ANDA PELAWAT KE


Friday, May 22, 2009

2 TAHUN UNTUK PUTERI UMNO TARIK GENERASI MUDA

Puteri UMNO diberi tempoh 2 tahun tarikanak muda

PUTRAJAYA 21 Mei - Pergerakan Puteri UMNO diberikan tempoh dua tahun melaksanakan pendekatan berbentuk kemasyarakatan bagi mengembalikan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh masa ditetapkan supaya semua anggota pergerakan itu dapat memberikan fokus terhadap semua inisiatif yang dilakukan.

''Tempoh masa yang diberikan itu tidak terlalu panjang dan adalah lebih baik kita tetapkan tempoh masa, jadi semua yang kita buat dimulakan daripada sekarang.

''Kalau tidak, ahli-ahli parti kata masa masih panjang lagi, jadi mereka tidak akan memberikan fokus," katanya selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO di pejabatnya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara utama yang perlu ditumpukan oleh sayap parti itu ialah bagaimana memperbaiki imej UMNO dan menarik sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.

Beliau memberitahu, pergerakan itu diingatkan bahawa program berorientasikan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi menyampaikan maklumat tentang isu-isu semasa dengan lebih tepat.

''Kita tidak mahu ada pihak yang begitu mudah memutarbelitkan fakta sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada BN," katanya.

Muhyiddin mengingatkan Puteri UMNO agar meningkatkan usaha mendekatkan diri dengan generasi muda kerana mereka adalah kelompok terbesar yang akan tersenarai dalam daftar pengundi.

''Puteri perlu berusaha berhubung dan berinteraksi dengan mereka dan pertubuhan yang mewakili mereka.

'''Kita tidak boleh lepas tangan sebaliknya buat secara proaktif dan bukannya bertindak selepas sesuatu perkara berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin bahawa Puteri UMNO di bawah kepimpinan Rosnah mampu melaksanakan tugas yang diarahkan oleh parti itu.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm&arc=hive)

2 comments:

ustazSAID said...

salam, harap tempoh 2th ada pkembangan yg baik. di Kwsn kami Ketua Puterinya jd Exco, tp Puterinya lesu. Ada ka patut cwngn utk satu bhg x cecah 60 cwngn? Bukan apa Kp takut kena lawan, so diam2 jgn buka cwgn senang control! Mau tarik puteri camna? sdg pembangkang giat tarik puteri kita!

jutawan klindahau said...

salam perjuangan salam motivasi,...
banar lurus banar tu apa yang bisdia kurapakan ani. Krajaan kana pikir balik, jangantah talampau kan bmurah hati mambari bantuan. adang-adang tah. sudah ta diorang ani inda mbayar cukai. liat saja contoh karita sapunya, inda payah mambayar permit, sanang2 saja diorang mrebet. inda kana tangkap polis atau jpj.tapi mun orang katani ada saja kan kana tnagkap. baru merebat partime udah tah kana tangkap karita kana tarik ke balai. jangan sampai 1 hari nanti labuan ani YB nya orang pilipin. bajuta-juta usin abis dibalajakan untuk diorang ani. cuba usin atu dibuatkan rumah untuk PPRT, ada jua hasilnya. Kan doakan pulang sampai bila2. Bangsa diorang ani bukan pandai manganang budi. cuba tah tanya arah orang katani yang pernah kahwin sama bangsa diorang ani, abis diangkutnya dang sanaknya kerumah. sampai rumah sendiri pun jadi rumah diorang. mun inda percaya aku ada buktinya... jangan tah luan dimanjakan, ani ku liat sampai 10 pagi pun masih tia belimpangan di kompleks sukan atu memurancah. inda ia ingau kan bakaraja. pasal sanang lagi idupnya sbalum rumah diorang ani hangus. kali sabalum ani kan megasak pun payah, ani inda payah kan memikirkan soal mangasak, sebab ada Sukarelawan Bulan Sabit memasakan. Macam jadi keturunan raja-raja pulang diorang ani. mun karajaan kan tarus mambantu, bah buatkan tia diorang rumah bunglow ka , kondominuim ka? banyak jua lagi tanah kosong di labuan ani. alang-alang menolong wa. dapat jua kahwin sama anak daranya yang lawa-lawa atu. mun banar ada ampiti eh aku surang. batah udah ku bujang ani. pilipin pun pilipin tah..kali ani tia..