ANDA PELAWAT KE


Sunday, December 21, 2008

PUTERI : CABARAN PIKAT GOLONGAN MUDA

Datuk Noraini Ahmad mengakui usaha meraih sokongan golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN) menjadi cabaran utama bakal dihadapi pergerakan itu pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Beliau berkata, generasi muda ketika ini lebih banyak terdedah dengan pelbagai dakyah disebar pihak lawan menerusi Internet dan menjadi tanggungjawab Puteri Umno memperjelaskan isu sebenar.

Sehubungan itu, katanya, jentera Puteri Umno sudah mula digerakkan di Kuala Terengganu bagi membantu menarik sokongan golongan muda seterusnya memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil itu.

“Walaupun kerusi Parlimen Kuala Terengganu memang kawasan BN sebelum ini, ia tidak boleh dijadikan pengukur sebenar kekuatan kita kerana berdasarkan majoriti diperolehi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum lalu, banyak sebenarnya kita harus lakukan untuk memastikan kemenangan terus memihak kepada kita.

“Jentera Puteri Umno yang diketuai timbalan saya (Datuk Rosnah Rashid Shirlin) sudah bersedia sepenuhnya di Kuala Terengganu untuk memikul tanggungjawab meraih sokongan sokongan muda,” katanya.

Noraini berkata, selain itu, jentera Puteri Umno diingatkan walaupun situasi di Kuala Terengganu berbeza dengan Permatang Pauh, setiap ahli harus memberi tumpuan dan tidak memberi ruang kepada lawan mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda.

Beliau berkata, kemenangan di Kuala Terengganu nanti cukup bermakna bukan saja kepada calon Umno tetapi BN keseluruhannya, kerana ia akan mengembalikan maruah BN yang tercalar di Permatang Pauh.
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

(Sumber : http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2338)

3 comments:

bungaraya said...

Sebenarnya Memikat generasi muda puteri untuk mencintai perjuangan UMNO bukannya sesuatu yang mencabar lagi setelah bertahun-tahun ujud. Puteri harus sudah menganggap memikat golongan muda ini sebagai satu kerja mudah kerana objektif utama Puteri tertubuh adalah yang demikian itu. Untuk membawa golongan generasi baru masuk dan mencintai parti yang teragung ini. Dekatilah golongan muda dengan sentuhan manja anda dan pendekatan tutur kata yang lunak agar mereka terpikat. Kan anda semua biasa berlagak manja. Amalkanlah bila lagi.

Anak Harapan said...

salam PuteriLabuan

kata Datuk Noraini tu memang betul..itu lah hakikat sebenar... sebab tu puteri UMNO ditubuhkan sbb dah lebih 5 dekad ahli UMNO gagal mendapatkan strategi yang bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan generasi wanita muda sekarang untuk aktif dalam politik..tapi keahlian puteri umno yang melebihi 300ribu orang seluruh Malaysia sudah menunjukkan kejayaan Puteri UMNO yang baru mencecah usia 8 tahun dalam parti terunggul di benua asia ini...semoga pencapaian yang ada sekarang lebih mendorong ahli-ahli puteri UMNO Labuan khususnya untuk berusaha lebih kuat untuk membawa wanita-wanita muda di Labuan untuk aktif dalam UMNO...Selamat maju jaya.

bungaraya said...

Jikalau Puteri UMNO Labuan dapat membantu Puteri UMNO Malaysia dalam bentuk cadangan dan kertas kerja ...tentang cara dan kaedah, mendekati gulungan muda yang seramai 2 juta menjadi pengundi dalam piru ke 13 kelak, menjadi penyokong dan pengundi BN...itu adalah lagi baik dan menjadikan Puteri Labuan bertambah Uhmmm dimata Malaysia seluruhnya.