ANDA PELAWAT KE


Saturday, December 27, 2008

RUANGAN USAHAWAN PUTERI LABUAN

Puteri Labuan akan mewujudkan Ruangan Usahawan Puteri bermula pada Januari 2009 akan datang. Kepada usahawan Puteri yang mempunyai produk untuk dipromosikan bolehlah menghubungi Puteri Labuan melalui email puterilabuan@gmail.com...

Puteri berharap ruangan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sedikit sebanyak dapat membantu ahli Puteri yang mahir dalam bidang masing-masing untuk mempromosikan produk mereka.

Sekiranya diperlukan, pihak Puteri Labuan akan datang sendiri untuk menemuramah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai usahawan Puteri di sekitar W.P. Labuan ini. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Diharapkan Puteri dapat merealisasikan misi yang telah diatur dalam meningkatkan sosioekonomi ahli Puteri di sini.

3 comments:

bungaraya said...

pUTERI BOLEH MENUBUHKAN kOPERASI pUTERI mANIS lABUAN. kUMPULKAN HASIL USAHAWAN pUTERI lABUAN DAN EDARKAN DI mALAYSIA SELURUHNYA. tAPI hASIL pRODUCT MESTILAH MEMPUNYAI kUALITI CEMERLANG. pEMBUNGKUSAN PRODUCT MESTILAH CEMERLANG DAN MENAWAN. iALAH...SEPERTI PUTERI. yANG SELALU BERSERI-SERI. Kalau dah tak puteri wajhpun nampak kerimput dah tak lagi menggoda lelaki.

Puteri Labuan said...

Insya'allah bungaraya.. sekarang pun Puteri sedang mendapatkan maklumat daripada "KOPUTRI", iaitu sebuah koperasi Puteri yang diuruskan oleh Koperasi Ukhuwah di bawah Puteri UMNO Malaysia. Moga usaha ini dapat membantu usahawan Puteri di Labuan.

Apai Ngelai said...

Salam Puteri,

Terima kasih kerana melawat blog kawan..

Semoga kita terus bersama menjaga negara daripada Pakatan Pembangkang. Harap kita boleh berkongsi maklumat dan idea untuk memantapkan perjuangan kita ini.

Salam perkenalan.

Wassalam