ANDA PELAWAT KE


Sunday, August 9, 2009

Semua pemimpin UMNO perlu kerja keras kukuhkan parti

REMBAU 2 Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan semua pemimpin dan ahli sayap parti itu di negeri ini supaya berkerja keras dalam memperkukuhkan parti.

Menurut beliau, matlamat tersebut yang juga dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UMNO negeri harus dilakukan dengan segera terutama bagi menarik ahli di kalangan generasi muda.

"Masa berjalan pantas, pejam celik sudah beberapa tahun berlalu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan dalam masa beberapa tahun lagi akan ada Pilihan Raya Ke-13.

"Jadi semua ahli Pemuda dan Puteri UMNO sebagai golongan yang penuh tenaga dan idealisme harus berusaha lebih keras menawan hati rakyat terutama golongan belia kerana mereka sebahagian besar dari warga negeri ini iaitu seramai 600,000 orang," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di Dewan Sri Rembau di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd. Firdaus Harun, Naib Ketua, Datuk Dr Awaluddin Said, Ketua Wanita, Hasnah Peral, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Zuliana Mohd Ridzuan.

Mohamad menambah, ahli Pemuda dan Puteri boleh mendekati generasi muda termasuk menyelami isi hati mereka dengan pelbagai cara melalui pendekatan terbuka termasuk penganjuran pelbagai program berkaitan.

"Kita bukan nak suruh anak-anak muda ini terus menjadi ahli parti kerana mereka mungkin tidak dapat menghayatinya sebaik mungkin. Sebaliknya carilah kaedah yang sesuai.

"Belia ini boleh dibimbing dan diuruskan dahulu dengan baik agar timbul rasa minat dan cinta pada parti seterusnya menjadi ahli," tambah beliau.

Beliau pada masa yang sama menyeru agar, lebih banyak cawangan parti diwujudkan terutama di kawasan perbandaran yang menjadi tumpuan golongan muda.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive)

1 comment:

Arif Omar said...

ASKUM. PG LIHAT DI ATAS SEKALI BLOG ANDA MASIH ADA PERKATAAN / IKON FLAG BLOG. SILA BUANGKAN KERENA JIKA SESIAPA MENEKANNYA MAKA GOOGLE AKAN DELETENYA SECARA OTOMATIK. BUANG SEGERA. PERGI KE BLOG PG DAN TULIS FLAG BLOG DI RUANGAN SEARH DAN IKUTI LANGKAHNYA. SEGERAKAN.