ANDA PELAWAT KE


Thursday, April 2, 2009

HADIAH KEPADA PUTERI UMNO

Kalau dipilih, ia satu hadiah - Rosnah

KOTA KINABALU 1 April - Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada memilih beliau menganggotai Kabinet baru.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, sekiranya terpilih, keputusan berkenaan adalah satu penghormatan terhadap pergerakan tersebut yang merupakan salah satu sayap utama UMNO.

"Terserah kepada pucuk pimpinan parti, kalau dipilih, ia merupakan satu hadiah untuk seluruh pergerakan dan amanah tersebut akan dijalankan dengan sebaik-baiknya," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Rosnah mengulas khabar angin bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin UMNO dari Sabah yang akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Desas-desus semakin kuat kerana secara tradisi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO akan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan Pusat.

Rosnah seterusnya meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut kerana bimbang disalah anggap.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0402&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm&arc=hive)

3 comments:

ENKAYBEAU.blogspot.com said...

Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman rasmi)

ENKAYBEAU.blogspot.com said...

Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman rasmi)

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Salam...layari blog kami www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Kami berkhidmat..anda berbakti..semoga kita dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.