ANDA PELAWAT KE


Monday, April 6, 2009

YB DATUK ROSNAH : GOLONGAN MUDA PERLU DIBERI PERHATIAN

Puteri minta bantu golongan muda

BATANG AIR 5 April – Pergerakan Puteri UMNO mahu kerajaan memberi perhatian masalah golongan muda di luar bandar terutama berkaitan kesukaran mereka memperoleh pinjaman daripada bank-bank yang menawarkan kemudahan pembiayaan projek industri kecil sederhana (IKS).

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengambil contoh rasa tidak puas hati pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air berhubung perkara itu yang sekali gus mengurangkan kepercayaan mereka terhadap kesungguhan kerajaan menyediakan program bantuan untuk rakyat.

Katanya, terdapat golongan muda lepasan institusi pengajian tinggi mendakwa telah mengikuti kursus yang dianjurkan Tabung Usahawan Siswazah (TUS) tetapi sukar mendapatkan pinjaman daripada bank-bank IKS.

Kesukaran itu menurut Rosnah, menyebabkan lepasan universiti terutama yang tidak mempunyai pekerjaan, gagal memulakan projek-projek keusahawanan sedangkan mereka mempunyai minat untuk berbuat demikian.

‘‘Kita tidak mahu isu-isu seperti ini mengurangkan kepercayaan pengundi muda terhadap kerajaan. Ini kerana kerajaan menguar-uarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan program membantu siswazah menganggur namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0406&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_10.htm&arc=hive)

2 comments:

Azizahns said...

tahniah saya ucapkan. semoga YB memberi transformasi kepada pergerakan puteri. puteri jangan lagi dilihat sebagai penyeri majlis atau pembawa dulang...

ahli puteri juga janganlah gedik-gedik.. zaman ngada-ngada dah berlalu... tumpukan kepada perjuangan...

untuk YB tarik minat golongan professional muda. ramai di luar sana masih ade. ...

yang dah lama... tolong tinggalkan kerja-kerja hasut menghasut... cantas mencantas... Jangan diikut perangai PHD.

muka yang manis gunakan untuk kebaikan untuk dekati golongan yang sepatutnya... bukan untuk kejar pemuda-pemuda yang kaya.

itu saja.

Sungai Dali said...

Salam. Saya setuju benar terhadap pandangan Azizahns. DIharap ianya diberi perhatian serius.
Semoga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yg baru sudi utk turun ke bumi Labuan yg kita cintai ini didalam rangka menyampaikan visi perjuangan dan fokus baru Puteri UMNO secara lebih dekat kepada ahli Puteri di Labuan.
Apa kata kita beri tempoh 100hari kepada Ketua Puteri Labuan Y.Bhg Pn. Rahimah yg juga Pengarah JASA Labuan bergerak cergas didalam merealisasikan cadangan tersebut.
Saya yakin dan percaya ianya pasti membawa kesan positif kearah memantapkan pergerakan Puteri UMNO Labuan.
P/S: Takziah kepada Pergerakan Puteri UMNO Labuan diatas berita malang Ketua Bahagian UMNO Labuan Y.Bhg. Dato' Suhaili Abd. Rahman yg dicekup SPRM kelmarin.

Wassalam.