ANDA PELAWAT KE


Tuesday, March 3, 2009

YB ROSNAH : Adun Skudai Belajar Semula Sejarah (Pls!!)

Aparteid: Puteri Umno Minta Adun Skudai Belajar Semula Sejarah

KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Puteri Umno yang kesal dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri Skudai, Johor Dr Boo Cheng Hau mengenai 'bumiputeraisme" meminta beliau menduduki semula kelas sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Naib Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata adalah suatu yang memalukan apabila Dr Boo sebagai seorang bergelar "Yang Berhormat" membuat kenyataan seperti itu yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Kenyataan beliau yang menyamakan aparteid dengan kedudukan Bumiputera di Malaysia adalah perbuatan yang melampau dan angkuh yang nyata.

"Sepatutnya beliau faham apa kesan daripada kenyataan yang bukan sahaja tidak tepat, malah melukakan perasaan bumiputera," katanya di sini, Isnin.

Rosnah mengulas kenyataan Dr Boo di Dewan Undangan Negeri Johor minggu lepas bahawa amalan "bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan Bumiputera yang diamalkan di negeri itu menyamai ideologi aparteid.

Pengerusi DAP Johor itu berkata amalan itu bersifat aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata kenyataan Dr Boo itu juga boleh mengelirukan orang ramai khususnya mengenai kedudukan Bumiputera yang dilindungi di bawah perlembagaan negara.

"Jika dasar aparteid disamakan, mungkin Cheng Hau sendiri tidak akan dapat menjadi seorang wakil rakyat di DUN Johor, kita tidak pernah melihat ada pasar, kedai, restoran atau apa sahaja tempat hanya untuk satu kaum sahaja.

"Dalam aspek pemilikan ekonomi pula kaum bukan bumiputera jauh mengatasi bumiputera, malah tidak pernah ada sekatan atau had kepada mereka," kata beliau.

Sehubungan itu, Rosnah meminta kerajaan khususnya Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya mewujudkan satu akta mewajibkan mana-mana Adun, anggota Parlimen serta pemimpin pertubuhan lain yang "buta sivik dan sejarah" menduduki kelas khas sehingga lulus.

Di BATU PAHAT, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata kenyataan Dr Boo itu adalah tidak wajar dan berpotensi meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor itu berkata kenyataan sebegitu yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat perlu dielakkan terutamanya ketika negara sedang menghadapi cabaran getir krisis ekonomi dunia sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Hussein Onn di sini, beliau berkata kenyataan Dr Boo itu turut mendedahkan tembelang sebenar DAP berkenaan perjuangan politik mereka selama ini.

Mohamed Khaled berkata, negara memerlukan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang yang meluas di antara kaum Bumiputera dengan kaum-kaum lain terutamanya di dalam bidang ekonomi.

Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain merapatkan jurang itu, katanya.

-- BERNAMA

(Sumber :- http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=393450)

1 comment:

bungaraya said...

Susah-suah kita jadikan tuduhan tersebut menjadi satu kenyataan seperti yang DR itu maksudkan. Barulah ternganga. 80% drp peruntukan rancangan Malaysia ke 10 adalah untuk bumiputera. Kalau kita bina kedai, bina untuk bumiputera sahaja. Kalau cina nak pohon membina Shoplot, jangan PBT luluskan. Baru ternganga mereka.
Jangan bagi peluang dan ikut tuduhan mereka. Macamana? hebattak cadangan ini? Hahahaha