ANDA PELAWAT KE


Thursday, March 12, 2009

'Tidak salah suami isteri bertanding'


PUTRAJAYA 10 Mac - ''Memang dalam rumah tangga, kami suami isteri tapi dalam politik, kami dalam kapal berlainan."

Begitulah luahan calon Ketua Puteri UMNO, Datin Ismalina Ismail yang mengakui pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) disebarkan pihak tertentu meminta perwakilan menolak pasangan suami isteri yang bertanding merebut jawatan pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Atas sebab itu, Ismalina memberitahu hari ini, beliau kini terpaksa bekerja keras meminta perwakilan Puteri agar tidak 'mengorbankan' pencalonannya hanya semata-mata dirinya isteri kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Turut bersaing dengan Ismalina bagi jawatan Ketua Puteri ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, Datuk Shahaniza Samsudin, Saarah Ali Bashah dan Ida Rahayu Md. Noor.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0311&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive)

1 comment:

mahadett said...

''Memang dalam rumah tangga, kami suami isteri tapi dalam politik, kami dalam kapal berlainan."

Apa pulak berlainan kapal ni. bukankah kedua-duanya sayap umno. Satu kapal cuma lain compartment baru betul.

Satu lagi statement dia yang I confuse: "tak pernah berbincng dengan suami pasal Puteri supaya kerja tak bertindih"-not exact quote. Macamana ni seorang Exco Pemuda seorang Exco puteri. Takkan tak boleh berbincang antara keduanya untuk menambah baik kerja-kerja untuk parti. Rasional yang tidak rasional lansung. Mana muafakat sesama ahli UMNO.Patutlah prestasi UMNO makin merosot sokongan makin menurun sekarang kalau kita ada pemimpin macam ni.

Kalau lah ditakdirkan kedua-duanya menang nanti dan berada dalam MT, takkan tak berbincang juga. Takkan nak elak agar tak bertindih juga. Rosak parti.

Kalaulah saya jadi perwakilan pemuda dan puteri kedua-duanya saya tak pilih.