Pemuda akan lebih sabar dan kuat dalam menempuh semua cabaran yang mendatang. Puteri harap Pemuda tidak akan gentar dan berundur dengan begitu mudah. Setiap pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah, itulah adatnya. Jika menang teruskanlah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Barisan Kepimpinan Pemuda. Sebaliknya, jika kalah, Puteri yakin Pemuda yang kalah tidak akan terus lupus begitu saja, pasti ada cara lain untuk berbakti bagi mengukuhkan sayap Pemuda khususnya di peringkat akar umbi. Kerana Puteri pernah mendengar kepimpinan tertinggi UMNO pernah berkata

......"HANYA ORANG YANG KECEWA TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN, SEHINGGA SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA DEMI MEMUASKAN KEMAHUAN HATINYA, DAN HANYA ORANG YANG BERMOTIVASI SERTA BENAR-BENAR GAGAH DAPAT MENERIMA KEKALAHAN SETERUSNYA MENJADIKAN KEKALAHAN ITU SEBAGAI SATU YANG POSITIF BAGI MENGUATKAN KELEMAHAN DIRINYA".

Untuk Pemuda UMNO Bahagian Labuan, teruskan usaha, kuatkan semangat, demi agama, bangsa dan negara. HIDUP PEMUDA!

Thursday, November 13, 2008

RENUNGKAN SEJENAK

Puteri Labuan ada membaca buku RENTETAN PERJUANGAN BANGSA yang telah lahir dan diterbitkan oleh UMNO, untuk mendidik generasi muda tentang sejarah perjuangan bangsa secara mendalam dan terperinci dengan harapan ia dapat membentuk jati diri bangsa yang lebih teguh. Bersesuaian dengan kita warga Puteri UMNO, golongan pelapis kepimpinan, ia amat penting bagi memotivasikan diri agar lebih memahami proses perjuangan datuk dan nenek kita yang telah lenyap ditelan masa. Puteri Labuan berasa amat terharu kerana banyak peristiwa yang diceritakan telah mengguris rasa sebak bila membayangkan kronologi perjuangan bangsa Malaysia.

Antara pembuka dalam buku itu adalah seperti berikut :-

“60 tahun yang lalu, setelah sekian lama ditindas, bangsa Melayu telah bangkit dengan satu suara mempertahankan hak-hak mereka sebagai bangsa yang berdaulat di tanahair tercinta ini. Meskipun tanpa sebarang pertumpahan darah, namun jalan menuju kebebasan penuh dengan liku, ancaman dan cabaran. Tanpa perjuangan ini, bangsa Melayu pastinya sekadar menjadi bangsa kelas ketiga di buminya sendiri. Dalam menyusur rentetan perjuangan bangsa, keinsafan dipanjatkan agar Melayu tidak lupa pada cabaran semalam serta keringat datuk dan nenek yang telah berjuang demi meletakkan anak cucunya pada kedudukan hari ini. Selagi bumi ini berputar, cabaran sentiasa ada dalam berbagai bentuk dan rupa, dan ia pasti menghancurkan bangsa yang mudah leka…”

Hari ini ada sebilangan kita hanya tahu bercakaran, menyalahkan sesama sendiri sedangkan dalam satu lingkungan bangsa yang sama dalam Puteri UMNO. Walaupun begitu, ada juga warga Puteri yang sedar atas perjuangan sebenar sebagai golongan wanita muda yang berilmu, prihatin dan berwawasan. Jangan sampai kita menjadi ahli Puteri tanpa mengetahui asas sebenar penubuhan UMNO itu sendiri.

Saturday, November 8, 2008

KEPUTUSAN TERKINI PENCALONAN PUTERI MALAYSIA

(Sumber : www.puteri.net.my)

**Jumlah Pencalonan adalah kiraan RASMI dari Ibu Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia**
Kiraan Sehingga 5 NOVEMBER 2008

Jumlah Pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO


YB Dato' Noraini Ahmad (71)


CALON KETUA PUTERI UMNO
(2 pencalonan layak bertanding)


YB Datuk Shahaniza Shamsuddin (61)


YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (63)


Datin Ismalina Ismail (31)


Bibi Sharliza Mohd. Khalid (25)


Azlina Mehtab Mohd Ishaq (9)


YB Senator Datuk Nordiana Shafie (2)


Ida Rahayu Md Noor (1)


CALON NAIB KETUA PUTERI UMNO
(2 pencalonan layak bertanding)


YB Nolee Ashilin Radzi (61)


Shahanim Mohd Yusof (45)


YB Senator Datuk Nordiana Shafie (24)


YB Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (26)


Haslinda Zerain (23)


Tuesday, November 4, 2008

BARISAN KEPIMPINAN PUTERI UMNO BAHAGIAN LABUAN


(Bersama Perwakilan, Wakil Bahagian dan Wakil Puteri Badan Perhubungan W.P.)

BARISAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN LABUAN 2008-2011

DATIN ISMALINA PILIHAN PUTERI LABUAN


Tahniah diucapkan kepada para Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan yang telah berjaya mengadakan mesyuarat tahunan pada 2 November 2008. Mesyuarat pada tahun ini berlangsung dengan penuh ukhuwah dan bersemangat. Puteri UMNO Bahagian Labuan dengan satu hati dalam mesyuarat ini satu suara memilih Ybhg Datin Ismalina Ismail sebagai calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Apa yang pasti, Puteri UMNO Bahagian Labuan telah membuktikan bahawa semangat perpaduan yang utuh telah menjadikan Puteri UMNO Bahagian Labuan lebih matang dalam membuat keputusan. Semoga Puteri UMNO Bahagian Labuan akan lebih proaktif selepas ini apabila diterajui oleh Barisan Kepimpinan Puteri yang lebih aktif dan berwawasan.

(Gambar : Datin Ismalina Ismail yang telah dicadangkan oleh Puteri UMNO Bahagian Labuan).

Thursday, October 23, 2008

92 PERWAKILAN PUTERI SIAP SEDIA

Seramai 23 Barisan Kepimpinan AJK Puteri Labuan dan 69 orang Perwakilan Puteri cawangan telah bersiap sedia untuk menempuhi Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan pada 2 November ini. Kesemua 92 Perwakilan inilah yang telah menentukan Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Labuan selama tempoh 3 tahun. Mesyuarat kali ini akan menyaksikan kepimpinan Puteri yang dicadangkan adalah menang tanpa bertanding.

Difahamkan pada mesyuarat Perwakilan ini, Ketua Puteri iaitu Pn. Rahimah Hj. Lamat akan menyampaikan amanat penting kepada semua Perwakilan, khususnya kepada G10 yang akan dipilih, bagi menentukan kepimpinan Bahagian yang mana mesyuaratnya akan berlangsung pada hari yang sama. Hanya kebijaksanaan dan kerasionalan Puteri sendiri yang diharap dapat memutuskan pilihan masing-masing. Apa yang penting, Puteri akan terus bersatu dan bertindak mengikut fikiran, jangan bertindak melulu mengikut hati dan janji-janji palsu orang yang tidak bertanggungjawab.

Perkhabaran negatif dari sesetengah pihak tidak perlu dilayan, apa yang lebih baik ialah menjadikannya sebagai cabaran untuk memperbaiki diri kita sendiri. Bak kata-kata hikmat dari pemimpin kesayangan kita "jangan jadikan perkara negatif itu sebagai halangan, tapi ambil ia sebagai cabaran, bukan saja untuk memperbaiki diri kita, tetapi juga untuk masyarakat di sekeliling kita".

Sunday, October 19, 2008

13 HARI LAGI


Hanya tinggal 13 hari saja lagi UMNO Bahagian Labuan akan bersidang. Persidangan kali ini mungkin akan mencipta sejarah, kerana persidangan tahun ini para perwakilan akan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli bagi menentukan pilihan siapa yang bakal menerajui kepimpinan UMNO di Labuan. Bagi 3 sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, tidak sampai 13 hari saja ketiga-tiga sayap ini akan bersidang. Wanita dan Puteri telah pasti tidak ada pemilihan dalam Barisan Kepimpinan AJK bagi tempoh 3 tahun.

Tetapi, mungkin sejarah akan terukir bagi sayap Pemuda Bahagian Labuan, kerana tahun ini perwakilan pemuda di setiap cawangan akan diberikan kepercayaan dalam memutuskan Barisan Kepimpinan Pemuda bagi tempoh 3 tahun. Kedua-dua calon yang akan bertanding bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda adalah merupakan muka baru dalam arena politik khususnya dalam Pemuda UMNO Bahagian Labuan. Walau bagaimanapun, siapa pun yang menang dan dipilih sebagai pemimpin Pemuda nanti diharapkan dapat bekerjasama dengan kepimpinan Bahagian.

Begitu juga di peringkat Bahagian sendiri. Bukan saja perwakilan di peringkat cawangan akan menentukan siapa yang akan mengetuai kepimpinan Bahagian, malah ketiga-tiga sayap utama berperanan besar yang mana juga merupakan perwakilan ke Bahagian nanti. Apapun pilihan para perwakilan nanti, semuanya mempunyai alasan masing-masing tersendiri. Inilah keistimewaan perwakilan. Masing-masing mempertahankan pilihan yan telah ditentukan, bagi memastikan kejayaan calon pilihan mereka. Walau apapun cara masing-masing, diharapkan janganlah kita lupa pada ketinggian martabat dan jatidiri bangsa kita, bangsa Melayu. Walau apapun etnik yang kita warisi, namun akar kita tetap Melayu. Semoga kita akan terus bersatu dalam satu bangsa yang bermartabat tinggi.

SELAMAT MENEMPUH PERSIDANGAN.

Tuesday, October 14, 2008

PESANAN KETUA BAHAGIAN


Semalam Puteri Labuan menghadiri mesyuarat AJK Bahagian Labuan. Banyak pesanan dan kata-kata yang amat berguna untuk Puteri Labuan jadikan sebagai panduan dalam menghadapi dunia politik UMNO masa kini. Antara kata-kata Ketua Bahagian yang paling melekat dalam minda Puteri ialah "Biarlah kita jadi pemegang kepada perpaduan, bukan penyumbang kepada perbalahan". Dalam menghadapi suasana pemilihan yang bukan saja bahagian-bahagian lain, malah di bahagian Labuan sendiri yang mempunyai 30 cawangan. Namun begitu, kita tidak pernah menolak demokrasi, walaupun hakikat sebenarnya kita tidak mahu terjadinya perpecahan kumpulan dalam bangsa Melayu, atau lebih tepat dalam UMNO.

Takrif "pemilihan" itu sendiri memerlukan kita memilih siapa yang kita mahukan untuk jadi pemimpin kita. Bagi warga Puteri, ia sememangnya satu proses demokrasi yang natural, cuma sekiranya berlaku proses "peralihan kuasa", ia akan menunjukkan lagi bahawa Melayu ini mempunyai pemimpin yang berkaliber dan berfikiran jauh serta sentiasa memikirkan kesepaduan hati bangsa kita. Seperti proses peralihan kuasa yang dilakukan oleh Presiden UMNO Kebangsaan iaitu PM kita kepada Timbalan Presiden UMNO (TPM). Begitu simple and smart. Tidak berlaku sedikitpun perebutan kuasa oleh Timbalan. Itulah yang kita mahukan, menunjukkan kekukuhan bangsa kita yang mempunyai jatidiri kuat dan teguh, serta tidak mudah digoyahkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Puteri Labuan sedar bahawa puteri masih muda, setahun jagung dan belum arif elok-belok dalam berpolitik sepertimana sayap-sayap lain. Tapi, Puteri Labuan kali ini bangga kerana dapat menunjukkan sikap bersatu hati sebulat suara dan permuafakatan yang kukuh dengan menghadapi persidangan kali ini tanpa pertandingan dalam menentukan Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Labuan. Inilah pesanan Ketua Bahagian Labuan yang sentiasa prihatin terhadap warga Puteri Labuan, iaitu mengutamakan perpaduan dan elakkan perpecahan. Apalagi bangsa kita hari ini yang diduga dengan pelbagai dugaan, seolah-olah mencabar keutuhan bangsa Melayu kita.

Pesanan dan nasihat daripada Ketua Bahagian akan sentiasa warga Puteri pegang, untuk dijadikan panduan dalam menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.

Friday, October 10, 2008

INFO TERKINI - PENCALONAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

Dapatkan info terkini bilangan pencalonan
Ketua Puteri UMNO Malaysia di blog Puteri Labuan.
Cuma layari
www.puterilabuan.blogspot.com
dan info tersebut boleh diperolehi
di bawah CHAT BOX di ruangan sebelah.

Tuesday, October 7, 2008

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN


Puteri dan rakan-rakan di rumah
Ybhg Dato' Suhaili
( gambar atas),
&
di rumah Pn. Hjh Aini
& Tn. Hj. Abdul Ghani
(gambar bawah)

Monday, October 6, 2008

DI AMBANG PERSIDANGAN PUTERI LABUAN

Persidangan Puteri UMNO Bahagian Labuan dijadualkan sebagai sayap pertama yang akan bermesyuarat di Bahagian ini. Difahamkan Puteri Labuan akan membawa sekurang-kurangnya 3 Usul Tanpa Bahas yang pastinya akan menarik perhatian sidang perwakilan Puteri kali ini. Puteri Bahagian Labuan kini sedang sibuk membuat persiapan untuk persidangan tersebut bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Thursday, October 2, 2008

SALAM AIDILFITRI


Dalam kita meraikan hari yang penuh gembira ini, jangan lupa kepada
mereka yang memerlukan.... semoga kita mendapat berkat di Syawal yang mulia ini.
Salam Aidilfitri daripada Puteri UMNO Bahagian Labuan.

PROGRAM MENYUSUR AKAR SEMPENA AIDILFITRI

Wednesday, September 24, 2008

USAH JADI TANGGANG

TITAH ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ketika menyempurnakan Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 21 Jun lalu menyentuh perasaan ramai orang Melayu.

Ia dengan jelas menunjukkan keprihatinan baginda terhadap nasib orang Melayu kini dan masa depan mereka. Bagi orang Melayu yang berjaya, pesan baginda

“Janganlah berperangai seperti Si Tanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”


(Sumber : http://mckk-pibg.blogspot.com)
Interview with Datuk Sri Hishammuddin
On 29 June 2008, Mingguan Malaysia interviewed Datuk Sri Hishammuddin Hussein, the Minister of Education, commenting on the MCKK Speech Day Address by DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Here's the full article in Malay: MELAYU PERLU BERSATU

Tuesday, September 23, 2008

Saturday, September 20, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA PUTERI UMNO MALAYSIA


Rahimah (Ketua Puteri Labuan) bersama Siti Fatimah (Pen. S/U Puteri Setiawangsa)
Di Majlis Berbuka Puasa Puteri UMNO Malaysia dengan Anak-anak Yatim & PDK
Di PWTC, 19 September 2008

Thursday, September 18, 2008

RAHIMAH KEKAL KETUA PUTERI UMNO LABUAN


(Sumber Akhbar : New Sabah Times, 18/09/2008)