ANDA PELAWAT KE


Monday, January 19, 2009

BN MUNGKIN MENANG JIKA...

BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi

MELAKA 18 Jan. - Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya.

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

1 comment:

bungaraya said...

Dalam PRU ke 12 saya difahamkan pengundi luar bertimbun-timbun balik untuk mengundi di Kelantan. KJ merupakan antara yang bertanggungjawab menguruskan BAS untuk mereka kembali. Tapi malang mereka kembali dengan menaiki BAS yang diusahakan oleh UMNO tapi mereka mengundi PAS dalam pilihanraya tersebut. Di PRK Kuala terengganu tidak ada seorang pemimpin yang memulakan inisiatif membawa pengundi luar balik untuk menggundi kerana takut kes di Kelantan akan berlaku semula. Mungkin betul mereka tidak semestinya mengundi UMNO jika pun mereka balik ke KT. Ali Rustam hanya pandai membuat penganalisaan sahaja. Tapi masih ditahap rendah dari segi kebijaksanaan pengurusan PRK.