ANDA PELAWAT KE


Thursday, September 11, 2008

PUTERI LABUAN BERJIWA BESAR HADAPI CABARAN


Salam Perpaduan..

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua warga Puteri UMNO di seluruh Malaysia. Semoga di bulan yang mulia ini, kita akan terus mendapat kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian, walaupun menahan lapar dan dahaga, namun tugas seharian tetap kita pikul dengan penuh tanggungjawab dan yang penting biarlah dengan niat yang bersih serta ikhlas kerana Allah S.W.T juga demi agama, bangsa dan negara.

Kepada warga Puteri UMNO Bahagian Labuan, khususnya kepada AJK Puteri UMNO Cawangan-cawangan yang telah menjalankan tugas masing-masing dalam persidangan Puteri Cawangan, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah. Bukan saja kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Puteri, tetapi juga telah berjaya membuktikan bahawa kita adalah pelapis kepimpinan yang bertanggungjawab dan boleh meneruskan kepimpinan akan datang.

Setakat hari ini, sebanyak 21 buah cawangan Puteri UMNO Bahagian Labuan yang telah bersidang, iaitu Puteri UMNO Lubuk Temiang, Puteri UMNO Batu Manikar, Puteri UMNO Pohon Batu, Puteri UMNO Lajau, Puteri UMNO Bukit Kuda, Puteri UMNO Tanjung Aru, Puteri UMNO Durian Tunjung, Puteri UMNO Layang-Layangan, Puteri UMNO Sungai Lada, Puteri UMNO Sungai Miri, Puteri UMNO Belukut, Puteri UMNO Bebuloh, Puteri UMNO Sungai Buton, Puteri UMNO Sungai Bedaun, Puteri UMNO Sungai Bangat, Puteri UMNO Ranca-Ranca Laut, Puteri UMNO Ranca-Ranca Darat, Puteri UMNO Patau-Patau 2, Puteri UMNO Sungai Labu, Puteri UMNO Gersik Saguking, Puteri UMNO Pantai. Manakala Puteri UMNO Kilan, Puteri UMNO Ganggarak dan Puteri UMNO Bukit Kalam akan bersidang pada hujung minggu ini. Diharapkan ketiga-tiga Puteri UMNO di cawangan tersebut dapat menjalankan persidangan dengan penuh ukhuwah dan rasa persaudaraan seperti cawangan lain. Walaupun ada beberapa cawangan Puteri UMNO yang tidak dapat meneruskan persidangan atas masalah kourum, namun sebagai generasi pemimpin muda, kita warga Puteri UMNO jangan cepat melatah, dan berasa kecewa atas masalah tersebut. Kita seharusnya berjiwa besar dan menerima hal tersebut sebagai cabaran untuk kita meneruskan perjalanan Puteri UMNO akan datang, agar tidak berulang. Ini juga harus dijadikan sebagai cabaran kepada Ketua-Ketua Puteri di cawangan yang terlibat, jangan kita jadikan ia sebagai halangan untuk meneruskan perjuangan. Kepimpinan atasan kita tidak pernah mendidik kita agar cepat melatah dan menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan kita sendiri. Itulah kita Puteri UMNO, belajar daripada pengalaman pemimpin kita dan menggunakan ilmu yang baik daripada ayah dan bonda kita.

Diharapkan agar warga Puteri UMNO Bahagian Labuan akan terus berjaya dan sentiasa menjaga hubungan baik di antara satu sama lain. Ikatan persaudaraan dan kekeluargaan yang sedia perlulah kita kukuhkan agar Puteri UMNO Bahagian Labuan tetap menjadi sebuah sayap UMNO yang kuat serta tidak mudah diperlekehkan oleh anasir jahat. Semoga kita dapat memartabatkan parti ini agar ia tetap relevan untuk hari ini, esok dan selamanya.

Salam Generasi Wanita Prihatin.

2 comments:

emy said...

Salam Ramadhan buat semua Puteri Labuan.
Tahniah di atas wujudnya blog Puteri Bahagian ini. Saya mengetahui melalui wilayakini. Ini adalah satu usaha yang baik memandangkan ramai puteri kita yang celik IT kini...
Buat Puteri Cwangan yang dah selamat bersidang, saya ucapkan tahniah....
Buat kak Rahimah, semoga tabah dalam perjuangan.Bila tiba Masa kita perlu suarakan pendapat kita sebagai generasi muda. Kita bagilah pandangan jujur kita .....Samada mereka mahu terima atau tidak...Itu terpulang. Yang pentinng mesej dari golonganmuda dah pun kita sampaikan...
wish u all the best....

salam perjuangan;
mas ermieyati samsudin
ketua puteri UMNO Melaka
http://emysamsudin.blogspot.com

rahimah said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Puteri Labuan....Puteri LAbuan tetap yakin bahawa Pergerakan Puteri UMNO merupakan wadah yang tepat dalam menyuarakan hasrat dan pendapat generasi wanita muda di Malaysia....Puteri Labuan akan meneruskan usaha dan perjuangan bagi memastikan Pergerakan Puteri UMNO terus relevan dalam memartabatkan bangsa melayu, agama islam dan negara Malaysia yang tercinta


Salam ukhuwah

Rahimah Hj.Lamat
Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan
emel:rahimah_mizam@yahoo.com