ANDA PELAWAT KE


Tuesday, December 30, 2008

CABARAN TAHUN BARU


Sempena sambutan Tahun Baru Islam 1430H dan juga yang hampir serentak dengan sambutan Tahun Baru 2009 ini, Puteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut tahun baru. Puteri bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas keizinanNya jua Puteri Labuan dapat bersama-sama rakan lain meneruskan perjuangan di arena ini.

Moga kehadiran tahun baru kali ini menguatkan lagi semangat Puteri untuk terus menghadapi dugaan mendatang yang sememangnya lebih mencabar dari hari ini dan semalam yang telah dilalui. Hanya ketabahan diri dan semangat daripada rakan-rakan dapat membantu Puteri mengharungi semua yang bakal mendatang. Kepada rakan-rakan Puteri, sama ada di peringkat Bahagian mahupun cawangan, diharapkan hubungan kita akan lebih erat dan apa yang penting kita akan teruskan segala misi yang telah kita susun bagi meningkatkan lagi martabat Puteri Labuan sendiri.

Insya'allah kita akan sama-sama membantu meningkatkan kedudukan UMNO sebagai satu parti orang Melayu yang tetap relevan untuk kini, esok dan selamanya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan merapatkan lagi saf kepimpinan kita bukan saja demi untuk diri kita, keluarga dan masyarakat di sekeliling, malah untuk agama, bangsa dan seterusnya negara yang kita cintai.

1 comment:

bungaraya said...

Perjuangan selalunya dibahagikan kepada 3 aspek utama:-
politik, sosial dan ekonomi.
Kepimpinan Puteri Labuan ramai yang bergalar siswazah. Sudah tentu mampu menjuruskan perjuangan kepada pendekatan dan sasaran yang
yang tepat.
Dalam bidang plitik saya tak perlu berikan cadangan dan komen. Anda tentu bijak melalui ranjau sekalipun penuh dengan duri.
Dalam bidang sosial, anda tentu tahu kemana hala tuju generasi mudi ketika ini di Labuan ini. Jika anda rasakan menyimpang jauh, tentunya anda semua tahu bagaimana hendak memperbaikinya.
Dalam bidang ekonomi, Ini juga perlu diberikan keutamaan lebih-lebih lagi tahun hadapi krisis ekonomi dunia sampai ketempat ini.
Ayuh...Jangan malukan dan tinggalkan legacy tanpa satupun yang bakal menjadi kenangan.