ANDA PELAWAT KE


Thursday, March 19, 2009

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Jawab Tuduhan

Mar 18th, 2009 | By admin | Category: Berita Utama
(Sumber :- http://umno-online.com/?p=744)

picasioncom_857b501d2082d7eed5547769116a1e45KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pelbagai persoalan dan manipulasi timbul berkaitan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO berikutan hukuman berbeza yang dijatuhkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Dalam keputusan tersebut, Datuk Seri Ali dikenakan hukuman larangan bertanding dalam pemilihan akan dating tetapi boleh hadir dan memilih sementara Khairy pula diberikan amaran.

Berikut adalah jawapan Pengerusinya, Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen:

Lembaga Disiplin mengambil perhatian serius terhadap pandangan umum mengenai keputusan terhadap beberapa ahli UMNO yang didapati bersalah di bawah etika ahli UMNO. Terdapat tuduhan-tuduhan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat tidak tepat atau pun berupa konspirasi politik.

Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu ataupun ‘haersay’.

Walaupun Lembaga Disiplin bukan sebuah mahkamah undang-undang (court of law) namun asas-asas keadilan sejagat (natural justice) dan hukuman berdasarkan fakta dan keterangan sentiasa menjadi pegangan ahli-ahli Lembaga Disiplin ketika membuat sesuatu keputusan justeru tidak timbul soal pilih kasih atau konspirasi politik sepetimana yang didakwa oleh setengah-setengah pihak.

Ahli-ahli Lembaga Disiplin UMNO terdiri daripada tokoh-tokoh politik yang telah bersara dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau penglibatan di dalam apa-apa pertandingan bagi apa-apa jua jawatan di dalam parti. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat sesuatu keputusan termasuk dari pihak atasan.

Lembaga Disiplin tidak mempunyai kuasa seperti yang terdapat pada pasukan Polis dan ahli-ahli Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh memaksa saksi-saksi datang memberi keterangan.

Kerana itu kadang-kadang sesuatu kes itu tidak dapat diselesaikan secepat yang dikehendaki. Sebaliknya sekiranya sesuatu kes itu diputuskan secara tergesa-gesa tanpa bukti yang mencukupi kami akan berdepan dengan kecaman daripada ahli-ahli UMNO dan orang ramai.

Pendekatan Lembaga Disiplin sentiasa berada dalam keadaan serba-salah. “Dibuat salah, tak buat pun salah”

(Sumber :- http://umno-online.com/?p=744)

1 comment:

bungaraya said...

Dalam mempertimbangkan keputusan yang dibaut, hendaklah dua perkara ini menjadi satu keutamaan:-
1. terbukti bersalah
2. kelihatan/kenampakan bersalah.
Lembaga Disiplin hanya mengutamakan no. satu sahaja.
Masih ramai lagi calun yang jelasnya kenampakan bersalah walaupun susah untuk dibuktikan. Pemimpin yang seperti ini sepatutnya dinasihatkan agar menarik diri drp bertanding demi survival perjuangan UMNO. memang susah untuk dilaksanakan oleh kita. Dan kita memerlukan tenaga pemimpin yang bijaksana dalam parti kita untuk melaksanakan semua keperluan tersebut. Jika bodoh dalam bertindak baik tak payah berjawatan dalam parti UMNO.