ANDA PELAWAT KE


Thursday, February 19, 2009

MENJELANG PERSIDANGAN MAC 2009

Ada lagi calon MT yang akan tarik diri

KOTA KINABALU 18 Feb. – UMNO Sabah tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi calon yang layak bertanding ahli Majlis Tertinggi (MT) akan menarik diri daripada bertanding.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka ketika ini.

‘‘Mungkin ada lagi calon yang menarik diri dan kita menghormati keputusan mereka apatah lagi pemimpin terbabit memberi jaminan akan menyokong calon dari negeri ini yang akan bertanding merebut pelbagai jawatan pada perhimpunan parti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri, di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dan Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun mengumumkan menarik diri selepas bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berbuat demikian, kelmarin.

Selain Masidi dan Salleh, calon lain dari Sabah yang layak bertanding jawatan itu ialah Musa, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Anifah Aman.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm)


Umno Cheras Harap Siasatan Kes Politik Wang Selesai Sebelum Mac

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Umno Bahagian Cheras berharap Lembaga Disiplin parti dapat menyelesaikan siasatan kes politik wang yang dilaporkan kepadanya sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac ini bagi memberi peluang dan keadilan kepada calon yang bertanding.

Ketuanya Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata lembaga itu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bertindak lebih agresif memerangi politik wang semasa musim pemilihan parti.

Katanya langkah Majlis Tertinggi memperbesarkan lembaga itu dengan penambahan anggota adalah usaha terbaik membanteras gejala politik wang daripada terus berleluasa.

"Umno perlu dibersihkan dari dalam terlebih dahulu jika kita benar-benar mahukan parti sentiasa relevan dan mengekalkan sokongan pengundi Melayu," katanya.

-- BERNAMA

(Sumber :- http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsumno.php?id=386765)

1 comment:

bungaraya said...

Okey,
Di Sabah tu, calun MKT menarik diri dari bertanding kerana terlalu ramai calun dari negeri tersebut yang menawarkan diri. Dalam konteks lain mereka sangat berharap kemenangan kepada calun yang masih bertanding. Supaya sokongan dari perwakilan bulat dan jitu. Saya juga berharap agar seluruh Malaysia, kepada calun yang merasakan diri mereka hanya menyibuk untuk mencuba nasib, menarik dirilah yang paling elok pada ketika ini. Kita tumpukan pertandingan hanya dikalangan mereka yang ber[potensi sahaja. Kepada yang kaki rasuah tu, baiklah mengikut tindakan yang diambil oleh calun dari Sabah yang menarik diri itu demi survival UMNO.