ANDA PELAWAT KE


Sunday, September 14, 2008

23 CAWANGAN PUTERI UMNO SELESAI BERSIDANG


Assalamualaikum.. Salam Ukhuwah
buat semua warga Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Alhamdulillah, 23 buah cawangan Puteri UMNO di Bahagian Labuan telah selesai bersidang. Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinanNYA jua kita dikurniakan kekuatan dalam menghadapi segalanya sepanjang persidangan cawangan tahun ini.

Puteri UMNO Bahagian Labuan mempunyai sebanyak 30 cawangan keseluruhannya, selain daripada 22 cawangan yang telah berjaya bersidang, sebanyak 4 cawangan Puteri UMNO yang tidak dapat mengadakan persidangan kerana masalah korum, dan selebihnya adalah cawangan yang tidak aktif. Kesemua 23 buah cawangan Puteri yang bersidang telah mencadangkan Pn. Rahimah Binti Hj. Lamat sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan dan Pn. Noridawati Binti Hj. Abdul Ghani sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan. Senarai AJK Puteri UMNO Bahagian juga keseluruhannya tidak ada pertandingan. Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Ini telah membuktikan bahawa warga Puteri UMNO bukan sahaja dapat mengadaptasikan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari daripada kepimpinan atasan iaitu MENGUTAMAKAN PERPADUAN DARIPADA PERBALAHAN. Jelas dan nyata kini bahawa golongan pemimpin muda juga boleh dibanggakan kerana telah berjaya mengadakan persidangan tanpa sebarang pertandingan. Kepada pihak yang membaca artikel ini dan tidak bersetuju dengan kenyataan ini, jangan salah sangka dan jangan pula cuba memutarbelitkan kenyataan. Bukan Puteri UMNO tidak memperakukan kebebasan berdemokrasi, malah semasa persidangan pun cadangan dibuka seluas-luasnya bagi mempelawa kepimpinan wanita muda untuk mewarnai barisan kepimpinan, tetapi dengan kewarasan dan kebijaksanaan semua warga Puteri UMNO yang lebih mementingkan perpaduan, keputusan sebulat suara di setiap cawangan Puteri tetap dengan pendirian asal iaitu memilih permuafakatan yang sepadu.

Sejak tahun 2004, Puteri UMNO Bahagian Labuan banyak belajar tentang pengalaman pemilihan. Tidak dapat disangkal bahawa ahli-ahli UMNO tetap akan memilih SATU DI ANTARA DUA sekiranya berlaku pertandingan. Perpecahan dan perbalahan yang hampir berlaku dalam persidangan 2004 telah menjadikan Puteri UMNO Bahagian Labuan lebih matang dan pastinya ia menjadi pengajaran yang lebih bermakna dalam sayap termuda UMNO ini. Persidangan lepas juga telah menjadikan pengalaman berharga dan sehingga hari ini Puteri yang mengalami peristiwa tersebut terus berhubung rapat, ikatan ukhuwah yang lebih kuat dan hubungan persaudaraan yang lebih kukuh. Terima kasih kepada Barisan Kepimpinan AJK UMNO Bahagian Labuan, terutama barisan kepimpinan atasan dan G9 UMNO Bahagian Labuan yang telahpun memberikan nasihat serta ilmu yang amat bermakna pada persidangan 2004 yang lepas. Pengajaran yang diberikan waktu itu tetap kami ingati dan pegang kuat. Kami telah buktikan dalam persidangan tahun ini.

Sekali lagi, diucapkan setinggi tahniah kepada warga Puteri UMNO di Labuan. Semoga jalinan persaudaraan sesama kita tetap akan utuh dan tanggungjawab kita seterusnya melatih pelapis kepimpinan wanita muda bagi meneruskan teraju kepimpinan Puteri UMNO akan datang.

Bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Salam Puteri.

2 comments:

Rahimah said...

Salam Kesyukuran


Alhamdulillah....berkat semangat kemerdekaan yang masih terasa dan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak, semua cawangan Puteri di bahagian Labuan telah berjalan dengan lancar dan sempurna....Seharusnya, semua ahli Puteri UMNO Labuan khususnya dan seluruh ahli UMNO amnya terus bermuhasabah diri atas nikmat dan kejayaan dan keharmonian yang kita telah kecapi selama ini...Semua ini adalah hasil titik peluh dan percikan darah para pejuang yang terdahulu daripada kita sekarang....Janganlah 'mengsia-siakan' perjuangan mereka hanya kerana kepentingan peribadi...Tuhan telah menentukan segalanya kepada Ummah -Nya di muka bumi ini....Masa nya akan tiba tanpa diduga...yang penting perjuangan kita harus berteraskan niat yang ikhlas demi kemakmuran bumi tuhan....Permuafakatan menyeluruh sangat penting dalam mengekalkan roh perpaduan yang menjadi salah satu asas pembangunan dan kejayaan sesuatu bangsa dan negara...Bersama kita terus berjuang...Perjuangan kita belum selesai....

Anonymous said...

Kepada Puteri Labuan ...teruskan menulis ...sesungguhnya mata pena itu lebih tajam tusukkannya daripada mata pedang...