ANDA PELAWAT KE


Saturday, September 6, 2008

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan,
kepada semua warga Puteri UMNO di seluruh Malaysia, diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua dapat melenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tanpa henti. Bagi Puteri UMNO Bahagian Labuan sendiri, bulan Ramadhan tahun ini benar-benar menguji semua kerana di bulan ini jugalah cawangan-cawangan bersidang bagi meneruskan agenda yang telah diatur. Apa yang diharapkan semua Puteri UMNO Bahagian Labuan dapat menahan kesabaran agar terhindar jauh daripada perasaan amarah, geram, sakit hati dan semua perasaan benci dalam mesyuarat cawangan nanti. Semua itu adalah lumrah dalam persidangan, hanya kita yang dapat mengawal perasaan diri sendiri. Semoga pada bulan ini juga hubungan persaudaraan di kalangan kita akan tetap erat dan kukuh. Hulurkan maaf pada yang telah terkasar, dan maafkanlah segala keterlanjuran kata-kata yang terlontar daripada insan yang memusuhi kita. Didoakan agar insan tersebut dapat menyedari kesilapannya sepertimana kita yang menyedari kesilapan kita. Di bulan inilah pintu taubat terbuka seluas-luasnya, dan pintu neraka ditutup, serta seksaan kubur direhatkan. Semoga kita semua mendapat kebaikan di bulan rahmat ini. Amin.

Salam Ramadhan.
Selamat Berpuasa.

No comments: