ANDA PELAWAT KE


Wednesday, December 17, 2008

Y.B. Dato' Sha : CALON KETUA PUTERI MALAYSIA

Beberapa hari lepas, Puteri Labuan ada menghantar email kepada Y.B. Dato' Shahaniza Shamsuddin, calon Ketua Puteri Malaysia, yang akan bertanding Mac depan. Sepertimana calon-calon lain, Puteri Labuan turut bertanyakan misi dan visi beliau sekiranya diberi peluang menerajui kepimpinan Puteri UMNO di peringkat Nasional. Ikuti jawapan Y.B. Dato' Sha......

"Sebenarnya misi dan visi Kak Sha mudah sahaja. Untuk mengembalikan semangat Puteri UMNO sepertimana asas penubuhannya. Kak Sha mahu Puteri dihormati, suara Puteri didengari dan kita tidak hanya taking instruction dari atas tetapi turut participate dalam perjuangan dengan menyumbang bukan sahaja tenaga tetapi idea-idea serta perancangan dalam mengatur strategi memenangi pilihanraya. Bagaimana kita hendak menarik minat golongan muda hari ini untuk menyertai serta menyokong kita jika mereka tidak hormat kepada kita? Namun, terlebih dahulu kita sendiri mesti hormat pada diri kita sendiri dulu, baru orang lain dapat hormat kepada kita. Peranan Ketua Puteri Cawangan dan Bahagian mesti direcognize terlebih dahulu."

Puteri Labuan rasa sungguh banyak perkara penting yang akan Y.B. Dato' Sha sampaikan, tetapi mungkin beliau tidak berkesempatan menaip terlalu banyak bagi menjawab persoalan yang diberikan. Walau bagaimanapun, Puteri ingin berkongsi bersama pembaca blog ini bahawa beliau menyatakan.....

" Perkara pertama yang akan Kak Sha lakukan jika diberikan kepercayaan menjadi Ketua Puteri Malaysia nanti ialah Kak Sha mesti pastikan ahli-ahli Puteri di semua peringkat, baik yang menyokong atau tidak, kembali bersatu. Kak Sha bukan menawarkan diri atas kepentingan peribadi tetapi Kak Sha membawa harapan rakan-rakan yang percaya bahawa Kak Sha mampu membuat perubahan dan mengembalikan kegemilangan Puteri, dan apa yang penting adalah martabat Puteri UMNO Malaysia."

Puteri Labuan sendiri berharap Y.B. Dato' Sha akan kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam pemilihan ini. Hanya keyakinan diri, usaha dan tawaqal yang akan dapat membantu seseorang individu berjaya dalam menempuh dan menjalani kehidupan yang sentiasa mencabar. Semoga para perwakilan bijak dalam membuat keputusan masing-masing, kerana Perwakilan Puteri sudah matang dan bijak menilai, yang mana kaca dan yang mana permata. Good Luck Kak Sha.

2 comments:

bungaraya said...

Salam Puteri Labuan,
Saya berkali-kali berusaha untuk membuat komentar diruang bolg anda. Namun gagal. This is the first time I can go trough. Tahnks anyway.
Anda generasi yang menampakkan kesungguhan dalam bidang kepimpinan.
Jumlah pemimpin Puteri Labuan yang bergelar siswazah telah membuka mata Pak Cik dan menghidupkan semula semangat Pak Cik dan Pak Cik bertambah yakin bahawa suatu hari kelak, Labuan bisa melahirkan pemimpin peringkat Kebangsaan dikalangan wanita tempatan.
Nasihat Pak Cik ialah Niat anda kena tepat dan betul. Dalam sebarang apa juga langkah dan tindakan, jika salah pada niat, maka rosaklah hala tuju dan rencana perjuangan.
Salam Perjuangan.

Puteri Labuan said...

"bungaraya"...
Terima Kasih, kata-kata anda telah memberikan semangat kepada kami untuk bekerja kuat meneruskan perjuangan bangsa kita.