ANDA PELAWAT KE


Wednesday, January 21, 2009

UMNO perlu mesra rakyat - Najib

PUTRAJAYA 20 Jan. - Imej positif dan mesra rakyat merupakan pendekatan baru UMNO bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, imej negatif dan sikap pemimpin parti yang kurang mesra dengan pengundi terutama di peringkat akar umbi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

"Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja.

"Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin," katanya.

(Sumber : Oleh ZABRY MOHAMAD, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan pembekalan air Negeri Sembilan di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu yang hilang daya tarikan dan bagi membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Muhyiddin, langkah tersebut perlu kerana UMNO kini dibelenggu pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan kepada parti itu.

Najib memberitahu, kekalahan BN pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini seharusnya diinsafi semua pemimpin serta ahli UMNO dan mereka perlu bermuhasabah.

Mengulas mengenai tiga ahli UMNO yang akan didakwa di mahkamah Khamis ini kerana kes rasuah ketika pemilihan parti bahagian tahun lalu, beliau menjelaskan, ia tindakan tepat kerana undang-undang seharusnya dihormati oleh semua pihak.

1 comment:

bungaraya said...

Pertama sekali kita mesti tahu dan memahmi taarif perkataan "mesra rakyat" tersebut. Antara lain Pemimpin UMNO mestilah kerap turun kepadang berjumpa dan bergaul mesra dengan rakyat akar umbi. Menziarahi majlis kematian, majlis perkahwinan dan jemputan-jemputan lain yang diatur diperingkat akar umbi. Jangan menghantar wakil jika boleh. Kehidupan "rich & famous" harus dikikis dari kehidupan seorang pemimpin UMNO.

Terdapat pemimpin yang berpandangan pendekatan ini "sudah lapok" dan ketinggalan zaman. Pandangan spt ini yang sepatutnya dikikis dari minda setiap pemimpin.
Kita menjadi pemimpin kepada rakyat dan bukan pemimpin kepada satu syarikat. Oleh yang demikian kita mesti bertanggungjawab keatas mereka. Rakyat akan sentiasa menilai kepimpinan kita. Jika kita tidak menghiraukan mereka sebaliknya kita menampakkan sifat tunjuk lagak kita, maka akhirnya kita sendiri yang akan diganti kepada pemimpin lain yang lebih prihatin kpd mereka.