ANDA PELAWAT KE


Tuesday, November 4, 2008

DATIN ISMALINA PILIHAN PUTERI LABUAN


Tahniah diucapkan kepada para Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan yang telah berjaya mengadakan mesyuarat tahunan pada 2 November 2008. Mesyuarat pada tahun ini berlangsung dengan penuh ukhuwah dan bersemangat. Puteri UMNO Bahagian Labuan dengan satu hati dalam mesyuarat ini satu suara memilih Ybhg Datin Ismalina Ismail sebagai calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Apa yang pasti, Puteri UMNO Bahagian Labuan telah membuktikan bahawa semangat perpaduan yang utuh telah menjadikan Puteri UMNO Bahagian Labuan lebih matang dalam membuat keputusan. Semoga Puteri UMNO Bahagian Labuan akan lebih proaktif selepas ini apabila diterajui oleh Barisan Kepimpinan Puteri yang lebih aktif dan berwawasan.

(Gambar : Datin Ismalina Ismail yang telah dicadangkan oleh Puteri UMNO Bahagian Labuan).

1 comment:

rahimah said...

Semoga kak ina lebih gigih untuk membawa Puteri UMNO sebagai sayap yang kuat mendukung parti UMNO demi memartabatkan bangsa, agama dan negara......