ANDA PELAWAT KE


Monday, February 16, 2009

DATUK NORAINI : YAKIN BN MENANG

Puteri yakin BN menang selesa

BATU PAHAT: Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, yakin kepemimpinan baru pergerakan itu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kawasan pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah, 7 April depan.

Katanya, jentera pergerakan itu sudah disusun rapi dan kini pasukan peninjau mereka sudah berada di kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen Bukit Gantang di Perak.

“Saya percaya pucuk pimpinan baru Puteri Umno mampu menggalas tanggungjawab berat pada dua pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak itu.

“Selepas pemilihan parti Mac ini, pengganti saya pasti memahami tanggungjawab mereka, ” katanya selepas merasmikan Balai Raya Kampung Sri Jaya Bakti, di Parit Sulong di sini, semalam.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090215095847/Article/)

No comments: