ANDA PELAWAT KE


Monday, August 25, 2008

Objek menyerupai dinamit bukan bom (DI BILIK GERAKAN PUTERI)

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Objek menyerupai dinamit yang diletakkan di bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang tengah malam tadi sehingga menimbulkan kekecohan, disahkan bukan sejenis bom.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dinamit itu berbentuk empat gulungan kertas berbalut secara berkembar dalam satu beg pinggang yang diletakkan di atas meja makan.

Kata beliau, sebotol minuman mengandungi cecair spirit iaitu sejenis bahan mudah terbakar turut ditemui di tempat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kes itu masih dalam siasatan dan barang-barang yang ditemui juga sudah dimusnahkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi seorang anggota polis menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terdapat sebuah beg pinggang yang mencurigakan diletakkan di khemah bilik gerakan berkenaan yang dipercayai berisi bom.

"Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama pasukan unit pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian dan setelah disiasat, didapati kandungannya bukan sejenis bom,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan yang hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan anggota Puteri.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata, sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, polis menerima sebanyak 71 laporan berhubung kes jenayah yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil itu.

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt

=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

1 comment:

Anonymous said...

http://wanitapertama.blogspot.com/2008/10/bodyguard.html