ANDA PELAWAT KE


Friday, August 22, 2008

PUTERI TIDAK GENTAR UGUTAN PEMBANGKANG

SHAH ALAM 21 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan parti pembangkang supaya tidak sesekali cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan tindakan-tindakan ganas semasa berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, tindakan parti pembangkang menggertak ahli dan mengganggu bilik gerakan Puteri UMNO tidak sama sekali melemahkan atau menjejaskan semangat pergerakan itu membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

''Pembangkang guna taktik gertak, bilik gerakan Puteri diganggu dan mereka datang kepung, ajak bergaduh.

''Saya hendak ingatkan kepada mereka supaya jangan cuba menakut-nakutkan Puteri,'' tegasnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan diploma kepada graduan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini hari ini.

Seramai 189 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan menerima Diploma Pengajar Vokasional (DPV) pada sesi kali ini.

Kelmarin, polis menerima laporan daripada seorang ahli Puteri UMNO mendakwa telah dicabul oleh seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 Ogos lalu semasa dalam perjalanan untuk menghadiri proses penamaan calon di Permatang Pauh.

Selain mencabul, ahli-ahli parti pembangkang juga didakwa pernah meludah sekumpulan ahli Puteri UMNO.

Menurut Noraini, beliau menasihatkan ahli-ahlinya supaya sentiasa bersikap profesional dalam menghadapi situasi sedemikian dan tidak membalas dendam.

''Saya nasihatkan ahli Puteri jangan balas balik perangai tidak senonoh itu,'' ujarnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Politik&pg=po_06.htm)

1 comment:

mutiara putih said...

Salam Kemerdekaan...

Ahli-ahli Puteri UMNO seluruh Malaysia akan tetap meneruskan perjuangan tanpa rasa gentar dan takut...Ini kerana kita berada di pihak yang benar dan ikhlas dalam perjuangan.....Ahli Puteri UMNO tidak pernah dididik untuk menjadi biadap dan kurang ajar seperti penyokong-penyokong pihak pembangkang yang jelas menunjukkan keperibadian yang tidak bertamadun....ahli puteri yang anggun, cerdik dan bersemangat waja akan tetap manjadi sayap tunjang UMNO yang lebih dinamik dan profesional.....Hidup Pureri UMNO!...Hidup Puteri UMNO!