ANDA PELAWAT KE


Friday, December 25, 2009

PROGRAM JUARA RAKYAT

UMNO Lancar Program Juara Rakyat Bermula Jan Depan

Dec 14th, 2009 | By administrator | Category: Berita Pilihan

MELAKA, 14 Dis – Umno akan melancarkan program raksasa “Umno Juara Rakyat” bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga.

“Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh, di sini Ahad malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktiraf.

Beliau berkata pilihan raya umum lepas mencatatkan trend mengundi masyarakat Melayu yang tidak lagi berpihak kepada Umno dan berpecah kepada mengundi parti pembangkang.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan pembangkang yang memainkan sentimen mencabar Kedaulatan Melayu dalam menarik perhatian masyarakat kepada mereka sebagai tidak sesuai dengan perlembagaan negara ini.

“Kita menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi berlandaskan kepada perlembaagaan kita sendiri,” katanya.

Beliau tidak mahu pemimpin parti pembangkang memainkan isu itu yang sensitif kepada masyarakat Melayu.

– BERNAMA

(Sumber :- www.umno-online.com)

Sunday, November 22, 2009

Puteri UMNO sarankan pemilihan

KUALA LUMPUR 20 Nov. - MCA disaran mengadakan semula pemilihan parti bagi membolehkan anggota akar umbi menggunakan hak dan menzahirkan hasrat memilih kepimpinan yang dimahukan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, kemelut melanda MCA dapat diselesaikan sekiranya semua pihak dapat mencapai kata sepakat mengenai perkara itu.

"Pemilihan semula parti itu mampu merungkai krisis dalaman yang dihadapi MCA sekarang.

"Ini bermaksud anggota akar umbi diberi hak untuk memilih pimpinan parti yang mampu menerajui parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosnah turut mengalu-alukan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan barisan kepimpinan MCA bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

Menurutnya, beliau percaya pertemuan tersebut mampu menjernihkan keadaan dan menamatkan krisis yang berlarutan itu.

"Perlu diakui masalah yang berlarutan itu menjejaskan keharmonian dalam Barisan Nasional (BN) terutama daripada aspek penyatuan ahli parti komponen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Ia membuka ruang pembangkang meraih sokongan di kalangan pengundi Cina. Justeru, Puteri UMNO percaya pertemuan Perdana Menteri dan kepimpinan MCA itu jalan terbaik untuk menamatkan krisis," ujarnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1121&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm&arc=hive)

Friday, November 13, 2009

Ahli Puteri diingat jangan abai ibu bapa

TAIPING 8 Nov. - Ahli-Ahli Puteri UMNO di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa masing-masing.

Ketua Puteri UMNO Perak, Salbiah Mohamad berkata, pengabaian tanggungjawab itu akan menyebabkan kebajikan ibu bapa terbiar sehingga ada yang terpaksa dihantar ke rumah orang tua.

Tegas beliau, sikap membiarkan ibu bapa tanpa penjagaan sewajarnya adalah salah satu bentuk penderhakaan yang tidak seharusnya berlaku.

"Kita mengenal pasti ibu bapa yang terbiar di rumah orang tua dan keadaan itu berlaku kerana anak-anak lebih mengutamakan keluarga sendiri berbanding ibu yang melahirkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sehari Bersama Warga Seri Kenangan di Rumah Seri Kenangan di sini, kelmarin.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Salimin Ahmad Shafie.

Ia bertujuan menanam sikap prihatin di kalangan ahli Pergerakan Puteri UMNO terhadap warga tua yang memerlukan bantuan di samping memenuhi tanggungjawab sosial terhadap golongan itu.

Salbiah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu golongan tua di sini kerana menyedari masyarakat semakin mengabaikan tanggungjawab mereka.

"Saya harap pengalaman ini akan dijadikan panduan untuk ahli-ahli Puteri mengamalkan sikap kasih sayang terhadap orang-orang tua," ujarnya.

Tambah beliau, konsep kasih sayang terhadap kedua-dua ibu bapa adalah penting kerana ia juga merupakan tunjang keharmonian sesebuah keluarga.

Tuesday, October 6, 2009

Isa Samad perlu diberi peluang - Najib

PARIS 5 Okt. - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan calon popular yang mampu menggalas tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah untuk memilih calon yang mampu memberi perkhidmatan berkesan untuk rakyat selain personaliti yang diterima ramai.

Justeru, kata beliau, Mohd. Isa wajar diberi peluang untuk membuktikan kewibawaannya setelah diambil tindakan oleh UMNO beberapa tahun lalu atas kesalahan melanggar tataetika parti.

''Dilihat dari bacaan kita, Isa paling popular di Bagan Pinang, kalau dilihat dari segi kesalahan, beliau telah diambil tindakan sehingga hilang jawatan menteri dan Naib Presiden (UMNO).

''Dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang)," katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan para pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini yang antaranya menanyakan ura-ura kononnya pencalonan Isa di Bagan Pinang tidak direstui oleh pucuk pimpinan parti.

Terdahulu, Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Perancis mengadakan pertemuan dengan 450 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara ini.

Dalam hubungan ini, Najib percaya pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan calon BN.

''Jika dlihat dari semua sudut (positif) yang disebutkan tadi, Isa wajar menjadi calon BN," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai taktik kotor dalam menghadapi kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Antaranya, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya BN itu, pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara termasuk mengeluarkan surat-surat palsu mempertikaikan pencalonan Mohd. Isa.

Pada masa sama, Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengarahkan supaya memilih Mohd. Isa sebagai calon BN.

Katanya, surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO yang kononnya ditandatangani beliau itu, dipalsukan oleh pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan hubungan pelbagai peringkat dalam parti. - UTUSAN

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI...

Puteri UMNO Bahagian Labuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan pembaca blog ini. Moga Aidilfitri kali ini menjanjikan kebahagiaan buat semua...

Thursday, September 3, 2009

Keputusan SPR adil

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh sebagai milik Barisan Nasional (BN) berlandaskan keadilan dan selaras dengan perundangan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan yang dibuat SPR itu merupakan satu perkembangan yang memihak kepada perhitungan perundangan.

Menurutnya, keputusan tersebut jelas menunjukkan SPR telah melakukan tugas yang teliti sebelum mengumumkan keputusan itu.

"Sehubungan itu, jentera Barisan Nasional (BN) di Kedah terutamanya Datuk Abu Hasan Sarif perlu menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan wakil BN mendapat kepercayaan rakyat.

"Mereka harus bekerja keras dengan mengutamakan kebajikan rakyat berteraskan pada prinsip 1Malaysia bagi menunjukkan bahawa BN lebih berpotensi daripada parti pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan SPR yang mengekalkan kerusi DUN Kota Siputeh milik Abu Hasan sekali gus menamatkan spekulasi kemungkinan berlakunya satu lagi pilihan raya kecil.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, SPR telah membuat pertimbangan berdasarkan prinsip keadilan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

"Bagi pihak BN, kita memanjatkan kesyukuran kerana SPR telah menerima alasan yang dikemukakan," katanya.

Beliau berkata, amalan mengosongkan kerusi seharusnya dihentikan kerana terlalu banyak pilihan raya kecil boleh membantutkan usaha ke arah memanfaatkan kebajikan rakyat.

"Sekiranya ia dilaksanakan atas dasar kematian seseorang ADUN, sememangnya ia tidak boleh dipertikaikan.

"Tetapi sekiranya pilihan raya kecil diadakan terlalu kerap, rakyat pun akan terasa bosan," katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive)

Friday, August 21, 2009

buat semua pelayar blog...

Tuesday, August 18, 2009

MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN LABUAN TAHUN 2009




Mesyuarat Tahunan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Labuan Tahun 2009 telah diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad). Mesyuarat tersebut telah dirasmikan secara serentak bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labuan. Perasmian serentak kali ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Hj. Yunus Bin Hj. Kurus, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labuan.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Ybhg Pemangku Ketua UMNO Bahagian ada memberikan pesanan penting iaitu selain Wanita, Puteri juga merupakan tenaga penting dalam menjamin masa depan Barisan Nasional pada masa-masa akan datang. Peranan yang amat penting dimainkan oleh golongan muda ini diharap dapat digunakan sepenuhnya bagi menarik golongan wanita muda di luar menyertai Puteri UMNO dan seterusnya memberikan sokongan terhadap Barisan Nasional.

Puteri juga mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan kepada Ybhg Dato' Hj. Suhaili Bin Abdul Rahman, atas kesudian beliau hadir ke majlis perasmian ini. Puteri amat berasa berbangga dengan semangat tinggi dan kuat beliau terhadap parti Melayu ini. Walaupun nasib beliau sebagai Ketua UMNO belum dapat ditentukan, namun keprihatinan beliau terhadap parti ini begitu kuat sekali. Puteri Labuan juga tidak mensia-siakan masa yang begitu singkat bersama beliau, dan atas permintaan Wanita & Puteri, beliau telah sudi memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pergerakan sayap UMNO ini.

Terima kasih Ybhg Dato'.... moga semangat Dato' ini akan dapat diwarisi oleh golongan muda yang baru berjinak-jinak dalam arena ini....demi untuk agama, bangsa dan negara kita.

Tidak lupa setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua perwakilan Puteri, juga barisan kepimpinan AJK Puteri UMNO Bahagian Labuan yang telah bertungkus-lumus membantu dalam menjayakan persidangan kali ini... Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa kalian dalam perjuangan ini.

Tuesday, August 11, 2009

Wanita berperanan tangani dadah

KANGAR 9 Ogos - Kerajaan negeri berharap golongan wanita akan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu penagihan dadah dalam masyarakat.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, golongan wanita dilihat mampu melaksanakan tugas itu kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat dan lebih dekat dengan anak-anak serta suami masing-masing.

Katanya, kajian secara ilmiah membuktikan golongan wanita mempunyai ketahanan diri lebih kuat berbanding lelaki.

"Penglibatan golongan wanita ini adalah sebahagian program yang dilihat mampu mempercepatkan matlamat sifar dadah menjelang tahun 2015.

"Golongan wanita ini akan diberikan ceramah secara berterusan berkaitan penyalahgunaan dadah bagi mereka mengetahui sekiranya ahli keluarga mereka terlibat dalam kegiatan tersebut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa peringkat Perlis di Padang Awam Simpang Sanglang di sini.

Dalam program itu pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan futsal, bola jaring, karnival jualan dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Beliau turut melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat Perlis.

Md. Isa memberitahu, bagi meluaskan lagi penglibatan wanita dalam Mawardah kemungkinan beliau akan mencadangkan agar Wanita UMNO dan Puteri UMNO terlibat dalam program tersebut.

"Usaha menangani penyalahgunaan dadah ini bukan saja tugas AADK tetapi melibatkan penglibatan masyarakat secara keseluruhan.

"Dalam hal ini masyarakat perlu mengambil tindakan positif dalam menangani isu dadah, bukan hanya menyalahkan mereka yang terjebak dalam penggunaan dadah sahaja," ujarnya.

Tambahnya, pada masa ini ada masyarakat yang hanya mencerca dan 'membawa mulut' mengenai seseorang anggota masyarakat yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah tanpa mengambil tindakan positif bagi menanganinya.

"Sebaik-baiknya jika masyarakat mengetahui ada individu setempat yang terlibat dadah mereka perlu menghubungi pihak terlibat bagi memberikan mereka pemulihan daripada terus terbelenggu dengan najis dadah.

"Program ini juga perlu menjadi hasrat bersama bukan sahaja terletak di bahu AADK atau kerajaan negeri," tegasnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0810&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_07.htm&arc=hive)

Sunday, August 9, 2009

Semua pemimpin UMNO perlu kerja keras kukuhkan parti

REMBAU 2 Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan semua pemimpin dan ahli sayap parti itu di negeri ini supaya berkerja keras dalam memperkukuhkan parti.

Menurut beliau, matlamat tersebut yang juga dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UMNO negeri harus dilakukan dengan segera terutama bagi menarik ahli di kalangan generasi muda.

"Masa berjalan pantas, pejam celik sudah beberapa tahun berlalu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan dalam masa beberapa tahun lagi akan ada Pilihan Raya Ke-13.

"Jadi semua ahli Pemuda dan Puteri UMNO sebagai golongan yang penuh tenaga dan idealisme harus berusaha lebih keras menawan hati rakyat terutama golongan belia kerana mereka sebahagian besar dari warga negeri ini iaitu seramai 600,000 orang," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di Dewan Sri Rembau di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd. Firdaus Harun, Naib Ketua, Datuk Dr Awaluddin Said, Ketua Wanita, Hasnah Peral, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Zuliana Mohd Ridzuan.

Mohamad menambah, ahli Pemuda dan Puteri boleh mendekati generasi muda termasuk menyelami isi hati mereka dengan pelbagai cara melalui pendekatan terbuka termasuk penganjuran pelbagai program berkaitan.

"Kita bukan nak suruh anak-anak muda ini terus menjadi ahli parti kerana mereka mungkin tidak dapat menghayatinya sebaik mungkin. Sebaliknya carilah kaedah yang sesuai.

"Belia ini boleh dibimbing dan diuruskan dahulu dengan baik agar timbul rasa minat dan cinta pada parti seterusnya menjadi ahli," tambah beliau.

Beliau pada masa yang sama menyeru agar, lebih banyak cawangan parti diwujudkan terutama di kawasan perbandaran yang menjadi tumpuan golongan muda.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive)

Tuesday, July 28, 2009

GADIS PERLU CELIK JENAYAH

ROSMAH Mansor memasukkan duit sebagai tanda perasmian Tabung B2R pada Majlis Pelancaran Banteras Ragut dan Rogol anjuran Puteri UMNO sambil diperhatikan oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Dataran Merdeka, semalam.

Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Julai - Generasi muda terutamanya gadis bukan sahaja perlu celik teknologi maklumat tetapi juga celik jenayah, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, golongan celik jenayah akan menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa dengan tidak membiarkan diri, ahli keluarga dan sahabat terdedah kepada kejadian jenayah itu.

Beliau memberitahu, dalam tempoh Januari hingga April tahun ini kes ragut mencatatkan peningkatan sebanyak 99 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

''Peningkatan mendadak kes ragut menimbulkan kebimbangan khususnya tentang keselamatan seharian masyarakat.

''Kebimbangan ini mempunyai asas kerana ada jenayah ragut yang menyebabkan kematian atau cedera parah ke atas mangsa,'' katanya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) Puteri UMNO di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Pada majlis sama, Rosmah turut merasmikan Tabung B2R Puteri UMNO yang ditubuhkan bagi meringankan beban mangsa-mangsa ragut dan rogol.

Tabung berkenaan sudah berjaya mengumpulkan RM129,500 dalam masa dua minggu.

Jelas Rosmah, memandangkan golongan yang sering menjadi mangsa ragut ialah wanita maka mereka perlu dididik untuk melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.

''Wanita juga mesti diajar tentang penjagaan keselamatan diri terutamanya ketika berada di tempat awam yang terdedah kepada kemungkinan diragut.

''Begitu juga dengan jenayah rogol. Anak-anak gadis sering menjadi mangsa rogol kerana ditipu dan tertipu oleh janji-janji manis teman lelaki masing-masing,'' katanya.

Sementara Rosnah yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, B2R akan diluaskan ke seluruh negara melalui kelas seni mempertahankan diri, seminar keselamatan dan aktiviti berjalan kaki di tempat-tempat awam sambil menyebarkan risalah mengenai B2R.

''Sejumlah 500,000 risalah B2R sudah siap untuk diedarkan kepada golongan wanita di tempat-tempat awam seluruh negara.

''Risalah B2R berkenaan memuatkan langkah-langkah awal bagi mengelak jenayah ragut dan rogol serta senarai nombor-nombor telefon polis dan hospital,'' jelasnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0726&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive)

Friday, July 24, 2009

Prinsip '6S' amalan Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ahli-ahli Puteri UMNO diingatkan agar mematuhi enam prinsip ('6S') untuk membantu pucuk pimpinan bagi memulihkan kembali kepercayaan masyarakat terhadap parti itu.

Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, prinsip itu adalah sayang kepada parti, setia pemimpin dan setiakawan, semangat berpasukan, selalu bersama dengan golongan muda, bersungguh-sungguh membuat program dan senyum selalu.

Menurut beliau, keenam-enam prinsip tersebut akan membantu menjayakan aspirasi pucuk pimpinan.

''Setiap anggota Puteri UMNO harus memupuk keenam-enam prinsip di sanubari masing-masing untuk menjayakan hasrat pucuk pimpinan demi masa depan negara,'' katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Beliau mewakili Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bagi merasmikan persidangan tersebut.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif.

Kira-kira 100 perwakilan dari 21 cawangan hadir ke persidangan tahunan tersebut.

Dalam pada itu, Shahanim berkata, pergerakan itu harus menitikberatkan aspek ilmu dan patut meluangkan masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

''Ketika mengadakan sesuatu acara atau majlis, anda boleh meluangkan masa kira-kira dua jam untuk mengadakan kursus seperti biro tatanegara,'' jelasnya.

Tambah beliau, berpolitik macam manapun, Puteri-Puteri UMNO harus memberi keutamaan kepada suami dan keluarga masing-masing.

''Keluarga adalah keutamaan kita. Itulah harta kita,'' jelasnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm&arc=hive)

Sunday, July 19, 2009

UMNO TIDAK TERKEJUT

UMNO tidak terkejut

KLUANG 18 Julai - Tindakan bekas Ketua MCA Bahagian Bakri, Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengejutkan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebaliknya berkata, perkara itu telah dijangka ekoran beberapa kenyataan yang dibuat oleh Jui Meng sebelum ini.

''Itu haknya dan bagi saya ia tidak mengejutkan kerana telah dijangka beliau akan memasuki PKR setelah tiada tempat dalam MCA dan tidak lagi memimpin Bahagian Bakri," katanya.

Beliau diminta mengulas pengumuman Jui Meng untuk menyertai PKR pada satu forum anjuran PKR yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri serta Ahli Parlimen Sembrong melancarkan Kepolisan Komuniti Daerah Kluang, di Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Belitong, Bukit Tongkat, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan timbalannya, Datuk Jalalluddin Abdul Rahman.

Menurut Hishammuddin, kemasukan bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam parti pembangkang bukan perkara ganjil.

''Sebelum ini, banyak bekas menteri yang pernah keluar dan masuk PKR dan itu hak mereka," katanya.

Ditanya adakah tindakan Jui Meng itu akan menjejaskan BN, beliau berkata, masa akan menentukan sama ada keputusan itu tepat atau tidak.

''Kekuatan BN khususnya UMNO tidak berkisar kepada individu atau personaliti seseorang, sebaliknya ia berpegang kepada perjuangan setiap anggota parti," katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Wednesday, July 15, 2009

DARI FACEBOOK ROSNAH RASHID SHIRLIN...

Rosnah Rashid Shirlin Saya kagum dengan daya juang para petugas BN.Penuh dedikasi,tak cepat melatah walaupun ada adik-adik saya yang tercedera. Inilah namanya perjuangan dan pengorbanan. Tahniah kepada semua jentera.. Kita tak kalah, PAS yang tak menang mudah. Jangan putus asa, yang penting perjuangan UMNO sebenar demi agama,bangsa dan Negara!!!

Sunday, July 12, 2009

TAHNIAH... Senator Datuk Armani Mahiruddin

Pelantikan Armani memang dinantikan golongan wanita

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pelantikan Senator Datuk Armani Mahiruddin sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, wanita pertama menyandang jawatan itu, membuktikan kerajaan mengiktiraf wanita untuk menduduki jawatan tinggi sebagai pembuat keputusan.

Pergerakan Wanita UMNO, Puteri UMNO dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) juga menyifatkan wanita sentiasa bersedia menerima tanggung jawab berat jika diberi peluang.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga pertubuhan itu berharap kerajaan melantik lebih ramai wanita menduduki jawatan yang boleh pembuat keputusan bagi memenuhi sasaran 30 peratus yang ditetapkan sekian lama.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan berkata, wanita boleh diintegrasikan dalam semua bidang arus perdana sekiranya lebih ramai golongan itu diberi peluang menduduki jawatan penting.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan wanita, kekeluargaan dan kesihatan boleh diketengahkan jika ramai wanita menduduki jawatan pembuat keputusan dalam kerajaan.

"Saya yakin Armani dapat menjalankan tugasnya dengan baik berikutan pengalamannya sebagai ahli Dewan Negara sejak sekian lama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maznah mengulas pelantikan Armani yang juga Exco Wanita UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara semalam.

Dalam pada itu, beliau berharap pelantikan Armani menyuntik semangat wanita lain untuk membuat persediaan memikul jawatan berat jika diberi peluang.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berpendapat, pelantikan Armani itu membuktikan kerajaan prihatin dengan peranan wanita sekali gus memberi kepercayaan kepada mereka memegang jawatan pembuat keputusan.

"Saya harap lebih banyak jawatan penting diberi kepada wanita bukan sebagai memenuhi kuota semata-mata tetapi kerana kemampuan dan kredibiliti mereka.

"Sebagai anak Sabah, saya turut berbangga dengan Armani selaku Ketua Wanita UMNO Sabah dilantik memegang jawatan penting itu," katanya.

Pelantikan ini, ujarnya, sekali gus menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa Sabah dipinggirkan.

Sementara itu, Presiden WAO, Meera Samanther berkata, pelantikan wanita menduduki jawatan penting itu memang dinantikan memandangkan jumlah penduduk wanita hampir sama dengan lelaki dengan kadar 50 peratus daripada 27 juta rakyat negara ini.

Pelantikan itu, jelasnya, membuktikan usaha kerajaan ke arah memenuhi Konvensyen CEDAW yang ditandatangani untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita.

"Kita juga mahu suara wanita didengar lebih lantang di Parlimen dan untuk itu memerlukan mereka bertanding dalam pilihan raya umum di kawasan yang boleh mereka menang," katanya.

Meera juga berharap Armani melaksanakan tugasnya dengan baik dan adil tanpa mengira jantina.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive)

Thursday, July 9, 2009

Puteri UMNO: Tambat hati pengundi

KUALA LUMPUR 7 Julai - Jentera Barisan Nasional (BN) perlu berusaha bersungguh menambat hati pengundi muda pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai jika mahu merobohkan kubu Pas di situ.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, secara dasarnya pihaknya tidak mahu terlalu yakin untuk menakluki kubu Pas itu tetapi usaha bersungguh-sungguh perlu ditunjukkan oleh jentera BN.

Katanya, BN masih mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu kerana angin perubahan telah dilihat berlaku di Kelantan dan diharap ia menjadi realiti.

"Kita melihat angin perubahan berlaku di situ terutama dengan penerimaan pengundi muda terhadap calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang dilihat sebagai calon rakyat yang dekat di hati pengundi di Manek Urai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Turut hadir pada pertemuan selama satu setengah jam yang berkisar kerjasama dan hubungan media dengan Puteri UMNO dalam menangani masalah masyarakat ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, timbalannya Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang 2, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Berita Kanan, Zulkifli Hamzah.

Sementara itu pergerakan Puteri turut disertai ketua penerangannya Nordiana Shafie; Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif; Penolong Setiausaha, Nor Azita Abdul Rahman dan Ketua Puteri Gelang Patah merangkap Setiausaha Kerja, Radin Seri Kartini Abdullah dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Syarifah Nazira Syed Basir Ahmad.

Rombongan Puteri itu turut menerima cenderamata berupa gambar barisan pemimpin Puteri yang dibingkaikan Mohamed Hashim.

Rosnah juga memberitahu, pergerakan Puteri UMNO di Manek Urai telah menjalankan program dan pendekatan yang diterima oleh penduduk setempat sejak wakil rakyat Pas Ismail Yaakob meninggal dunia 22 Mei lalu.

Katanya, jentera Barisan Nasional (BN) mempunyai komitmen tinggi untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai kali ini.

Rosnah berkata, program Doktor Turun Desa Bersama Puteri yang dijalankan hampir setiap hari mulai 27 Jun lalu telah mendapat sambutan daripada penduduk Manek Urai.

Sementara itu ujarnya, program tata rias untuk golongan wanita bersolek dan bertudung dengan cara yang menarik juga telah dilaksanakan lebih awal dari 27 Jun.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive)

Monday, July 6, 2009

FANATIK & TAKSUB ... JANGAN DISALAH ERTI...!

FANATIK sebenarnya wujud dalam setiap aspek kehidupan

Tragedi perpecahan manusia yang dicetuskan oleh fanatik bukan sekadar berlaku dalam ruang lingkup politik, agama dan ideologi semata-mata; bahkan turut merangkumi hal-hal yang agak trivia seperti:
  1. Sukan (Bergaduh dan berbunuhan kerana bola sepak);
  2. Komputer (Windows vs Mac vs Linux [1])
  3. Konsol (Xbox 360 vs PlayStation 3 vs Nintendo Wii)
  4. Hiburan (Peminat fanatik Mawi yang berhempas-pulas mempertahankannya daripada serangan pembenci fanatik Mawi)

Gambar kartun PC vs Mac vs LinuxKomik parodi kepada iklan Apple, Mac vs PC.

Perhati dan amati setiap inci isu yang berpusing di sekeliling; lalu kita akan mendapati bahawa kesemuanya dijangkiti oleh elemen fanatisme. Masing-masing mahu memenangkan apa yang diri sendiri suka dan cinta. Cuma apabila sifat fanatik ini dizahirkan dalam konteks politik, agama atau ideologi, maka kesannya lebih ketara dan mudah untuk kita nampak. Mengapa?

Pertama, kerana ia melibatkan jumlah manusia yang lebih besar. Untuk fanatik berlaku, maka wajib ada sekurang-kurangnya 2 manusia yang saling tidak bersetuju di antara satu sama lain. Lebih ramai manusia yang bertelingkah, maka lebih kuat gelombang fanatik itu.

Kedua, kerana politik, ideologi dan agama adalah berkaitan dengan kekuasaan; dan secara fitrah, manusia cinta kepada kuasa. Kekuasaan pula akan sering membawa penindasan terhadap individu atau kumpulan yang tidak sekapal kepalanya.

Hakikat ini wajib difahami agar kita menyedari bahawa fanatik ada di mana-mana. Adalah sesuatu yang ironi apabila anda memperlekehkan agama, ideologi dan medan politik sebagai lubuk insan fanatik, namun dalam masa yang sama anda sanggup memarahi sesiapa sahaja yang mengusik artis idola anda [2].

Ada jelas?


Tidak kira anda di pihak yang betul atau salah, anda tetap akan ada penyokong fanatik

Mari kita lihat dalam konteks Anwar Ibrahim vs Mahathir. Para penyokong fanatik Anwar Ibrahim menafikan segala tuduhan buruk yang dilemparkan oleh Mahathir. Para penyokong fanatik Mahathir pula memang sudah beriman kepada dakwaannya bahawa Anwar adalah seorang kaki liwat dan agen Amerika.

Segala macam dakwaan dan pembelaan ini membuatkan golongan atas pagar sukar membuat keputusan. Mustahil untuk kedua-duanya berdiri di atas jalan yang benar. Salah seorang pasti berbohong untuk menyelamatkan batang leher sendiri.

Namun apa yang ajaibnya, tidak kira siapa pun yang sebenarnya bersalah di mata pengadilan, mereka pasti akan ada penyokong setia lagi fanatik yang sanggup bermandi darah demi mempertahankan manusia yang dipujanya.

Semua orang tahu betapa kejamnya Adolf Hitler. Beliau bertanggungjawab dalam tragedi Holocaust yang telah mengorbankan berjuta-juta orang Yahudi ketika era Perang Dunia Kedua. Namun beliau tetap mempunyai pengikut setia terutamanya daripada ahli Parti Nazi. Radovan Karadzic, seorang lagi penjenayah perang dan pernah menjadi antara manusia paling dikehendaki di dunia ini, telah membunuh begitu ramai umat Islam ketika Perang Bosnia 1992-1995. Namun masih ada juga yang menyokongnya sehingga ke hari ini.

Walau sekejam mana dua manusia ini, hatta sesiapa pun pemimpin zalim yang bakal lahir di masa hadapan, alam akan memperlihatkan kepada kita bahawa mereka akan tetap disokongi oleh sekumpulan manusia yang fanatik. Mengapakah ini boleh berlaku?

Ini kerana zalim itu relatif: Zalim di mata anda, tidak semestinya zalim di mata orang lain. Bahkan fanatik itu seperti cinta sifatnya; ia buta. Cinta bermaksud kentut busuk yang dilepaskan oleh kekasih tetap didakwa wangi. Fanatisme pula bermaksud yang salah tetap didakwa sebagai betul.

Ada jelas?


P.S. Nantikan kesinambungan entri ini yang bertajuk Agama dan Fanatik.
---

Nota Kaki

^[1] Bahkan di kalangan pengguna fanatik Linux sendiri, mereka juga mampu berpecah-belah. Contoh yang jelas: GNOME vs KDE. Oh, jika anda bertanya yang mana satu saya cenderung, maka saya lebih fanatik kepada GNOME yang bersifat minimalis itu. Hidup GNOME!


^[2] Pada sekitar tahun 1999 dan 2000, saya pernah beberapa kali memperlekehkan si Tomok dari kumpulan New Boys di hadapan para peminat setianya, yang rata-rata terdiri daripada para gadis yang masih berada di bangku sekolah menengah. Semenjak ada di antara mereka yang mengajukan buku lima ke arah saya, taubat saya tak akan kritik lagi suara Tomok yang sengau itu.

Namun setiap kali saya melihat para peminatnya yang menjerit dan meraung-raung apabila Tomok beraksi (walaupun dia sekadar miming), saya mula memikirkan kembali kewajaran taubat saya itu.
(Sumber :- http://hembusan.blogspot.com/2009/01/sesuatu-tentang-fanatik.html)

TAKSUB ?
Perhubungan seorang murid kepada guru atau anak buah kepada pemimpin bermula dengan ikatan ketaatan. Tanpa ketaatan, apalah gunanya seorang guru kepada seorang murid, apalah ertinya seorang pemimpin kepada seorang pengikut. Untuk mengikat perhubungan murid-guru atau pemimpin-pengikut mestilah dengan ketaatan. Tanpa ketaatan maka tidaklah akan berjaya pendidikan dan kepimpinan. Pentingnya ketaatan ini ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:

“Hendaklah kamu melakukan ketaatan yang sesungguhnya kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu” (An-Nisa:59).

Namun, dalam melaksanakan ketaatan ini, tidaklah boleh membuta tuli atau sembarangan. Islam memberi garis panduan sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasulullah iaitu, “tidaklah boleh melakukan ketaatan kepada makhluk dalam apa jua perkara maksiat.”

Dalam hadis lain, Rasulullah menyatakan sebegini: “Sesungguhnya ketaatan kepada pemimpin itu hanyalah kepada kebaikan.” Selagi kita berpegang kepada hadis-hadis ini, maka tidak timbullah perkara yang bertentangan dengan Islam baik akidah, syariat ataupun tasauf dalam melakukan ketaatan kepada guru atau pemimpin kita.

Ketaatan yang sedemikian pula boleh membawa kepada kecintaan. Terkadang kecintaan datang dulu, baru kemudian datang ketaatan. Terkadang sudah lama taat, baru datang cinta. Kalau taat sahaja tanpa cinta, boleh jadi taat itu ada kepentingan. Lahir sahaja taat, tapi hati mendongkol atau menolak. Lahir sahaja taat, tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Pura-pura taat tetapi ada benda lain yang diidamkan di sebalik ketaatan tersebut. Pura-pura taat semata-mata untuk mendapat habuan dunia. Yang sebaiknya adalah orang itu dia taat atas dasar cinta. Dia buat sesuatu itu memang kerana dia cinta orang tersebut. Seperti seorang isteri yang taat kepada suami, melakukan apa sahaja yang diminta oleh suami sebagai pembuktian cintanya kepada suami.

Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal maka timbul kecintaan. Kecintaan itu datang atas banyak sebab. Salah satunya kerana faktor wibawa pemimpin tersebut. Lagi, kerana guru atau pemimpin itu banyak berjasa kepada murid atau anak buahnya. Bila cinta sudah mendalam, maka di situlah ada pembuktian. Perkara ini adalah fitrah yang terdorong daripada hati orang yang mencintai. Seorang murid yang cinta kepada guru, dia sanggup berkhidmat kepada gurunya. Asalkan dia boleh berkhidmat kepada gurunya, di situ adalah kepuasan untuknya. Keseronokan orang bercinta tidak bertepi. Ada waktu diberinya hadiah. Ada waktunya dikirim salam. Ada waktu, disebut-sebut namanya. Bahkan kerana cinta yang mendalam, orang-orang yang rapat dengan guru tersebut turut dicintainya. Ini termasuk ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak guru tersebut. Cinta seperti inilah yang membawa kepada ketaksuban.

Ditambah lagi, kecintaan seperti ini tidaklah terhenti setakat kepada guru itu sahaja. Sebenarnya, ia hanya sebagai wasilah atau transit membawa kepada kecintaan kepada Tuhan. Inilah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah, membawa maksud, “hendaklah kamu bersama Allah, dan jika kamu tidak mampu melakukannya, bersamalah dengan orang yang bersama Allah (Arifbillah), nescaya dia akan membawa kamu sampai kepada Allah.” Dalam hadis lain, Rasulullah menegaskan seperti berikut: “Hendaklah kamu dipimpin oleh orang-orangmu yang alim kerana sesungguhnya mereka adalah penghubung antara kamu dengan Tuhan”.

Kalaulah seorang alim itu boleh menjadi penghubung atau wasilah antara kita kepada Tuhan, mengapa tidak kita mengikat perhubungan dengan orang alim tersebut, moga-moga melaluinya kita diterima Tuhan. Bahkan ikatan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan ketaatan dan kecintaan yang bersungguhan.

Kecintaan dan ketaatan atau disebut ketaksuban ini tidaklah sampai kepada tahap pemujaan kerana bahwasanya pujian dan pemujaan itu layak kepada Allah sahaja. Orang yang faham tak berbuat begitu.

Jelas seperti dinyatakan dalam Al-Quran, ayat kedua dalam surah Al-Fatihah, “Segala puji dan puja itu hanyalah selayaknya untuk Allah, Tuhan pentadbir alam.” Maknanya, ayat ini sudah sendirinya menjadi “pendinding” kepada orang orang-orang yang bercintaan supaya tidak sampai kepada pemujaan kerana dilarang sebegitu rupa.

Kalaupun ada pujian, itu sebenarnya tidak lari daripada ajaran Islam. Ia termasuk dalam konsep “attahadasu binikmatillah” yakni menyebut nikmat Allah. Seorang yang berilmu dan kuat beragama dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, patut sangat disebut namanya dan diceritakan kelebihannya. Ini dinyatakan dalam Al-Quran, firman Allah bermaksud:

“Maka nikmat Tuhanmu hendaklah kamu sebutkannya.”
(Ad-Dhuha:11)

Rasulullah sendiri memberitahu dalam satu maksud hadis beliau, “menceritakan nikmat Allah adalah syukur dan tidak melakukannya adalah kufur. Dan barangsiapa yang tidak mensyukuri manusia, maka dia tidak mensyukuri Allah.” Hakikatnya memuji orang Tuhan itu adalah mensyukuri nikmat Tuhan yang berlaku pada orang Tuhan tersebut. Mencerita-ceritakan kelebihan orang Tuhan itu adalah satu bentuk kesyukuran kepada Tuhan.

Adapun kecintaan kepada yang bukan dengan orang Tuhan (Arifbillah), inilah yang sepatutnya dibimbangkan. Kecintaan seperti ini, jika tidak dijaga dan dipandu dengan ajaran Islam, tidak akan sampai kepada Tuhan. Bahkan ianya boleh membawa kepada kemaksiatan dan menyebabkan tergelincirnya seseorang daripada agama yang lurus. Kebanyakan kecintaan ini berlaku kepada orang yang jahil agama. Banyak terjadi pengidolaan berlaku di kalangan muda-mudi terhadap ikon mereka dalam bidang hiburan, sukan dan fesyen. Apakah mereka ini patut dibiarkan sahaja?

Di sinilah ramai orang tidak faham, dengan semudahnya menuduh orang yang taksub kepada guru atau pemimpin itu salah. Lebih berat lagi mereka sewenang-wenangnya menuduh orang seperti ini boleh membawa kesesatan. Sedangkan tidaklah menjadi kesalahan taksub itu kecuali taksub kepada pemimpin atau guru yang jelas tidak menepati aliran akidah. Ataupun taksub kepada pemimpin atau guru yang terang-terangan tidak bersyariat seperti tidak bersembahyang atau tidak berpuasa. Bahkan mereka tidak sedar, orang yang belajar tanpa guru pun sebenarnya boleh membawa kesesatan kerana Sayyidina Ali pernah menyebutnya bahawa orang yang belajar tanpa guru maka syaitanlah yang akan menjadi gurunya.

Kini masanya untuk rakyat menilai keberkesanan pembangkang - Ketua Puteri Umno

Kini masanya untuk rakyat menilai keberkesanan pembangkang - Ketua Puteri Umno

03/07/2009 4:50pm

PUTRAJAYA 3 Julai — Inilah masanya untuk rakyat menilai sendiri kecekapan dan kejujuran pembangkang berkhidmat untuk mereka.

“Adalah jelas kini, bahawa pakatan pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan yang rapuh, tetapi enggan mengakui kelemahan mereka. Walaupun mereka diberi peluang untuk mentadbir sebuah negeri, keadaannya sudah menjadi huru-hara.

“Apatah lagi jika mereka diberi kepercayaan yang lebih besar untuk mentadbir sebuah negara,” kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini hari ini.

Justeru itu rakyat perlu menilai sendiri tindakan DAP Kedah yang mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak lagi yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri pimpinan PAS, katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

“Pakatan pembangkang sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang agak serius, tetapi atas sikap sombong, mereka enggan mengakui hakikat tersebut,” katanya. - Bernama

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm&arc=hive)

Tuesday, June 30, 2009

SHAHANIM SUSUR AKAR UMBI

Shahanim susur akar umbi

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my

Azam perkasakan generasi muda menerusi Puteri Umno

KEHADIRAN wanita dalam politik, selain dipandang remeh, mereka juga dianggap sebagai penyeri suasana semata-mata. Bahkan, lebih memburukkan keadaan, ada antara sesama ahli wanita yang menyertai politik saling tuduh menuduh antara satu sama lain apabila berlaku sesuatu perkara dalam pertubuhan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang benar-benar terpanggil menyertai politik kerana perjuangan membangunkan bangsa, tentunya tidak akan membiarkan tanggapan itu melemahkan peribadi diri selain menganggap titik bengik politik wajar ditangani sebaik mungkin sekiranya mereka di atas landasan yang betul.


Tempias fitnah politik sedikit sebanyak terkena kepada Naib Ketua Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusof yang bukan calang-calang individu boleh menahannya kalau tidak mempunyai semangat juang yang kukuh bagi menghadapi badai politik.

“Saya pernah mengalami fitnah yang hampir mematahkan semangat saya. Pada saat semua anggota Puteri sibuk melakukan tugas masing-masing demi memantapkan perjuangan Puteri pada pemilihan lalu, pelbagai tohmahan dan fitnah diterima, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat saya untuk bangkit memperjuangkan kebenaran dan menegakkan hak.

“Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah. Bagi saya, fitnah dan tohmahan adalah lumrah dalam politik dan hanya yang cekal mampu bertahan dalam bidang ini.” katanya ketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pengalaman berkenaan dianggap satu daripada kerenah kecil yang tidak perlu dilayan, tetapi beliau akui wajar dijadikan batu loncatan untuk membuktikan perjuangannya dalam Puteri tidak bersifat peribadi mahupun mahu meraih perhatian semata-mata.

“Pembabitan saya di dalam politik mungkin boleh dianggap secara kebetulan, tetapi daripada kebetulan itulah menjadi langkah panjang yang lebih serius dan akhirnya meletakkan saya ke dalam situasi yang saya hadapi kini. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

“Saya menyertai Puteri Umno secara kebetulan apabila ada rakan meminta saya membabitkan diri secara serius memandangkan pada ketika itu masih belum ramai pemimpin muda membabitkan diri dengan politik. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi apabila mula membabitkan diri, saya semakin nampak dan memahami hala tuju Puteri,” katanya.

Shahanim yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan memanfaatkan ilmu perbankan sebaik mungkin selepas menceburi bidang politik. Pengalaman bergaul dengan pelanggan ketika bertugas di institusi kewangan ternyata banyak membantu beliau menangani politik semasa dengan baik.

“Keadaan perjuangan semakin jelas apabila saya memenangi jawatan sebagai Naib Ketua Puteri Umno Malaysia. Walaupun Puteri sudah tiga kali bertukar pucuk pimpinan teratas, perjuangan kami adalah seiring. Mana yang baik kita jadikan teladan, yang tidak baik dijadikan sempadan,” katanya.

Akuinya, sesuai dengan nama ‘Puteri’ yang melambangkan satu maksud indah lagi positif, beliau mempunyai misi khusus sejajar dengan tanggungjawab yang terbeban di bahu demi untuk mewujudkan kelompok muda-mudi yang berupaya menjadi pemimpin berkebolehan dalam semua aspek pada masa depan.

“Saya memberanikan diri masuk ke dalam gelanggang politik kerana terpanggil untuk membantu generasi muda dan rakyat bagi mencapai satu kehidupan yang sejahtera seperti memberi pendidikan asas kepada mereka yang memerlukan untuk bekalan masa depan mereka sendiri.

“Saya ingin membentuk generasi muda Umno ke arah yang lebih kukuh dan menarik mereka menyertai Umno, menerima Umno dengan fahaman yang betul. Sehubungan itu, saya mahu mereka mempunyai kesedaran terhadap peranan Umno, masuk ke dalam pertubuhan dan fahami apakah yang diperjuangkan pertubuhan selama ini,” katanya.

Bagi Shahanim, kalau tidak boleh memegang jawatan tinggi sekalipun, sekurang-kurangnya generasi muda mempunyai wawasan dalam hidup, mampu menyara diri dengan selesa selain membantu golongan miskin dan kurang upaya.

Ibarat ular menyusur akar, takkan hilang bisanya dan itulah pegangan ibu kepada empat cahaya mata itu. Beliau akan tetap meneruskan khidmat ‘turun ke akar umbi’ bagi membuktikan Puteri Umno prihatin mengenai mereka yang jauh di pedalaman tanpa menjadikan jarak atau masa adalah halangan bagi membantu masyarakat mengecap kesenangan dalam sebuah negara merdeka.

“Untuk melakukan tugas berkenaan, saya yakin Puteri yang dianggotai wanita mempunyai kekuatan luar biasa kerana kita tahu wanita amat penting dalam komposisi penduduk di Malaysia. Mereka sering dianggap sebagai penyeri, tetapi perlu diingat wanita mempunyai kekuatan sendiri dalam menangani isu politik,” katanya.

Beliau juga menegaskan, akan terus memberikan sokongan yang jitu kepada Ketua Puteri Umno kerana menyedari perjuangan mereka adalah untuk kebaikan sayap itu sendiri.

“Saya yakin Ketua Puteri mempunyai alasan tersendiri dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan. Beliau tahu apa yang beliau lakukan. Saya akan sentiasa memberikan sokongan kepada beliau dalam setiap langkah demi memajukan pergerakan ini dan membangunkan generasi muda kita,” katanya.

Shahanim yang turut membabitkan diri dalam perusahaan bahan api mengakui ada pendapat mengatakan individu yang membabitkan diri dalam politik menjadikan wadah perjuangan politik sebagai asas untuk bertapak lebih kukuh dalam bidang perniagaan.

Hakikatnya, beliau menjadikan perniagaan sebagai tiang untuk menyokong perjuangan dalam parti bagi membantu generasi muda memiliki pengetahuan dalam bidang perniagaan melalui pengalaman yang dikutip sendiri.

“Saya menggunakan modal sendiri membantu mereka yang berminat memulakan perniagaan dengan kadar bayaran balik yang sama jumlahnya. Tiada sebarang bayaran faedah dikenakan, tetapi dengan syarat mereka sanggup memajukan diri dan berusaha keras memastikan perniagaan mereka berjaya.

“Saya sendiri tidak mahu melepaskan peluang perniagaan yang ada kerana yakin dengan kata-kata hadis mengenai sembilan daripada 10 pintu rezeki adalah daripada cabang perniagaan. Jadi, apa salahnya saya memajukan diri sendiri serta membantu mereka yang benar-benar ingin mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga mengamalkan rezeki yang diperoleh patut dikongsi bersama dengan mereka yang berhak. Justeru, beliau mengamalkan sikap hanya mengambil 1/10 saja daripada apa yang diperoleh kerana menyedari sembilan daripadanya adalah rezeki mereka yang pernah ‘memberi’ kepadanya terdahulu.

“Walau apa sekalipun yang saya pernah dan akan hadapi, saya amat berterima kasih kepada ibu saya serta suami dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan moral. Mereka adalah kekuatan saya. Sikap tenang ibu banyak mempengaruhi saya dalam membuat keputusan dan tanpa restu darinya, saya tidak mungkin setabah ini dalam dunia politik,” katanya.

INFO: Shahanim Mohamad Yusoff

  • Tarikh lahir: 4 Januari 1973
  • Tempat lahir: Sungai Petani,Kedah
  • Umur: 36 Tahun
  • Status Perkahwinan: Berkahwin
  • Nama Suami: Sharizan Salleh
  • Anak: Nurul Shafiqah, Nurul Syazlieyana, Mohamad Shafiq Aiman dan Mohamad Shahir Imran Sharizan.
  • Pencapaian Akademik: Diploma Business Administration , Institut Teknologi Mara (kini UiTM) Arau (PJJ); Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) BBA Hons Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.

  • Jawatan disandang: Pengarah Urusan Alam Damai Enterprise dan Rasha Utara Enterprise


Pembabitan dalam politik:
  • 2001 sehingga kini, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Sungai Petani.
  • 2004 hingga Mac 2009, Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah.
  • 2004 sehingga 25 Mac 2009, Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia.
  • Mac 2008 hingga kini, Ketua Umno Cawangan Sungai Petani Bandar.
  • Mulai 25 Mac 2009, Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia.


Pembabitan lain:
  • 2007 hingga kini, Yang DiPertua Perdasama Negeri Kedah.
  • Penaung Persatuan Kebajikan Pasar Tani Kuala Muda.
  • Pengerusi Persatuan Belia Nur Kasih Kuala Muda
  • AJK Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah


Pencapaian:
  • 2003 - Bintang Kebaktian Masyarakat - BKM oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darulaman sempena ulang tahun Keputeraan Baginda Ke 73.
  • 2005 - Ahli Mahkota Kedah - AMK oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darulaman sempena ulang tahun Keputeraan Baginda Ke 77.
  • 2007-Bintang Cemerlang Melaka - BCM oleh Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena Ulang tahun Kelahiran Ke 69
  • 2008- Jaksa Pendamai - JP Oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darulaman sempena ulang tahun Keputeraan Baginda Ke 80.
(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ratu/20090629072506/Article/)

Wednesday, June 24, 2009

ROSMAH TERIMA KUNJUNGAN PUTERI

ROSMAH Mansor (kanan) menerima kunjungan hormat anggota Exco Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kanan) di kediaman rasmi di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 23 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima kunjungan hormat anggota pergerakan Puteri UMNO di Sri Satria di sini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang mengetuai rombongan 40 anggota pergerakan itu berkata, kunjungan berkenaan juga bertujuan menjemput isteri Perdana Menteri untuk merasmikan beberapa program anjuran Puteri UMNO.

"Puteri UMNO turut menyatakan hasrat untuk mengadakan program kerjasama dengan Permata Negara yang dinaungi Datin Seri Rosmah," katanya.

Rosnah berkata, isteri Perdana Menteri turut memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada anggota Puteri UMNO untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional. - BERNAMA

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive)

Monday, June 22, 2009

BUAT SEMUA AYAHANDA...

Puteri UMNO Bahagian Labuan mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua ayahanda-ayahanda Puteri. Terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan buat Puteri-Puteri Labuan...moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
Kepada ayahanda-ayahanda Puteri yang telah kembali ke rahmatullah didoakan agar roh dicucuri rahmat dan marilah kita hadiahkan AL-FATIHAH buat mereka.

Sunday, June 21, 2009

PUTERI SG.BUTON, SG.LABU, PANTAI & LAJAU

Selamat bersidang diucapkan buat Puteri Cawangan Sungai Buton, Sungai Labu, Pantai dan Lajau. Moga persidangan berlangsung dengan lancar. Tahniah kepada ahli-ahli Puteri yang telah memberikan komitmen sebagai ahli UMNO.

Friday, June 19, 2009

PUTERI : PASUKAN KHAS KENDALIKAN BLOG

Puteri wujud pasukan khas kendali blog

KUALA KRAI: Puteri Umno akan menubuhkan pasukan khas mengendalikan laman blog bagi menjawab isu dimainkan parti lawan, selain menyampaikan hasrat Kerajaan Pusat dalam memajukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, menjelang pilihan raya kecil kerusi itu, bulan depan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata petugas jentera pergerakan itu juga diminta menjalankan kempen seperti jurujual produk jualan langsung 'barangan' berjenama Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas semula kerusi berkenaan daripada Pas.

"Puteri akan amalkan pendekatan bersifat prihatin dan mesra rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi di Manek Urai, khususnya wanita muda yang jumlahnya dianggar hampir 3,000 orang.

"Selain bergerak dari rumah ke rumah untuk bersemuka dengan kumpulan sasaran ini, kita juga akan memberi fokus terhadap pendekatan alam maya iaitu melalui laman blog yang menjadi medium digemari golongan muda pada masa ini," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian selepas merasmikan Kem Kesihatan Perdana Kuala Krai, yang bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai, di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini, manakala hari penamaan calon pada 6 Julai berikutan penyandang kerusi berkenaan, Ismail Yaakob, 60, daripada Pas meninggal kerana komplikasi jantung 22 Mei lalu.

Rosnah berkata, jentera Puteri khususnya 300 petugas tempatan sudah memulakan gerak kerja mendekati hampir 3,000 golongan wanita muda dan pada masa sama, tidak mengabaikan pengundi lain, termasuk wanita dan warga emas.

"Kita juga mengadakan kursus dan program kepemimpinan bagi memberi persediaan secukupnya kepada petugas Puteri yang akan bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu nanti," katanya.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090612224257/Article/)

Monday, June 15, 2009

Sunday, June 14, 2009

PUTERI PIKAT PENGUNDI MUDA

KUALA KRAI 12 Jun - Pergerakan Puteri UMNO akan menggerakkan 300 jentera tempatannya untuk menawan kira-kira 3,000 golongan pengundi wanita muda dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 14 Julai depan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, jentera terbabit akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dan alam maya untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menawan kembali DUN tersebut.

''Kita akan pastikan semua pengundi wanita muda di DUN ini menyokong BN namun kita juga tidak akan mengabaikan pengundi lain melalui pendekatan kita.

''Satu mesyuarat akan diadakan hari ini yang akan membincangkan strategi kita iaitu melalui pergerakan dari rumah ke rumah dan berkempen menggunakan blog," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan dan memberi sumbangan kepada golongan kurang upaya di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai di sini hari ini.

DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, meninggal dunia akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Julai depan sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, 14 Julai sebagai hari pembuangan undi.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Mesyuarat Exco Puteri kedua yang akan diadakan di Manek Urai petang ini akan memberi tumpuan mengenai strategi pergerakan jentera yang telah dilantik itu.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive)

Friday, June 12, 2009

TAHNIAH DATIN HJH. DAYANG PUNGUT ABDUL JALIL


Puteri Labuan mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat Ybhg Datin Hjh Dayang Pungut Binti Abdul Jalil yang telah menerima ANUGERAH JASAMU DIKENANG dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Puteri juga pernah menjadi anak didik "Cikgu Dayang" satu ketika dulu. Bagi Puteri, beliau merupakan guru yang sangat mempunyai komitmen tinggi dan ikhlas dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didiknya... Moga beliau sentiasa dimurahkan rezeki sekeluarga dan terus berbakti kepada anak bangsa.... TERIMA KASIH CIKGU...

PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN DURIAN TUNJUNG DAN POHON BATU...


AHAD ini... 14 JUN 2009

Persidangan Puteri Cawangan DURIAN TUNJUNG dan POHON BATU..
Kepada semua ahli Puteri cawangan boleh menghubungi Puteri Jura'adhiyah (Ketua Puteri Durian Tunjung) dan Puteri Niswati (Ketua Puteri Pohon Batu) untuk keterangan lanjut.

Wednesday, June 10, 2009

KEK UNIK...... sEDAPNYaaaaaa...

PUTERI tertarik dengan satu laman blog, Kak Kalthum (Labuan).... Kak Kalthum ni mempunyai kemahiran dalam membuat kek-kek yang unik... kalau ada di kalangan Puteri di Labuan yang berminat, bolehlah melayari blog Kak Kalthum di
http://www.kalthomcakes.blogspot.com
atau boleh juga melayari
http://www.koperasiputeri.blogspot.com













Nampak unik dan SEDAPPPPppppp.... :)

Tuesday, June 9, 2009

13 PATI DI KG. SUNGAI BARU ?.. LABUAN ?

13 PATI warga Filipina ditahan

LABUAN 1 Jun - Polis menahan seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina melalui satu operasi di penempatan setinggan di Kampung Sungai Baru, dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Wilayah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kesemua mereka berusia antara 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Jelasnya, antara kesalahan mereka yang dilakukan ialah tidak mempunyai dokumen perjalanan, tiada permit kerja dan memegang pas kerja yang tamat tempoh.

"Seramai 28 penduduk kampung itu diperiksa dan hasil pemeriksaan lanjut hanya 13 orang ditahan atas beberapa kesalahan," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah 13 PATI itu, lima adalah lelaki manakala selebihnya adalah wanita yang akan dihantar ke pusat tahanan sementara (PTS) di Kota Kinabalu.

"Selepas proses pemeriksaan lanjut di PTS Kota Kinabalu, 13 PATI tersebut akan dihantar ke negara asal dan didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Menurutnya, operasi berkenaan memakan masa selama sehari dan dijalankan oleh 12 anggota polis.

Saiman berkata, operasi membanteras PATI itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Labuan bebas daripada golongan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap, orang ramai akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu membanteras PATI dengan lebih cepat dan berkesan.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0602&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_08.htm&arc=hive)

Thursday, June 4, 2009

Wednesday, May 27, 2009

USAHA HIDUPKAN KOMUNISME : SEJARAH TAKKAN BERULANG!...

Usaha hidupkan komunisme

SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak.

Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.

“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak.

Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Monday, May 25, 2009

Mekanisme baru tarik sokongan dikenal pasti

KOTA KINABALU 24 Mei - Pergerakan Puteri UMNO Sabah mengenal pasti mekanisme baru bagi menarik sokongan rakyat terutamanya golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, pendekatan tersebut akan diguna pakai dalam setiap program yang diadakan pergerakan itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, mekanisme baru itu selaras dengan saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menetapkan tempoh masa dua tahun kepada Puteri untuk menarik sokongan golongan muda terhadap kerajaan.

"Justeru itu di peringkat negeri, kita telah mengambil beberapa pendekatan, Insya-Allah kami akan cuba pastikan dalam tempoh dua tahun ini kami akan berusaha untuk menarik golongan muda menerima BN.

"Di peringkat negeri pun, kami ada mekanisme yang akan kami guna pakai agar apa sahaja program yang dilaksanakan dapat berjalan lancar,'' kata Ketua Puteri Sabah yang baru itu selepas kali pertama mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pergerakan Puteri negeri di sini hari ini.

Mekanisme itu, katanya, akan dijelaskan kemudian selepas beliau mengadakan perbincangan dengan kepimpinan pergerakan tersebut terlebih dahulu.

Menurutnya, meskipun mengakui tempoh dua tahun berkenaan singkat, beliau akan berusaha keras bagi memastikan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN.

"Kalau ikutkan memang tidak cukup dua tahun, sekarang pun sudah hampir hujung tahun. Bagaimanapun kami anggap saranan ini sebagai satu cabaran sebab kalau kita tiada sasaran kita akan lalai," katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_11.htm&arc=hive)