ANDA PELAWAT KE


Tuesday, November 4, 2008

BARISAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN LABUAN 2008-2011

3 comments:

Anonymous said...

bukan nada kan masuk pu3...ramai tapi tah ganya mun ke mana2 ..ada majlis raya, k KL kursus apa ada dpt hamper payah ketua jua ganya yg dpt yg lain mendangar n meliat tah ganya...d tanya arah ketua....ketua pu3 pun x dpt jwb????..ramai ni kan masuk pu3....ahli biasa x ada istemewa...kan berebut jadi ketua payah jua....

Burung Helang said...

Aik macam bepu3 ni kan mcari glamour pula. mun ngaya kan ke kl atu alum ku kan masuk pu3. payah nyamu perasan ku spesis pu3 ni kan di atur. bgi ku kepimpinan pu3 sekrg ni baik berbanding dulu. lebih mantap dan org lebih kenal pu3 skrg.
Aku pun alum msk pu3 bgi ku kalu beban dan tanggung jawab alum dapat ku pikul alum ku berabut kan jadi ketua. jgn caka inda serupa bikin.
Tahniah ketua pu3 krn komitmen yg jitu kpd pu3 dan seboleh2 nya progm mencari pu3 yang BELUM AHLI di teruskan, kerana banyak lagi pu3 belum jumpa jalan.

rahimah said...

salam,

kepada anonymous....

Sudah jadi ahli UMNO kah? apa-apa pun terima kasih atas kritikal dan teguran yang diberikan..semoga teguran ini akan menjadi peringatan kepada kita semua

Perjuangan dalam pergerakan puteri tidak dapat diukur dari sudut penerimaan sumbangan hamper atau diberi peluang menghadiri majlis atau kursus semata-mata......aspek ini hanya 0.01% dari dasar perjuangan pergerakan puteri. saya yakin mana-mana individu yang terlibat adalah atas usaha dan sumbangan mereka sendiri dalam pergerakan ini.

Dalam dunia pekerjaan pun, sesiapa yang rajin bekerja pasti akan mendapat upah dan gaji yang lebih setimpal dengan usaha yang dicurahkan....seumpama juga dengan usaha kita beribadat di dunia pasti akan mendapat balasan pahala yang besar di akhirat...sesiapa yang kurang bekerja atau kurang ibadatnya pasti mendapat upah dan pahala yang hanya setimpal dengan apa yang telah diusahakannya, tidak lebih dan tidak kurang.

Berkenaan kursus atau urusan ke KL tu memang tidak melibatkan semua ahli Puteri, ianya hanya melibatkan beberapa individu yang diberikan tugas dan tanggungjawab tertentu...bukannya pergi untuk bersuka ria atau bercuti...mereka pergi membawa amanat dan balik membawa beban dan tanggungjawab...bukan mudah jadi ketua ani...susah payah hanya kami yang menanggung, sebab mun kan dikongsi semuanya ujung-ujung ramai pulang yang nda mau jadi ahli. Tapi alhamdulillah, semua masalah dapat kami selesaikan tanpa menyusahkan ahli-ahli Puteri sekalian.

Setiap persatuan atau organisasi memang sudah ada sistem kepemimpinannya..Mesti ada Ketua sebagai pemimpin dan ahli-ahli sebagai pengikutnya. masing-masing ada tugas dan amanah serta kekuatan masing-masing...namun yang pasti tiada 'kekurangan' selagi seseorang individu itu ikhlas dan minat mengikuti mana-mana organisasi atau persatuan yang disertainya...masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab.

Kami sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk masuk Pergerakan UMNO, untuk golongan wanita muda yang berumur 18-35tahun bolehlah berdaftar di pergerakan Puteri UMNO. Hubungi Ketua Puteri Cawangan anda pilih di cawangan masing-masing untuk urusan pendaftaran keahlian.

Kepada semua ahli Puteri UMNO, khususnya di Bahagian Labuan, marilah kita fahamkan kembali tujuan penubuhan Puteri UMNO sebagai salah satu sayap penting dalam parti Keramat bagi bangsa Melayu "UMNO"....fahami dahulu susur galur 'kelahiran' kita semoga kita benar-benar memahami asas dan tujuan perjuangan kita sebagai golongan wanita melayu muda demi menjamin kestabilan dunia politik negara.

wa'llah wa'lam