ANDA PELAWAT KE


Wednesday, April 1, 2009

PUTERI SAMBUT BAIK HASRAT SHAHRIZAT

KUALA LUMPUR 30 Mac – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan, hasrat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjalinkan hubungan baik dengan Puteri UMNO sebagai perkembangan positif ke arah mengukuhkan hubungan kedua-dua sayap parti itu.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu tidak boleh digambarkan sebagai wujudnya hubungan ‘kurang enak’ antara kepimpinan Wanita UMNO terdahulu dan Puteri UMNO.

Sebaliknya, jelas beliau, usaha kepimpinan baru Wanita UMNO itu bertujuan mengukuhkan hubungan yang terjalin walaupun di peringkat awal penubuhan Puteri dilihat kurang ‘disenangi’ namun selepas beberapa tahun, peranan pergerakan itu semakin diiktiraf.

“Puteri menyambut baik hasrat Datuk Seri Shahrizat. Memang antara Wanita dan Puteri perlu saling bekerjasama dan gerakan ke arah itu telah bermula beberapa tahun lalu.

“Hasrat terbaru ini bertujuan menambah baik hubungan yang sedia terjalin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat mahu menjalin hubungan baik dengan Puteri UMNO sebagai salah satu visi selepas diberi kepercayaan memimpin Wanita UMNO menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz.

Menurut Rosnah, bekas ahli-ahli Puteri juga diterima menganggotai Wanita UMNO malah ada yang dilantik ketua Wanita bahagian sementara pada pemilihan parti baru-baru ini, Suraya Yaakob (bekas Ketua Puteri UMNO Kedah) terpilih menjadi Exco pergerakan itu.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive)

2 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Sahabat,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan PUTERI LABUAN dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,
Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan UMNO merangkap blogger
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

ENKAYBEAU.blogspot.com said...

Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman ra