ANDA PELAWAT KE


Wednesday, June 24, 2009

ROSMAH TERIMA KUNJUNGAN PUTERI

ROSMAH Mansor (kanan) menerima kunjungan hormat anggota Exco Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua dari kanan) di kediaman rasmi di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 23 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima kunjungan hormat anggota pergerakan Puteri UMNO di Sri Satria di sini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang mengetuai rombongan 40 anggota pergerakan itu berkata, kunjungan berkenaan juga bertujuan menjemput isteri Perdana Menteri untuk merasmikan beberapa program anjuran Puteri UMNO.

"Puteri UMNO turut menyatakan hasrat untuk mengadakan program kerjasama dengan Permata Negara yang dinaungi Datin Seri Rosmah," katanya.

Rosnah berkata, isteri Perdana Menteri turut memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada anggota Puteri UMNO untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional. - BERNAMA

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive)

2 comments:

Maizatul Miza binti Mohd Disa said...

syabas kepada puteri umno malaysia pimpinan kak ros... harapan saya agar kak ros akan sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan wanita muda... kak ros tetap dihati...

http://maizatulmiza.blogspot.com/

Nurimo said...

salam,
komen dalam blogs saya ni,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
http://kuberharap.blogspot.com/