ANDA PELAWAT KE


Sunday, January 4, 2009

SEMANGAT!! PUTERI DI TERENGGANU

Puteri UMNO tumpu golongan muda

KUALA TERENGGANU 3 Jan. - Pergerakan Puteri UMNO akan memberi tumpuan kepada usaha menarik sokongan golongan muda dalam membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, pengundi muda dilihat berupaya menjadi penentu kepada BN untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Menurut beliau, strategi kempen dari rumah ke rumah dan pelbagai aktiviti bagi menarik golongan muda akan dilaksanakan sepanjang tempoh berkempen itu.

''Ini termasuk aktiviti sukan atau program yang melibatkan golongan muda kerana golongan tersebut lebih suka bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 200 pelajar miskin dan yang baru memasuki alam persekolahan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Puteri UMNO negeri, Nordiana Shafie.

Bagaimanapun kata Noraini, Puteri UMNO juga tidak mengetepikan golongan kurang upaya dan akan menganjurkan program untuk mereka.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, Puteri UMNO seluruh negara akan bekerjasama dengan UMNO Bahagian Kuala Terengganu dalam mengatur strategi dan pendekatan bagi memastikan BN mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Menurutnya, ahli-ahli Puteri UMNO dari seluruh negara termasuk Sabah akan mula berkampung di Kuala Terengganu 5 Januari ini sehingga tamat pengundian.

''Mereka bersemangat tinggi dan bersedia membantu melaksanakan pelbagai program setiap hari,'' ujar beliau.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

1 comment:

bungaraya said...

Semangat beginilah yang saya nak dengar. Dan saya berharap jangan tinggal semangat sahaja. Harus diikuti dengan usaha dan Doa serta tawakkal. USAHA adalah tangga kejayaan. Rempuh dan berjuanglah dengan penuh usaha walau ranjau perjalanan penuh dengan onak dan duri. Ayuh Puteri Labuan.