ANDA PELAWAT KE


Monday, August 25, 2008

Objek menyerupai dinamit bukan bom (DI BILIK GERAKAN PUTERI)

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Objek menyerupai dinamit yang diletakkan di bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang tengah malam tadi sehingga menimbulkan kekecohan, disahkan bukan sejenis bom.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dinamit itu berbentuk empat gulungan kertas berbalut secara berkembar dalam satu beg pinggang yang diletakkan di atas meja makan.

Kata beliau, sebotol minuman mengandungi cecair spirit iaitu sejenis bahan mudah terbakar turut ditemui di tempat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kes itu masih dalam siasatan dan barang-barang yang ditemui juga sudah dimusnahkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi seorang anggota polis menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terdapat sebuah beg pinggang yang mencurigakan diletakkan di khemah bilik gerakan berkenaan yang dipercayai berisi bom.

"Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama pasukan unit pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian dan setelah disiasat, didapati kandungannya bukan sejenis bom,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan yang hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan anggota Puteri.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata, sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, polis menerima sebanyak 71 laporan berhubung kes jenayah yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil itu.

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt

=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

Friday, August 22, 2008

PERSIDANGAN PUTERI UMNO PERTAMA


PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN PERTAMA DI PATAU-PATAU 2
BAHAGIAN LABUAN
(Gambar : Ketua Bahagian bersama Barisan AJK Puteri & urusetia Pejabat UMNO Bahagian Labuan

TATAETIKA AHLI UMNO BARU

Tataetika Ahli UMNO Baru - Pelihara Ahli Dari Salahlaku
Posted on Monday, June 30 @ 12:18:48 MYT


Oleh Ropikah Ahmad
Beberapa pindaan dalam buku Tataetika Ahli UMNO telah dibuat bagi memastikan kesinambungan parti sebagai teras politik bangsa terus diperjuangkan dan sebarang salah laku serta kesalahan-kesalahan yang boleh melunturkan kepercayaan kepada parti ditentang.

Tataetika baru tersebut dipersetujukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mac lalu memberi penekanan kepada salah laku yang melibatkan ahli-ahli dengan lebih terperinci dan mudah difahami iaitu memberikan tafsiran dan contoh-contoh.

Dalam Tataetika ini, ahli-ahli parti atau calon perlu mematuhi tempoh pemilihan yang bermula enam bulan sebelum tempoh proses pemilihan dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung seperti yang ditetapkan oleh MT di semua peringkat.

Dalam tempoh tersebut, sebarang ‘balasan’ melibatkan apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran atau anugerah dan perkara-perkara lain adalah salah menerusi Tataetika ini.

Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini, manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November dan peringkat Pusat yang melibatkan pertandingan jawatan tertinggi dalam parti akan berlangsung dari 16 hingga 21 Disember.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi larangan dan didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO seperti diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon pilihan raya bagi tempoh yang ditentukan oleh MT.

Kesalahan melanggar Tataetika ini juga boleh dipecat atau dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan UMNO.

Mengikut Perkara 3, semua ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli dengan mengikut perintah-perintah parti serta patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk disiplin parti.

Ia akan dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya ahli mempertikaikan atau mengkritik keputusan Lembaga Disiplin secara terbuka tanpa mengikut saluran parti yang sedia ada.

Pindaan dalam Tataetika Ahli UMNO ini dibuat bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO.

UMNO-ONLINE
Sumber : http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2184

Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/interaktif.asp?e=&s=&b=&sp=kartun&si=220708.jpg


PUTERI TIDAK GENTAR UGUTAN PEMBANGKANG

SHAH ALAM 21 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan parti pembangkang supaya tidak sesekali cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan tindakan-tindakan ganas semasa berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, tindakan parti pembangkang menggertak ahli dan mengganggu bilik gerakan Puteri UMNO tidak sama sekali melemahkan atau menjejaskan semangat pergerakan itu membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

''Pembangkang guna taktik gertak, bilik gerakan Puteri diganggu dan mereka datang kepung, ajak bergaduh.

''Saya hendak ingatkan kepada mereka supaya jangan cuba menakut-nakutkan Puteri,'' tegasnya yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan diploma kepada graduan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini hari ini.

Seramai 189 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan menerima Diploma Pengajar Vokasional (DPV) pada sesi kali ini.

Kelmarin, polis menerima laporan daripada seorang ahli Puteri UMNO mendakwa telah dicabul oleh seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 Ogos lalu semasa dalam perjalanan untuk menghadiri proses penamaan calon di Permatang Pauh.

Selain mencabul, ahli-ahli parti pembangkang juga didakwa pernah meludah sekumpulan ahli Puteri UMNO.

Menurut Noraini, beliau menasihatkan ahli-ahlinya supaya sentiasa bersikap profesional dalam menghadapi situasi sedemikian dan tidak membalas dendam.

''Saya nasihatkan ahli Puteri jangan balas balik perangai tidak senonoh itu,'' ujarnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Politik&pg=po_06.htm)

Sumber : http://www.utusan.com.my/index.asp


Thursday, August 21, 2008

PUTERI SYOR PERTIMBANG KENAIKAN BANTUAN JKM

Utara: Puteri syor pertimbang kenaikan bantuan JKM

Oleh Nurhayati Abllah dan Yusliza Yakimir Abd Talib
bhnews@bharian.com.my


SIMPATI: Wan Norashikin (kiri) menziarah adik Nor Farisha yang mengalami ketumbuhan di belakang leher sejak lahir menderita penyakit cecair dalam kepala selepas pembedahan membuang ketumbuhan sejak berusia empat tahun di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, sambil dilihat ibu Farisha, Noorman (kanan).

Kos sara hidup penduduk miskin semakin meningkat

IPOH: Puteri Umno Perak mencadangkan kerajaan mempertimbang semula kadar bantuan elaun yang diberi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk disesuaikan dengan kos sara hidup kini, selain mengkaji keperluan masyarakat.

Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Noordin berkata, kenaikan kadar bantuan itu adalah wajar kerana masyarakat kini berdepan dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar.


"Sudah sampai masanya kerajaan memikirkan keperluan masyarakat kerana mereka terutama golongan sasar kini berdepan dengan kos kenaikan pelbagai barang.


“Kajian perlu dibuat dan bantuan sepatutnya diberi mengikut kesesuaian semasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah Nor Farisha Farina Abdul Rahman, 11, yang menghidap ketumbuhan di belakang leher dan pengumpulan cecair dalam kepala di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Hamidah Osman dan Pegawai JKM Kinta, Zaini Othman.

Pada majlis yang sama, Puteri Umno Cawangan Gopeng memberi sumbangan bernilai RM5,000 sebagai peruntukan membaiki rumah Nor Farisha, sementara JKM menghulurkan sumbangan RM2,500 bagi tujuan sama.

JKM turut meluluskan bantuan bulanan bagi meringankan beban Nor Farisha sebanyak RM300 sebulan.

Sementara itu, ibu kanak-kanak malang berkenaan, Noormah Abu Bakar, 43, yang juga seorang suri rumah berkata, kepala anaknya semakin membesar dari sehari ke sehari selepas menjalani pembedahan menyebabkan anaknya tidak dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak normal.

“Sejak lahir Farisha sudah menjalani lima kali pembedahan di kepala dan tujuh kali pembedahan di perut akibat jangkitan kuman dan pakar neurologi mengesahkan penyakit anak saya tidak dapat diubati dan keadaannya akan kekal sedemikian sehingga akhir hayat,” katanya.

Noormah yang mempunyai empat anak berusia setahun hingga 17 tahun juga terpaksa membuat rawatan dengan pakar neurologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun empat bulan sekali.

"Saya terharu dan berterima kasih kepada wakil rakyat yang sudi memberi sumbangan serta sanggup ke rumah saya untuk melihat sendiri penderitaan kami sekeluarga," katanya.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20080821084140/Article)

Berita Terkini

Lembaga disiplin UMNO terima 226 aduan, 33 untuk siasatan lanjut

21/08/2008 1:25pm

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lembaga Disiplin Umno telah menerima 226 aduan sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula 17 Julai lalu dan dari jumlah tersebut 33 aduan dirujuk kepada Panel Penyiasatan untuk siasatan lanjut.

Pengerusi lembaga Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata sebanyak 13 aduan pula telah dihantar ke Borang “A” bagi bukti tambahan manakala 49 lagi dikategorikan sebagai tiada tindakan lanjut. “Sehingga kini Lembaga Disiplin masih menerima aduan berhubung pelanggaran tataetika anggota Umno. Saya telah dimaklumkan berkenaan betapa berleluasanya aduan rasuah politik dan kesalahan lain di bawah etika tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

(sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0821&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)

Puteriku

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Ogos 2008 ini genaplah kemerdekaan negara kita ke 51 tahun. Bagi Puteri Labuan sendiri, bukan senang untuk mempertahankan kemerdekaan, dan lebih sukar lagi untuk mengisinya, kerana pengisiannya adalah penentu kemerdekaan tersebut dapat dipertahankan.

Sebagai generasi muda, dan pewaris kepimpinan akan datang, warga Puteri perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang lebih mendalam, kerana itulah aset yang perlu bagi mengisi kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

Hari ini, warga Puteri telah mula melangkah sedikit demi sedikit bagi mempelajari erti politik sebenar. Puteri sedar bahawa arena ini bukan hanya dihadapi dengan ilmu pengetahuan yang didapati daripada kursus-kursus dan percambahan idea, malah ia memerlukan kekuatan minda yang utuh, terbuka dan lebih berpandangan jauh. Benar kata orang yang berpengalaman " setiap yang kita lakukan hari ini adalah penentu senario hari esok ". Warga Puteri mengakui hakikat bahawa kepimpinan generasi muda hari ini perlu berfikiran lebih jauh ke hadapan, mengutamakan perpaduan dan perlu berfikiran positif serta bersedia untuk menerima kritikan masyarakat.

Melihat kepada pengalaman lepas kadangkala memang perlu bagi memperbaiki sebarang perkara yang akan kita lakukan, demi menjamin kejayaan yang lebih cemerlang. Namun tidak perlulah kita menggunakan kelemahan daripada pengalaman untuk digunakan kerana ia sudah tentu tidak dapat menjamin kejayaan kita pada hari ini dan akan datang. Sebagai pemimpin, berfikiran lebih jauh dan menyusun objektif serta matlamat untuk jangka masa panjang, 10 hingga 15 tahun misalnya, akan lebih meningkatkan inisiatif kita untuk lebih berusaha bagi mencapai apa yang telah kita susun, dan sudah pasti demi nusa bangsa, agama dan negara. Sudah pasti masyarakat akan turut sama menyokong dan berusaha bersama-sama bagi merealisasikan matlamat bersama tersebut. Usahlah hanya memikirkan memimpin untuk sekadar mencuba-cuba atau merasa tanpa menyusun matlamat dan objektif yang lebih rasional. Inilah yang warga Puteri perlu elakkan, kerana kitalah pelapis kepimpinan yang diharap dapat meneruskan perjuangan pemimpin hari ini.

Sempena bulan kemerdekaan ini, diharapkan warga Puteri dapat menghayati bahawa pengisian untuk mempertahankan kemerdekaan hari ini perlu kita lakukan dengan perkara yang lebih berwawasan, positif dan mengutamakan perpaduan antara kita. Apa yang lebih penting kerasionalan kita sebagai pemimpin muda perlu mengatasi emosi dalam diri kita, kerana kemerdekaan ini milik kita, generasi Malaysia hari ini, esok dan selamanya.

Salam Merdeka.


Wednesday, August 20, 2008

KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN LABUAN


PN. RAHIMAH BINTI HJ. LAMAT

KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN LABUAN
2004 - sekarang

IJAZAH SARJANA MUDA PERNIAGAAN (KEUSAHAWANAN) Dengan Kepujian
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Kampus Kota Kinabalu, Sabah

Puteri UMNO Bahagian Labuan mengikuti Kursus IT Puteri
Bersama Puteri UMNO Bahagian-Bahagian di W.P
(Lokasi : PWTC)

SEKAPUR SIRIH...

Assalamualaikum w.b..
Sejahtera buat semua warga Puteri dan para pembaca..

Sepertimana yang telah kita semua maklum kini semua UMNO Cawangan semakin sibuk mengadakan persidangan tahunan, apatah lagi tahun ini adalah tahun pemilihan bagi jawatankuasa sama ada di peringkat cawangan, mahupun ketiga-tiga sayap penting UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. Begitu juga di Labuan, salah sebuah bahagian di dalam Wilayah Persekutuan yang senario persidangannya turut diwarnai dengan pertandingan bagi memilih AJK untuk sesi 2008-2010.

Bagi Puteri UMNO Bahagian Labuan sendiri, sebarang pertandingan yang berlaku sememangnya memberikan pengajaran yang amat bermakna, kerana memandangkan senario pertandingan seperti ini merupakan kali pertama dihadapi. Pada tahun 2004 yang mana juga adalah tahun pemilihan, Puteri UMNO Bahagian Labuan hampir menghadapi senario pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, semuanya dapat diselesaikan dengan penuh ukhuwah dan akhirnya berlaku peralihan kuasa yang sangat lancar dan menyentuh perasaan.

Senario yang berlaku tahun ini boleh dikatakan sebagai satu kejutan budaya yang sangat-sangat memberikan kesan kepada warga Puteri. Sebagai barisan kepimpinan dan pelapis sayap Wanita, Puteri tidak akan melepaskan peluang dengan menjadikan pengalaman ini sebagai pelajaran yang bermakna dalam menerajui gelanggang politik semasa. Puteri UMNO Bahagian Labuan tetap akan berpegang teguh pada pendirian kukuh iaitu mengutamakan dan mengekalkan perpaduan selaras dengan menyahut nasihat yang pernah diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan sendiri.

Salam Merdeka.
Salam Perpaduan.
Salam Ukhuwah.

-Puteri UMNO Bahagian Labuan-