ANDA PELAWAT KE


Wednesday, August 20, 2008

SEKAPUR SIRIH...

Assalamualaikum w.b..
Sejahtera buat semua warga Puteri dan para pembaca..

Sepertimana yang telah kita semua maklum kini semua UMNO Cawangan semakin sibuk mengadakan persidangan tahunan, apatah lagi tahun ini adalah tahun pemilihan bagi jawatankuasa sama ada di peringkat cawangan, mahupun ketiga-tiga sayap penting UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Begitu juga di Labuan, salah sebuah bahagian di dalam Wilayah Persekutuan yang senario persidangannya turut diwarnai dengan pertandingan bagi memilih AJK untuk sesi 2008-2010.

Bagi Puteri UMNO Bahagian Labuan sendiri, sebarang pertandingan yang berlaku sememangnya memberikan pengajaran yang amat bermakna, kerana memandangkan senario pertandingan seperti ini merupakan kali pertama dihadapi. Pada tahun 2004 yang mana juga adalah tahun pemilihan, Puteri UMNO Bahagian Labuan hampir menghadapi senario pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, semuanya dapat diselesaikan dengan penuh ukhuwah dan akhirnya berlaku peralihan kuasa yang sangat lancar dan menyentuh perasaan.

Senario yang berlaku tahun ini boleh dikatakan sebagai satu kejutan budaya yang sangat-sangat memberikan kesan kepada warga Puteri. Sebagai barisan kepimpinan dan pelapis sayap Wanita, Puteri tidak akan melepaskan peluang dengan menjadikan pengalaman ini sebagai pelajaran yang bermakna dalam menerajui gelanggang politik semasa. Puteri UMNO Bahagian Labuan tetap akan berpegang teguh pada pendirian kukuh iaitu mengutamakan dan mengekalkan perpaduan selaras dengan menyahut nasihat yang pernah diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan sendiri.

Salam Merdeka.
Salam Perpaduan.
Salam Ukhuwah.

-Puteri UMNO Bahagian Labuan-

No comments: