ANDA PELAWAT KE


Saturday, March 28, 2009

KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

Y.B. DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

Bertentang Mata: Puteri tumpu pengundi muda

DATUK Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang dipilih sebagai Ketua Puteri baru, menginsafi tanggungjawab diamanahkan kepadanya berat dan beliau berkongsi harapannya dengan wartawan Berita Harian, MISIAH TAIB

BAGAIMANA Datuk menerima kemenangan ini? Saya menerimanya dengan penuh keinsafan bahawa jawatan Ketua Puteri mempunyai tanggungjawab besar yang diamanahkan. Saya melihat cabaran mendatang adalah untuk memantapkan Puteri Umno, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, menarik sokongan lebih ramai golongan muda dan memastikan Umno terus relevan untuk golongan muda di negara ini.

Dua kepemimpinan Puteri sebelum ini kerap dibandingkan antara satu sama lain dan Datuk dikaitkan sebagai ‘klon’ Datuk Noraini Ahmad.

Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya dalam era kepemimpinannya kerana sikap vokal beliau pada awal penubuhan Puteri dan dan Noraini pula dengan pendekatan lembut yang disenangi Puteri dan pelbagai pihak. Saya akan mengadunkan kedua-dua pendekatan itu.

Saya ingin menjiwai agresif Azalina dalam memperjuangkan isu membabitkan golongan muda dan ahli Puteri, pada masa sama saya mahu menggunakan kelembutan Noraini untuk menarik generasi muda supaya mendekati kita. Kepemimpinan Umno dinilai dari luar dan rakyat tidak mahu pemimpin yang vokal dan tidak mesra rakyat. Kita tidak mahu wujud jurang antara pemimpin dan masyarakat.

Komen mengenai saf kepemimpinan Puteri oleh perwakilan yang menyaksikan 17 Exco muka baru?

Mereka diberi kepercayaan oleh ahli Puteri. Saya percaya mereka adalah pemimpin akar umbi yang sudah membuktikan keupayaan. Saya mahu melihat barisan kepemimpinan yang kuat untuk bekerja bersama saya dalam menghadapi cabaran mendatang dan membantu pucuk kepemimpinan parti ke arah merealisasikan pemulihan Umno.

Harapan Datuk terhadap Puteri.

Puteri sudah berusaha lebih lapan tahun. Seperti sayap lain dan Umno, kita memerlukan suntikan baru. Kita mempunyai pendekatan baru bagi menarik golongan muda yang lebih mempercayai persepsi politik yang digembar-gemburkan pelbagai pihak.

Saya mahu Puteri diberikan peranan lebih besar oleh pucuk kepemimpinan parti. Kita tidak mahu lagi Puteri cuma mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memasukkan data pengundi, tetapi diberi peranan sebagai penulis siber bagi menangkis serangan pembangkang yang menggunakan ICT dan blog bagi memburukkan Umno dan kerajaan.

Kita mahu kemudahan diberikan kepada Puteri bagi tujuan itu.

Apakah keutamaan Puteri sekarang?

Sudah tentu untuk mendekatkan lagi Puteri Umno kepada rakyat bagi menarik sokongan pengundi muda yang akan mencecah 70 peratus daripada jumlah pemilih di negara ini pada pilihan raya umum akan datang. Saya yakin ia dapat dilakukan dengan meneruskan program kesukarelawan yang diasaskan Noraini dan memastikan program yang dilaksanakan berorientasikan masyarakat dan dekat kepada akar umbi.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/klikkhas/perhimpunan_umno/Artikel/Puteri/20090327150105/Article/index_html)

TAHNIAH : BARISAN KEPIMPINAN PUTERI BARU

PENGERUSI TETAP
Azlieza Azizan (445 undi)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

KETUA
Y.B Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

NAIB KETUA
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)


EXCO
1. Mas Ermieyati Samsudin - (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan - (514 undi)
3. Azlinda Zubir - (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan - (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad - (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir - (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin - (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah - (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek - (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali - (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim - (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor - (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman - (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh - (400 undi)
15. Seriwani Sabtu - (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman - (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria - (384 undi)
18. Anita Murad - (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin - (377 undi)
20. Rina Mohd Harun - (375 undi)

Friday, March 20, 2009

MENJELANG PEMILIHAN PUTERI UMNO..... pusingan terakhir sebelum mengundi

Ahli Puteri tak mudah terpedaya 'janji-janji manis'

Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my




Perwakilan bebas pilih calon yang mampu meneruskan kesinambungan: Noraini

DI atas kertas, dua orang kuat Puteri Umno - Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Penerangan sayap itu, Datuk Shahaniza Shamsuddin, dikatakan selesa mendahului calon lain dalam persaingan merebut jawatan Ketua Puteri Umno menjelang pemilihan dalam pergerakan itu, Rabu depan.

Namun di peringkat akar umbi kegelisahan dikatakan tetap menghantui kem kedua-dua calon pendahulu itu, apa lagi calon lain termasuk yang dikatakan calon 'under dog' pada awalnya, dikatakan semakin memberi saingan sejak kempen memasuki fasa akhir dan kini hanya berbaki empat hari saja lagi.

Selain Rosnah dan Shahaniza, dua lagi penyandang jawatan dalam Puteri Umno Pusat yang turut bertanding jawatan itu ialah Setiausaha sayap itu, Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail - dengan 'ranking' kedua-duanya dilaporkan semakin meningkat pada minggu terakhir kempen.

Lebih mengejutkan calon 'under dog' Ida Rahayu Mohd Noor yang juga Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, dikatakan turut memberi saingan sengit kepada calon senior yang lain terutama ketika pusingan kempen memasuki fasa akhir.

Kehadiran seorang lagi calon, Ketua Puteri Cawangan OUG, Saarah Ali Bashah, dikatakan sekadar pelengkap kepada enam calon yang bertanding merebut jawatan itu. Malah Saarah sendiri mengakui tidak menaruh harapan terlalu besar kerana menyedari saingan cukup sengit.

"Saingan semakin sengit terutama ketika pemilihan semakin hampir. Susah nak kata siapa 'lead' sekarang. Saya sendiri pun tak putuskan lagi nak undi siapa, yang pasti macam-macam janji ditabur calon yang bertanding, harap-harap bukan janji kosong," kata seorang perwakilan dari Wilayah Persekutuan.

Nasib enam calon Ketua Puteri bersama empat calon bagi jawatan Naib Ketua Puteri - Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Shahanim Mohamad Yusoff, Nordiana Shafie dan Haslinda Mohd Zerain akan ditentukan oleh 794 perwakilan Puteri pada 25 Mac nanti. Seorang lagi calon yang layak bertanding Naib Ketua Puteri, Wan Norashikin Wan Noordin, menarik diri daripada bertanding minggu lalu.

Bagi jawatan Ketua Puteri, Rosnah, Shahaniza, Bibi dan Ismalina masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri kerana mereka berada dalam Puteri induk sejak awal penubuhan Puteri Umno lagi, justeru akar umbi dalam Puteri semestinya sudah mengenali mereka dengan cukup dekat.

Prestasi kerja mereka sepanjang berada di bawah kepemimpinan bekas Ketua Puteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan penyandang sekarang, Datuk Noraini Ahmad, pasti akan diambil kira dan dijadikan kayu ukur kepada perwakilan dalam membuat pertimbangan pada hari pemilihan.

"Kita tahu siapa calon Ketua Puteri yang buat kerja dan siapa yang tak buat kerja selama ini. Ahli Puteri sudah semakin bijak menilai dan kita tidak akan mudah terjebak dengan 'janji-janji manis' mereka yang banyak cakap dari kerja," kata seorang perwakilan dari Sabah.

Ketika kempen memasuki minggu terakhir Rosnah dan Shahaniza sama-sama yakin penyokong mereka masih setia dan sambutan yang diberikan perwakilan dalam pertemuan dari negeri ke negeri juga dikatakan cukup memberangsangkan.

"Penyokong saya masih setia. Mereka tahu perjuangan dan aspirasi saya. Insya-Allah mereka akan menterjemahkannya kepada undi pada hari pemilihan Rabu depan," kata Rosnah.

Bagi Shahaniza yang pola pencalonannya menyaksikan beliau mendapat sokongan daripada setiap negeri, keyakinan diletakkan cukup tinggi kepada penyokongnya, apa lagi beliau dilihat sebagai calon 'favourite' untuk memenangi jawatan itu.

Bagi Bibi, dirinya wajar menjadi pilihan perwakilan kerana kelebihan yang dimilikinya tidak memegang jawatan 'ahli Yang Berhormat' atau jawatan politik lain.

"Ini akan membolehkan saya fokus sepenuhnya kepada usaha memulih dan memantapkan lagi Puteri. Dalam keadaan Umno menerima cabaran cukup hebat seperti sekarang, kita perlukan seorang pemimpin yang dapat fokus 100 peratus kepada jawatan menerajui Puteri Umno," katanya.

Ismalina yang dikatakan dibayangi kelibat suaminya, Datuk Reezal Marican yang bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda pula menganggap peluang semua calon kini semuanya sama, tanpa ada yang mendahului terlalu jauh di hadapan.

"Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada perwakilan, cuma janji saya mahu membawa keluar Puteri Umno daripada kepompong 'watak pembantu' kepada pemegang 'watak utama' dalam Umno. Saya juga mahu mengukuhkan kepemimpinan Puteri Umno di semua peringkat termasuk bahagian dan cawangan," katanya.

Namun kehadiran Ida yang menggunakan pendekatan kempen paling canggih, termasuk menggunakan slaid bagi menjelaskan manifesto 'Sejuta Puteri 2013 - Dekat Di Mata Dekat Di Hati' yang dibawanya, tetap menimbulkan bibit kebimbangan di kalangan calon lain.

Malah, Ida juga dikatakan satu-satunya calon yang mendapat sorakan dan sokongan ala 'Akademi Fantasia' dalam pertemuan dengan perwakilan di negeri tertentu, sehingga ada penyokongnya dikatakan membawa sepanduk.

Keadaan ini dikatakan menyebabkan ada calon tertentu cuba minta campur tangan bekas orang kuat Puteri bagi menyekat kemaraan Ida, termasuk dengan berjumpa orang atasan dalam parti.

Seperti sayap Wanita Umno, penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyebarkan pelbagai tohmahan dan dakwaan terhadap calon tertentu, selain cerita dari mulut ke mulut turut mewarnai kempen perebutan jawatan Ketua Puteri.

Kempen dalam Puteri juga turut diwarnai cerita mengenai 'calon klon' dan 'calon proksi', selain dakwaan berlakunya politik wang, yang belum terbukti setakat ini, malah tiada calon yang bertanding jawatan penting dalam Puteri tersenarai dalam tindakan Lembaga Disiplin petang Selasa lalu.

Shahaniza dan Bibi diuar-uarkan sebagai 'klon Aza' manakala Rosnah dan Ismalina diuar-uarkan sebagai 'klon Noraini'. Ismalina juga pada awalnya dikhabarkan sebagai proksi Noraini terutama selepas Bahagian Parit Sulong mencalonkan namanya, tetapi 'title' proksi itu dikatakan beralih arah kepada Ida Rahayu selepas Ida menawarkan diri pada saat-saat akhir.

Apapun Noraini yang diberikan doktor cuti sakit sejak 4 Mac lalu hingga 26 Mac ini, konsisten dengan pendiriannya, tidak menyokong mana-mana calon serta menyerahkan sepenuhnya kepada perwakilan untuk memutuskan siapa calon terbaik yang mereka mahu pilih.

"Saya tidak meletakkan sebarang proksi untuk bertanding kerana itu bukan cara saya. Perwakilan bebas memilih siapa calon yang mereka rasakan mampu meneruskan kesinambungan kepemimpinan dalam Puteri.

"Cuma pesan saya pilihlah calon yang bersih, ada integriti, boleh bekerja dan tidak terlalu banyak politiking. Masa depan Puteri Umno bergantung kepada pilihan yang dibuat perwakilan sendiri," katanya.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20090320015421/Article/)

Thursday, March 19, 2009

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Jawab Tuduhan

Mar 18th, 2009 | By admin | Category: Berita Utama
(Sumber :- http://umno-online.com/?p=744)

picasioncom_857b501d2082d7eed5547769116a1e45KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pelbagai persoalan dan manipulasi timbul berkaitan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO berikutan hukuman berbeza yang dijatuhkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Dalam keputusan tersebut, Datuk Seri Ali dikenakan hukuman larangan bertanding dalam pemilihan akan dating tetapi boleh hadir dan memilih sementara Khairy pula diberikan amaran.

Berikut adalah jawapan Pengerusinya, Tan Seri Tengku Ahmad Rithauddeen:

Lembaga Disiplin mengambil perhatian serius terhadap pandangan umum mengenai keputusan terhadap beberapa ahli UMNO yang didapati bersalah di bawah etika ahli UMNO. Terdapat tuduhan-tuduhan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat tidak tepat atau pun berupa konspirasi politik.

Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu ataupun ‘haersay’.

Walaupun Lembaga Disiplin bukan sebuah mahkamah undang-undang (court of law) namun asas-asas keadilan sejagat (natural justice) dan hukuman berdasarkan fakta dan keterangan sentiasa menjadi pegangan ahli-ahli Lembaga Disiplin ketika membuat sesuatu keputusan justeru tidak timbul soal pilih kasih atau konspirasi politik sepetimana yang didakwa oleh setengah-setengah pihak.

Ahli-ahli Lembaga Disiplin UMNO terdiri daripada tokoh-tokoh politik yang telah bersara dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau penglibatan di dalam apa-apa pertandingan bagi apa-apa jua jawatan di dalam parti. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat sesuatu keputusan termasuk dari pihak atasan.

Lembaga Disiplin tidak mempunyai kuasa seperti yang terdapat pada pasukan Polis dan ahli-ahli Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh memaksa saksi-saksi datang memberi keterangan.

Kerana itu kadang-kadang sesuatu kes itu tidak dapat diselesaikan secepat yang dikehendaki. Sebaliknya sekiranya sesuatu kes itu diputuskan secara tergesa-gesa tanpa bukti yang mencukupi kami akan berdepan dengan kecaman daripada ahli-ahli UMNO dan orang ramai.

Pendekatan Lembaga Disiplin sentiasa berada dalam keadaan serba-salah. “Dibuat salah, tak buat pun salah”

(Sumber :- http://umno-online.com/?p=744)

Tuesday, March 17, 2009

HASLINDA : CALON NAIB KETUA PUTERI MALAYSIA

Haslinda mahu tebus kekalahan DUN Bukit Antarabangsa

PUTRAJAYA 16 Mac - Calon Naib Ketua Puteri UMNO, Haslinda Mohd. Zerain tidak mahu kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum ke-12 lalu dijadikan ukuran prestasinya dalam sayap pergerakan parti itu.

Menurut beliau, pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO hujung Mac ini dan pilihan raya umum lalu merupakan dua senario berbeza.

Jelas Haslinda yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, semasa menjadi calon wakil rakyat, beliau di bawah bendera Barisan Nasional manakala pada pemilihan parti membawa aspirasi golongan muda yang bakal menerajui negara.

''Kekalahan saya pada pilihan raya umum lalu pun bukannya teruk, kurang 1,381 undi saja.

''Ini bermakna rakyat menerima pemimpin muda dan saya mahu meneruskan kesinambungan perjuangan saya untuk menjadikan Puteri UMNO sebuah sayap yang dihormati serta diterima golongan muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, Haslinda yang mendapat 10,350 undi tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (11,731 undi) di kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini merupakan kali pertama melibatkan perebutan jawatan Naib Ketua Puteri UMNO yang menyaksikan pertandingan lima penjuru

Mendahului pencalonan semasa pengundian peringkat Puteri bahagian sebelum ini ialah Nolee Ashilin Radzi dengan 61 pencalonan diikuti Shahanim Mohd. Yusof (45), Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (26), Nordiana Shafie (24) dan Haslinda (23).

Ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diterimanya, Haslinda memberitahu, ia tidak mencerminkan sebarang makna asalkan para perwakilan memahami apa yang cuba dibawanya demi kebaikan parti dan negara.

''Lagi pun saya tidak pernah umumkan untuk bertanding sebelum ini dan buat keputusan pada saat-saat akhir selepas mendapat sokongan akar umbi," ujarnya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm)

Monday, March 16, 2009

Dr. Wan Norashikin Wan Nordin : TARIK DIRI

Tarik diri bukan kerana desakan

IPOH 15 Mac – Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menegaskan beliau tidak didesak oleh mana-mana pihak supaya menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Sebaliknya kata beliau, keputusan nekadnya itu adalah atas dasar lebih mengutamakan kepentingan parti berbanding peribadi.

‘‘Keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Ketua dan tidak mempertahankan jawatan Exco Puteri dibuat secara sukarela tanpa desakan mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, beliau sedar kerja-kerja berkempen membantu Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil 7 April ini lebih penting berbanding kempen bertanding merebut jawatan dalam parti.

‘‘Justeru, saya sanggup berkorban untuk tidak bertanding pada pemilihan parti kerana ingin menumpukan sepenuh masa berkempen dalam pilihan raya tersebut.

Beliau berkata, hasrat untuk bertanding jika diteruskan akan menyebabkan dirinya tidak mempunyai masa untuk membantu jentera pilihan raya BN sedangkan ia merupakan keutamaan parti ketika ini.

Wan Norashikin berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan Puteri UMNO negeri.

Ketua Puteri UMNO Perak tarik diri

IPOH 13 Mac - Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Naib Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti 24 hingga 28 Mac ini.

Beliau turut menarik diri daripada mempertahankan jawatan Exco pergerakan itu.

Dr. Wan Norashikin, 36, berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana beliau ingin memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang awal bulan depan.

"Saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi parlimen berkenaan," katanya kepada Bernama.

Dr. Wan Norashikin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah berkata, beliau telah menghantar surat penarikan diri daripada bertanding kedua-dua jawatan itu kepada UMNO petang tadi.

"Saya telah membuat pengumuman berkenaan pada mesyuarat Exco Puteri UMNO sebelum menghantar surat berkenaan," katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive)

Thursday, March 12, 2009

'Tidak salah suami isteri bertanding'


PUTRAJAYA 10 Mac - ''Memang dalam rumah tangga, kami suami isteri tapi dalam politik, kami dalam kapal berlainan."

Begitulah luahan calon Ketua Puteri UMNO, Datin Ismalina Ismail yang mengakui pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) disebarkan pihak tertentu meminta perwakilan menolak pasangan suami isteri yang bertanding merebut jawatan pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Atas sebab itu, Ismalina memberitahu hari ini, beliau kini terpaksa bekerja keras meminta perwakilan Puteri agar tidak 'mengorbankan' pencalonannya hanya semata-mata dirinya isteri kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Turut bersaing dengan Ismalina bagi jawatan Ketua Puteri ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, Datuk Shahaniza Samsudin, Saarah Ali Bashah dan Ida Rahayu Md. Noor.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0311&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive)

Tuesday, March 10, 2009

Soal Jawab: PENGALAMAN, WAWASAN TARUHAN PERSAINGAN KETUA PUTERI UMNO


(Sumber :- Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000429/Article/)

PERWAKILAN Puteri Umno berdepan tugas penting memilih ketua baru pergerakan itu pada pemilihan ini. Siapakah yang bakal menjadi pilihan, antara yang berpengalaman atau berwawasan? Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin dan Rohaniza Idris, menemui tiga lagi calon iaitu Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid; Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail dan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Seksyen 20 Selatan Petaling Jaya Utara, Ida Rahayu Md Noor

MENGAPA mahu bertanding jawatan Ketua Puteri?

Bibi Sharliza:

Pertama, kerana minat saya yang mendalam terhadap politik. Minat itu saya jadikan semangat untuk saya perjuangkan pergerakan Puteri Umno ini. Kedua, selaku Setiausaha Puteri dan berpengalaman sebagai Ketua Penerangan, Ketua Puteri Negeri Sembilan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, saya ada sedikit kelebihan. Melalui pengalaman ini saya rasa nak buat kesinambungan untuk terajui pergerakan ini.

Ismalina:


Sebab saya sayangkan Puteri. Saya mendapat kekuatan menawarkan diri bertanding sejak 2007, apabila berasa berupaya mengendalikan program dan pelbagai tanggungjawab di bahagian dan parti. Saya juga mendapat maklum balas positif ketika turun padang. Semua ini memberi keyakinan dan kekuatan untuk bertanding.

Saya percaya boleh membawa Puteri ke arah kejayaan dan menjadi lebih baik. Jawatan ini satu tugas berat kerana perlu mengetuai ahli yang ramai. Keahlian bukan perkara mudah kerana Puteri sedikit berbeza. Setiap tahun, Puteri kehilangan minimum 5,000 ahlinya yang menyertai Wanita. Untuk menambah ahli Puteri bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi jika mahukan ahli yang berkualiti dan bukan golongan mengharapkan ganjaran.

Kita perlukan ahli yang punya jati diri, faham perjuangan dan hala tuju parti. Saya tahu ada pihak memainkan isu mengenai suami yang juga calon Naib Ketua Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan saya bertanding jawatan dalam pemilihan kali ini. Saya dan suami sangat profesional dan kerja kami dalam parti tidak pernah bertindih.

Pembabitan saya dalam Puteri Umno Wilayah pada 2001 lebih awal berbanding suami dalam Pemuda. Kami juga tidak pernah berkongsi maklumat mengenai pergerakan masing-masing. Saya hendak dikenali dan berdiri atas kredibiliti sendiri. Kalau Puteri melihat saya seorang pemimpin berkaliber, jadi mengapa perlu dikorbankan satu lagi pemimpin wanita muda Melayu berkebolehan hanya kerana statusnya. Suami tidak pernah mempengaruhi saya untuk bertanding.

Ida Rahayu:

Saya menjadi ahli Puteri sejak awal dan ahli Umno seumur hidup yang disahkan pada 2002. Saya pernah menjadi Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Ketua Puteri Cawangan, AJK Umno Bahagian Petaling Jaya Utara dan kini Pengerusi Tetap Umno Cawangan Seksyen 20 Selatan Petaling Jaya Utara.

Saya sudah biasa dengan Umno, sebagai pekerja membantu kawan-kawan dalam program Puteri peringkat bahagian dan Pusat. Selepas kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, saya sebagai sebahagian jentera, sedih kerana parti ini dan BN sudah banyak berjasa. Saya cuma menunggu dan fikir apa boleh dibuat bagi membantu keadaan.

Bagi saya, Umno tidak bangkit dengan segera daripada kekalahan. Seperti saya yang berpengalaman jadi usahawan, bila jatuh kita mesti segera bangun dan rangka rancangan seterusnya. Bila Umno berdepan kesusahan, saya terpanggil untuk memberi sumbangan. Ini tanggungjawab kenegaraan saya untuk berkhidmat kepada Umno. Saya mahu beri bantuan secara langsung dan ada perancangan untuk Puteri.

Saya menawarkan diri atas kerelaan sendiri, bukan dipaksa sesiapa pun. Saya juga berasal daripada keluarga Umno. Ayah saya pernah menjadi Ketua Bahagian dan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno serta bekas Adun Johor. Saya sudah biasa tengok ayah berkhidmat kepada orang kampung di kawasannya.

Bagaimana anda melihat peluang kemenangan memandangkan persaingan sengit?


Bibi Sharliza:


Dalam pemilihan sudah tentu ada kalah dan menang. Sebagai calon, saya memandang ini satu persaingan sengit dari segi ramai saja. Kalau dilihat faktor kepemimpinan, kredibiliti dan pengalaman, saya rasa semua ada kelebihan masing-masing. Jadi macam mana cara calon memikat hati perwakilan.

Kita meyakinkan perwakilan jika dipilih, apa boleh ditawarkan. Sengit atau tidak, ia adat bertanding. Peluang saya tetap ada selagi belum sampai tarikh pemilihan. Saya akan teruskan pertemuan dengan perwakilan dan kempen, selagi mampu. Ini disebabkan saya juga bertugas sebagai Setiausaha, perlu buat persiapan bagi Perhimpunan Agung Umno dan pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Saya akui memang sibuk, tetapi sebagai pemimpin kita perlu kendali masa. Cuma saya ada kelebihan kerana bukan Yang Berhormat yang perlu menumpukan sepenuh masa di kawasan.

Tumpuan saya kini lebih kepada Puteri. Keadaan politik semasa, banyak yang kita perlu buat untuk Umno, termasuk bersama Presiden dan Timbalan Presiden serta berdepan pilihan raya kecil yang ada. Puteri perlu bergerak mencari dan mengekalkan ahli, mengadakan program sesuai untuk wanita muda Melayu. Perwakilan tahu siapa yang boleh memberi tumpuan kepada Puteri.

Ismalina:


Saya positif dengan peluang memenangi jawatan ini. Melihat kepada senario sekarang, ahli Puteri Umno sudah matang dan bijak, bukannya masih tercari-cari arah tuju dalam parti. Puteri sudah mengetahui hala tuju dan saya rasa peluang untuk menang tidak tipis. Saya ada kekuatan sendiri dan konsisten, malah komitmen saya tidak berbelah bahagi.

Saya sayangkan Puteri. Prinsip saya, apabila diberi amanah, akan memberikan komitmen dan kerja sepenuhnya. Saya selalu buat perkara sehingga ke maksimum dan tidak pegang jawatan sekadar ada gelaran atau pegang jawatan saja. Saya sudah buktikan selama empat tahun menjadi Exco Puteri, saya bekerja untuk parti bukannya menang bertanding dan duduk senyap saja. Sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Wangsa Maju saya tetapkan minimum satu program sebulan. Program yang dilakukan tidak dikongsi dengan Umno Bahagian atau mana-mana sayap Bahagian lain. Program yang saya buat khusus untuk Puteri Umno Bahagian. Saya percaya 760 perwakilan Puteri yang akan bersidang nanti bukan hanya mewakili diri sendiri tetapi membawa suara ahli dari seluruh negara.

Ida Rahayu:


Saya calon dari bawah. Ahli biasa yang tidak pegang jawatan di peringkat Pusat. Saya menyedari hakikat itu dan sebaik pencalonan diterima, saya letakkan misi untuk berjumpa seramai mungkin perwakilan, terangkan perancangan saya. Mereka tidak dapat melihat apa saya lakukan sebelum ini kerana saya bukan pemimpin Pusat. Calon lain sudah ada rekod masing-masing.

Apa yang saya bawa, adalah apa yang saya akan dan mahu lakukan untuk masa depan Puteri. Sebab kita sekarang nak cipta sejarah baru. Saya bukan orang yang menubuhkan Puteri atau kumpulan perintis, tapi saya tahu apa yang saya mahukan untuk ahli Puteri pada masa depan. Apa yang kurang, kita kuatkan lagi dengan perancangan jelas dan tepat. Bila berjumpa akar umbi, saya terkejut dengan sambutan diterima. Saya berjumpa mereka secara berseorangan. Mereka bertanyakan pelbagai soalan. Sebelum ini, apa Ketua cakap, mereka ikut tapi zaman sekarang Ketua cakap lain, tapi mereka soal lain sebab ada pandangan berbeza. Saya dapati ahli Puteri kita sememangnya sedia berkhidmat dan sertai perancangan saya.

Kira-kira 70 peratus ahli yang saya temui memang positif dengan apa yang saya nak bawa walaupun saya tiada rekod perkhidmatan di peringkat Pusat. Mereka tahu dan percaya dengan apa yang saya mahukan. Perwakilan sangat matang dan positif dengan perancangan saya. Tetapi untuk kata saya akan menang, itu ketentuan Allah.

Apakah ciri seorang Ketua Puteri pada pandangan anda?


Bibi Sharliza:


Bagi saya yang pertama, mesti berani perjuangkan kehendak wanita muda Melayu. Kita juga mesti berani berbalah dengan pembangkang. Kita kena ingat, Puteri adalah parti politik, bukannya badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan kelab wanita. Kita perlu bersama-sama pucuk pimpinan. Ciri-ciri kepemimpinan ini penting. Kalau tidak tahu dan sekadar mahu duduk di belakang Presiden dan Timbalannya, saya rasa itu bukan ciri kepemimpinan yang baik.

Ciri kedua, mesti ada pengalaman kerana ini politik, tiada garis panduan dalam buku. Ia subjektif dan hari-hari berubah. Ini yang berlaku pada pilihan raya umum lalu. Sebab itu pengalaman mesti ada untuk mentadbir pergerakan. Kalau tiada pengalaman, bukan saya kata tidak boleh memimpin, tetapi ada sedikit kesukaran. Memimpin satu pergerakan yang berusia tujuh tahun bukan mudah.

Ciri ketiga, mesti ada daya penarik atau tarikan untuk menarik golongan muda dan bersama mereka. Daya penarik mungkin dari segi pendidikan dan ketrampilan untuk terajui pergerakan. Orang muda ada cita rasa berbeza. Saya sudah tujuh tahun dalam Puteri dan tahu mengenainya. Kita kena ikut rentak orang muda. Kita mesti ada hala tuju selari dengan generasi muda hari ini. Jika tidak, kita tidak boleh memimpin dengan baik. Untuk dekati mereka, kita perlu jadi orang muda. Jika jadi Ketua Puteri, saya akan tumpukan kepada mereka berusia bawah 40 tahun supaya perjuangan lebih fokus.

Ismalina:


Seorang Ketua Puteri perlu ada misi dan visi yang jelas. Fokus dengan apa yang harus dilakukan, mempunyai komitmen tinggi dan konsisten memperjuangkan apa hendak dibawa. Pemimpin juga perlu serius. Jika tidak serius, kemungkinan orang itu akan hilang fokus dan kurang berfungsi. Saya bermula sebagai Exco Puteri dan pada 2004 bertukar kepada Biro Antarabangsa.

Saya sudah tahu apa yang bakal dilaksanakan dan sudah ada perancangan. Saya nak menang bergaya bermaksud bukan hanya sibuk berkempen ketika musim pemilihan tetapi sentiasa dilihat dan diketahui wujud. Saya tidak mahu menjadi pemimpin yang tidak dikenali. Ketua Puteri bukan hanya menjadi pemimpin untuk ahli tetapi ketua kepada wanita muda Melayu. Misi saya melahirkan generasi muda yang seimbang. Selepas lapan tahun, Puteri sudah buktikan kewujudan dan kerja kerasnya terutama dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Bagaimanapun, masih ramai ahli yang belum diperkasakan dan kebanyakannya mengharapkan pemimpin peringkat bahagian saja manakala ahli tidak cukup kuat menyokong Ketua mereka.

Saya melihat, kita bukan hanya memperkasakan Ketua Puteri Bahagian tetapi Ketua Puteri Cawangan dan ahli Puteri seluruhnya. Saya mahu melahirkan ikon di peringkat bahagian. Bermakna, kita lahirkan lebih ramai pemimpin dan tidak lagi wujud situasi ketandusan pemimpin. Kepemimpinan amat penting jadi pemimpin perlu menjadi ketua yang pendapatnya didengari, boleh bersuara, berilmu, ekonomi stabil dan sahsiah sosial yang baik. Puteri Umno bukan hanya menjadi cantik, tetapi cantik dengan kebijaksanaan.

Ida Rahayu:


Sebagai pemimpin, kita tidak boleh kata tidak mahu melihat sejarah perjuangan pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Datuk Onn Jaafar. Kita bersyukur dengan jasa mereka menubuhkan Umno dan berjuang mendapatkan kemerdekaan. Tetapi sekarang kita mesti fikir apa yang boleh kita sumbangkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad misalnya, bukan perintis Umno, bukan pejuang zaman Datuk Onn Jaafar tetapi apa yang beliau buat selama 22 tahun sebagai Presiden dan berjaya melakukan apa kita nikmati sekarang. Saya bukanlah orang yang menubuhkan Puteri tetapi ada perancangan sendiri iaitu mengangkat Puteri ke tahap cemerlang apabila memimpin.

Ketua perlu ada tiga ciri utama iaitu berpandangan jauh, perancangan yang jelas serta tepat dan utamakan kepentingan rakyat, bukan diri dan poket kita mahu pun pemimpin atasan. Pemimpin yang baik bukan fikir hari ini untuk pastikan apa perlu dibuat esok. Mereka perlu fikir hari ini dan kesannya 10 tahun akan datang. Kita perlu ingat, ini soal negara dan 26 juta rakyat. Sebagai pemimpin, kita tidak boleh beri alasan, oh maaf, saya terlupa. Sebab itulah saya buat manifesto dan biarpun selepas selesai tempoh memimpin, pelan itu boleh disambung pemimpin berikutnya.

Pelan tindakan tersusun perlu wujud dari sekarang. Bukannya bila menang baru hendak fikir. Sekarang cuma fikir nak menang dulu dan fikir rancang kemudian. Ini tidak betul kerana lambat.

Apa yang boleh ditawarkan jika dipilih sebagai Ketua Puteri?


Bibi Sharliza:


Puteri Umno perlu lihat asas penubuhannya iaitu yang pertama, menarik wanita Melayu muda masuk dan cintai Umno. Perjuangan Umno dulu pun, ramai orang muda tak tahu. Sebab itu ada yang terkeliru dalam pilihan raya lalu.

Perkara pertama saya mahu lakukan adalah memantapkan Puteri dengan memberi pengetahuan dari segi perjuangan kepada ahli. Ini disebabkan 70 peratus adalah Ketua Puteri Bahagian yang baru. Kita tak nak pemimpin atasan saja hebat, tetapi pemimpin akar umbi tak tahu apa-apa. Jadi saya rasa, saya sudah tujuh tahun dalam Puteri, saya tahu macam mana nak gerakkan dan stabilkan Puteri untuk berdepan pilihan raya kecil atau umum.

Saya mesti fokuskan gerakan untuk meyakinkan BN dan Umno yang generasi muda ini sebenarnya menyintai Umno. Puteri adalah relevan kerana Puteri suara orang muda. Ini menerusi program seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan usahawan. Ini perlu diyakinkan. Jika tidak, andai berlaku lagi kesilapan dalam pilihan raya akan datang, orang akan salahkan golongan muda. Ini saya tawarkan kerana Puteri ini mudah ditadbir. Sebagai orang baru dalam Umno, beliau cuma mahu tahu apa Umno buat sebelum ini dan apa yang boleh diperjuangkan untuk masa depan.

Saya dan kumpulan pelapis pergerakan seperti Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan rakan lain, berkorban untuk Puteri. Saya tinggalkan profesion sebagai ahli perniagaan, berkorban untuk bangunkan Puteri. Kami mahu buktikan kepada orang muda yang Umno boleh berikan segala-galanya kepada mereka. Seperti kata Datuk Azalina, Puteri ada acuannya sendiri tetapi tak boleh lari dengan matlamat Presiden dan Timbalan. Kita ada perlembagaan dan peraturan.

Ida Rahayu:


Seramai 70-80 peratus perwakilan sudah terima manifesto saya. Wawasan utama adalah meningkatkan keahlian Puteri Umno kepada sejuta ahli menjelang 2013 dengan slogan Dekat Di Mata, Dekat Di Hati. Saya juga mahu tubuhkan Koperasi Perdagangan Puteri untuk ahli berniaga dan melabur dan mewujudkan Yayasan Kepemimpinan Puteri untuk melatih ahli menjadi pemimpin pelapis terajui negara. Selain itu, saya mahu lahirkan 191 usahawan di seluruh negara � Satu Bahagian, Satu Usahawan dengan mewujudkan kafe seragam dikenali Puteri Place seperti rangkaian restoran terkemuka lain.

Orang muda bukan jenis ke pejabat Umno bahagian... rasmi sangat. Untuk tarik mereka kita perlu sediakan tempat. Lama-lama rapat dengan Puteri dan yang sering lepak di situ termasuk barisan pemimpin Puteri itu sendiri. Puteri Place juga bolehkan masyarakat setempat seperti pelajar IPT buat persembahan atau aktiviti demonstrasi anyaman dan kegiatan ekonomi lain.

Bagi keahlian pula, kita ada 26 juta penduduk dan 40 peratus wanita muda, termasuk wanita Melayu. Jika kita akui Puteri suara wanita muda, kenapa cuma ada 200,000 ahli? Ahli perlu ditambah kerana keahlian itu mencerminkan pergerakan. Pada saya sejuta itu mewakili 10 peratus daripada keseluruhan wanita muda. Untuk dapatkan sejuta ahli, kita ada 26 bahagian dan dalam masa setahun satu negeri menyaksikan peningkatan 20,000 ahli. Jika ada 26 Bahagian, satu negeri peningkatan tak sampai 1,000 setahun. Ini logik, cuma usaha untuk melaksanakan. Pergerakan ini perlu ada ramai ahli supaya yang lain boleh nampak dan barulah Umno akan dengar apa kita nak kata, bukan nak bubarkan kita.

Tidakkah faktor usia yang menghampiri 40 tahun membataskan peranan sebagai Ketua Puteri?


Bibi Sharliza:


Saya pernah kemukakan perkara ini kepada salah seorang ahli Majlis Tertinggi (MT). Beliau berkata, bagaimana kita nak buka Puteri kepada yang berusia 60 tahun? Ini fakta. Umur matang wanita adalah 35 tahun. Jadi sesuai untuk jadi Ketua Puteri Bahagian. Sebab itu bila ada Wanita kata Puteri tidak matang, saya rasa itu tidak betul. Saya sendiri berusia 38 tahun dan ada empat anak. Jadi tidak matang itu di mana? Adakah hanya kerana kami pakai baju warna merah jambu? Usia 40 tahun itu sesuai kerana jika kita buka had usia Ketua Puteri, ia tidak relevan kerana usia sudah melebihi Wanita. Takkanlah usia 50 tahun nak dipanggil sebagai Puteri. Sebab itulah, ketrampilan itu penting untuk tarik generasi muda. Sebab itulah asas penubuhan Puteri. Faham sajalah kalau disebut wanita muda Melayu, ia merujuk mereka berusia maksimum 40 tahun. Bagi saya, jika terpilih, saya akan minta parti supaya pastikan mereka berusia 18 tahun dan mendaftar sebagai ahli Umno, secara automatik jadi ahli Puteri. Sebab Puteri perlu dijadikan asas melatih. Sekarang ini mereka ada pilihan antara menyertai Wanita atau Puteri. Tak sesuailah yang muda nak bergerak dengan Wanita. Sekarang pun had usia 18 - 40 tahun itu pun ada kekangan. Di bahagian saya sendiri, ibu dan anak jadi ahli Puteri serentak sebab beliau berkahwin pada usia muda. Faktor usia bukan isu besar.

Ismalina:


Seeloknya, ahli Puteri bermula dari awal. Pada usia 18 hingga 25 tahun, kebanyakannya masih melanjutkan pelajaran dan masa ini sesuai diterapkan kemahiran yang dapat membantu mereka. Apabila masuk 25 tahun hingga 30 tahun, mereka didedahkan dengan ilmu kepemimpinan supaya tidak timbul isu menjadi Ketua Bahagian ketika umur 35 tahun. Pada saya, kematangan dan kepemimpinan tidak bergantung pada umur tetapi ilmu.

Perjuangan tidak mengukur umur dan tempoh perkhidmatan. Kalau anda boleh melaksanakan apa yang dirancangkan dalam tempoh ditetapkan, seseorang itu adalah pemimpin sebenar. Saya akui masa yang ada untuk saya berkhidmat dalam Puteri jika terpilih sebagai ketua, terhad iaitu satu penggal saja. Jadi, jika menang saya perlu segera bekerja dan mencapai misi dan visi sebelum tempoh masa tamat. Buat masa sekarang, sudah ada usaha supaya keahlian wanita muda Melayu di bawah 35 tahun, secara automatik masuk Puteri. Apabila ini dapat diselesaikan tidak mustahil pada masa depan, usia ahli Puteri Umno biasa, dianjakkan ke 40 tahun seperti Pemuda. Ini boleh mengelakkan kekeliruan.

Ida Rahayu:


Ramai perwakilan suarakan rasa tidak puas hati dengan faktor ini. Had usia 35 tahun itu terlalu singkat untuk belajar dan menimba pengalaman sewajarnya sebelum melangkah ke dalam pergerakan Wanita. Sewaktu usia 20-an, mereka terpaksa berdepan masalah seperti rumah tangga, hal anak-anak, jadi tak bersedia memimpin. Bila usia 32 tahun untuk memimpin, tiga tahun kemudian tempoh habis dan kena masuk Wanita. Ini masalahnya. Bukannya mereka mahu jawatan, tetapi bagi peluang kepada mereka. Ramai minta supaya had umur 35 tahun dilanjutkan lagi. Ketua Puteri saja sampai 40 tahun. Sekarang biar samakan had usia ahli dan ketua. Ini agak aneh kerana Wanita dan Pemuda tiada had umur. Saya akan cuba perjuangkan jika diberi mandat memimpin Puteri.

Sunday, March 8, 2009

KARENAH PERWAKILAN UMNO

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)

KIRA-kira 12 bulan lalu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, Barisan Nasional (BN) hampir kehilangan kuasa di Parlimen, jumlah kerusi yang diperolehi berbanding pilihan raya umum 2004 jauh merundum. BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tamparan lebih hebat dirasai oleh UMNO sebagai tulang belakang BN, apabila mereka bukan sahaja kehilangan 30 kerusi di Parlimen malah turut tersungkur di Kedah, Perak dan Selangor manakala di Kelantan pula pemimpin-pemimpin negeri itu seolah-olah terus rela menjadi pembangkang sejak tahun 1990.

Prestasi buruk UMNO ini berterusan apabila dalam dua pilihan raya kecil selepas itu di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, calon parti itu tewas. Kekalahan di Kuala Terengganu mengurangkan kerusi UMNO di Parlimen daripada 79 kerusi kepada 78 kerusi. Berikutan kedudukan UMNO yang dilihat semakin lemah, ia telah memungkinkan senario politik negara berubah. Segala hal berkaitan dengan orang Melayu mula dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya, manakala kaum-kaum tertentu terus menunjukkan keberanian dan membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Sebelum 2008, tiada siapa berani menganggu gugat institusi berkaitan dengan orang Melayu kerana mereka tahu jika itu dilakukan bermakna mereka ‘berperang’ dengan UMNO. Tetapi sekarang UMNO tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti yang digeruni sebaliknya sebuah parti yang lemah dan penuh dengan masalah. Oleh itu pihak-pihak tertentu terutama barisan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas mengambil kesempatan untuk memperlekehkan UMNO. Mereka menggambarkan UMNO sebagai parti penuh dengan amalan politik wang, diselimuti penyalahgunaan kuasa dan pelbagai sikap negatif lain. Apa yang dikatakan pembangkang seolah-olah ‘disahkan’ oleh ahli-ahli UMNO sendiri apabila dalam pemilihan bahagian lalu, politik wang terus bermaharajalela, lanjutan itu UMNO sebuah parti yang ditubuhkan atas titisan darah dan keringat pejuang kemerdekaan dan menjadi tonggak kekuatan orang Melayu terus dihina.

Persoalannya, apakah sudah timbul perasaan insaf di kalangan ahli UMNO bahawa parti mereka kini berada di landasan menuju ‘ke kuburan’ kalau mereka tidak melakukan sesuatu dalam pemilihan parti pada 24 hingga 28 Mac nanti. Sepatutnya, pemilihan berkenaan dijadikan platform untuk mengangkat kembali martabat dan maruah UMNO dengan membariskan barisan kepimpinan yang benar-benar mantap dan diterima oleh rakyat.

Berdasarkan tinjauan dan pertemuan dengan sebahagian calon yang bertanding, mereka melahirkan kekesalan kerana terdapat sebahagian besar perwakilan mahu dilayan bagaikan raja. Mereka masih meletakkan materialistik sebagai penentu sama ada seseorang pemimpin itu akan dipilih atau tidak. Undi kepada pemimpin yang menjadi calon bukan akan dibuat berdasarkan kepada track record, kemampuan atau kepercayaan bahawa pemimpin berkenaan mampu melaksanakan amanah untuk bangsa, agama dan negara sebaliknya berapa banyak pemimpin itu boleh ‘hulurkan’.

Kesudahannya wujudlah istilah salam kosong, salam ada, tepuk atas, tepuk bawah, angguk di depan, geleng di belakang. Mungkin apa yang dipaparkan ini dianggap membuka pekung di dada dan mampu memalukan UMNO tetapi inilah hakikatnya.

Apa yang mengecewakan, akibat hendak bertanding juga ada sesetengah menteri menganggap mereka seolah-olah menjadi orang bodoh yang terpaksa mengikut sahaja apa kata perwakilan kerana bimbang akan kehilangan sokongan.

Ini belum lagi mengambil kira, majlis memperkenalkan calon yang dianggap oleh salah seorang pemimpin kanan UMNO ibarat ‘pertandingan ratu cantik’ cuma bezanya tiada nombor dilekatkan pada tubuh calon.

‘‘Suruh duduk, duduk, suruh berdiri, berdiri, sampai lewat kena marah, tak jawab telefon kena ugut tak bagi undi, tak jawab SMS hilang undi, semua permohonan kena lulus,” inilah antara keluhan yang disampaikan oleh beberapa calon kepada penulis. Kesudahannya calon-calon yang bertanding termasuklah para menteri tidak ada kerja lain sehingga menanti hari pemilihan, selain melayan kerenah sesetengah perwakilan yang cukup membosan dan memualkan.

Malah ada sesetengah perwakilan secara terang-terangan memberi ‘ugutan’ tidak akan mengundi pemimpin tertentu kalau mereka tidak diberi imbuhan.

Kata-kata seperti, ‘‘kamu cakap sama kamu punya bos kalau tak bagi (wang), kami akan ‘mandikan’ dia dalam pemilihan nanti.” seolah-olah sudah sinonim setiap kali pemilihan berlaku.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan seolah-olah apa yang berlaku kepada UMNO dalam pilihan raya umum lalu dan nasihat betapa pentingnya pemilihan kali ini demi memastikan survival parti itu dan orang Melayu ibarat mencurah garam ke dalam laut.

Ia tidak membawa apa-apa makna. Sebahagian besar perwakilan masih menganggap pemilihan kali ini tetap ‘lubuk’ untuk mereka mengaut keuntungan. Perwakilan yang bersikap seumpama ini hakikatnya sanggup menggadaikan maruah diri dan masa depan parti semata-mata untuk mengaut keuntungan sementara.

Mengulas perkara ini, Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perwakilan perlu rasional dalam membuat pemilihan dan tidak terpengaruh dengan pujuk rayu calon-calon yang menawarkan wang.

‘‘Nilai kertas undi yang mereka miliki itu tidak ada galang gantinya dengan nasib masa depan orang Melayu dan UMNO yang bakal ditentukan dalam pemilihan ini,’’ katanya ketika dihubungi.

Hakikatnya akibat daripada kegelojohan dan mengikut nafsu serakah dalam menggadaikan sehelai kertas undi oleh sesetengah perwakilan, ia memberi laluan kepada sesetengah calon yang suka bermain politik wang untuk meneruskan perbuatan buruk itu. Justeru wujudlah ranking-ranking kedudukan calon-calon yang ada antaranya boleh dianggap tidak masuk akal. Apabila ditanya bagaimana mungkin ranking seumpama itu berlaku sedangkan pemimpin yang diletakkan dalam ranking ‘terbaik’ bagi jawatan-jawatan tertentu tidaklah begitu berupaya memperkukuhkan UMNO, jawapan yang diberikan sudah jelas, ‘rajin menabur’. Jika fenomena ini berterusan sehingga hari pemilihan dan tiada usaha tegas dilakukan bagi menghalang ia bermaharajalela, percayalah UMNO akan membariskan satu barisan kepimpinan yang hanya akan menang dalam parti tetapi kalah dalam pilihan raya.

Oleh itu atas dasar untuk menyelamatkan UMNO, parti itu tidak boleh teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas perwakilan yang sanggup menjual undi demi wang dan pemimpin yang rela menggunakan wang untuk memperoleh kuasa. Kedua-dua kelompok ini ibarat virus yang cukup berbahaya kepada UMNO. Mereka adalah barah yang sukar diubati dan jika dibiarkan satu hari kelak akan menggadaikan parti dan bangsa Melayu. Sesetengah perwakilan tidak pernah menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu jenayah, sebaliknya mereka menganggap inilah politik. Kelompok seperti ini sebenarnya ‘lebih jahat dan lebih hina’ daripada barisan pembangkang yang berusaha menjatuhkan UMNO. Jika pembangkang, tugas UMNO adalah mudah untuk mematahkan sebarang usaha mereka tetapi bagaimana kalau usaha tersebut dilakukan oleh perwakilan UMNO sendiri yang boleh diibaratkan seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Mungkin kenyataan ini menyinggung perasaan tetapi inilah hakikatnya, kalau perwakilan UMNO yang mengamalkan politik wang ini tidak mahu dianggap demikian maka mereka juga tidak harus terlibat dengan mana-mana pemimpin yang mengamalkan perbuatan yang dilarang oleh Islam itu. Pemimpin yang mengamalkan politik wang ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak yakin kepada diri sendiri dan lupa kepada Qada dan Qadar Tuhan. Mereka lupa biarpun sejauh manapun perancangan yang dilakukan termasuklah menabur wang berjuta-juta ringgit bagi memperolehi jawatan yang diinginkan tetapi kalau Allah sudah menentukan tempat itu bukan hak mereka, maka impian mereka tidak akan menjadi kenyataan.

Sejarah UMNO sudah membuktikan bagaimana pemimpin yang naik melalui cara tidak betul ini dan tidak mempunyai kemampuan akhirnya kehilangan juga jawatan biarpun sudah berada dalam genggaman.

Oleh itu adalah lebih baik jika perwakilan memilih pemimpin yang bersih dan berwibawa menerajui UMNO kerana pemilihan kali ini adalah penentu kepada hala tuju UMNO selepas ini. Pemimpin yang dipilih perlu berdasarkan kepada track record perkhidmatan dalam parti dan kerajaan atau dari segi kewibawaan bukannya persepsi. Para perwakilan perlu melangkah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai pejuang Melayu yang akan memperkukuhkan kembali UMNO dengan memilih pemimpin yang betul dan bukannya sebagai salah seorang penerima rasuah yang datang untuk menjual undinya. Mungkin mereka akan kembali ke negeri-negeri masing-masing selepas pengundian dengan gembira kerana telah mengundi pemimpin yang memberi habuan tetapi percayalah suatu hari kelak mereka akan menangis akibat perbuatan itu. Kalau mereka sayangkan UMNO, mereka akan menolak pemimpin yang memberikan mereka wang, mungkin pemimpin itu akan kalah tetapi ia lebih baik daripada mereka akan disifatkan menggadaikan masa depan parti dan orang Melayu.

Kini tanggungjawab utama perwakilan ialah memastikan barisan kepimpinan yang dipilih akan berupaya bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui UMNO kembali mencatat kegemilangan dan kecemerlangan. UMNO memerlukan barisan pemimpin yang akan mampu menggalas tanggungjawab besar menguruskan parti dan negara. Keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada UMNO harus dipulihkan, itulah misi utama para perwakilan bukannya menghitung berapa banyak yang boleh mereka kaut hasil daripada kedangkalan sesetengah pemimpin yang sanggup memberikan wang dengan harapan untuk memperolehi undi. Hakikatnya, rakyat terutama orang Melayu sudah tahu siapa yang sepatutnya dibariskan dalam saf kepimpinan UMNO kali ini tetapi rakyat tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa mengundi ada kepada 2,500 perwakilan UMNO. Tetapi rakyat tahu bagaimana hendak menolak pemimpin UMNO yang tidak berwibawa tersebut melalui pilihan raya.

Dalam membuat keputusan yang betul, ingatlah sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, ‘‘Apabila amanah diberikan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya.”

Saturday, March 7, 2009

Taklimat Dan ‘Dry-Run’ Sistem Pengiraan Undi Pemilihan UMNO

dry-runKUALA LUMPUR, 6 Mac – Ibu Pejabat UMNO akan mengadakan majlis taklimat dan ‘dry-run’ sistem pengiraan undi sebagai persediaan agar majlis pemilihan parti yang akan berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO berjalan dengan lancar dan teratur.

Majlis tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 13 Mac hadapan (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)dengan dihadiri oleh semua wakil-wakil calon untuk jawatan yang dipertandingkan termasuklah Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Sesi taklimat yang akan bermula pada pukul 10.30 pagi tersebut akan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Samsudin Osman.

Sehubungan itu, Ibu Pejabat turut mengesahkan bahawa persiapan menjelangnya Perhimpuan Agung UMNO 2008 yang dijadualkan akan berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 Mac dibuat serentak dengan persediaan bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil.

Berkaitan dengan Perhimpunan Agung yang tertangguh sebelum ini, persediaan rapi dilakukan untuk memastikan tidak berlaku sebarang kerumitan berikutan tahun ini juga adalah tahun pemilihan yang akan menyaksikan pertandingan jawatan bagi mengisi Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang bulan lalu bersetuju untuk memendekkan tempoh Perhimpunan Agung UMNO 2008 dengan memanjangkan tempoh perbahasan hingga ke waktu malam pada 27 Mac.

Sementara pada 26 Mac 2009 Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008 akan berlangsung diikuti dengan proses pengundian untuk pemilihan UMNO peringkat pusat dan seterusnya akan diadakan majlis jamuan makan malam “Jasamu Dikenang”.

Perubahan dilakukan pada 27 Mac apabila perbahasan para perwakilan buat pertama kalinya akan berlangsung hingga ke sebelah malam dan dijangka berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Oleh yang demikian, ucapan penggulungan dan penangguhan akan dilakukan pada 28 Mac dan dijangka akan berakhir lebih awal iaitu sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pemendekan masa ini dibuat bagi membolehkan ahli-ahli UMNO turun padang pada hari penamaan calon yang jatuh pada 29 Mac 2009 iaitu sehari lepas Perhimpunan Agung UMNO.

Berhubung dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung sejurus selesainya Perhimpunan Agung UMNO, beberapa pandangan telah diberikan oleh ketua-ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk pertimbangan bagi sebarang kemungkinan.

Dalam masa yang sama, pemilihan calon akan dibuat awal agar tidak berlaku sebarang kerumitan memandangkan masa yang suntuk apabila pilihan raya tersebut akan dibuat selepas persidangan UMNO.

Justeru itu, agihan tugas kepada jentera pilihan raya juga telah dijalankan dengan amanah dan tnggungjawab yang mantap bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN).

Dalam hal ini, Ibu Pejabat telah mengambil beberapa pendekatan melalui perancangan yang teratur dan teliti agar kesinambungan pentadbiran BN tetap utuh dan menjadi warisan kepada generasi muda.

(Sumber :- Mar 6th, 2009 | By Ropikah Ahmad | Category: Berita Utama, http://umno-online.com/?p=489)

Calon Pemilihan UMNO Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Menjelangnya Pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada 27 Mac nanti, dua orang calon Majlis Tertinggi (MT) menarik diri sementara seorang dari Exco Pergerakan Puteri UMNO.

Calon yang menarik diri untuk bertanding dalam jawatan ahli MT ialah Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang) berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya menjadikan jumlah calon yang akan bertanding dalam jawatan tersebut seramai 50 orang.

Sebelum ini, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman (Selayang) telah mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO berikutan tumpuannya terarah sebagai Penasihat kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Dengan penarikan diri Ahmad Bhari, anggota Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kini menjadi calon tunggal bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Untuk mengisi jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO pula, Shahanim Mohd Yusof (Sungai Petani) turut memaklumkan menarik diri bagi bertanding dalam jawatan ahli jawatankuasanya tetapi masih kekal untuk bertanding dalam jawatan Naib Ketua pergerakan tersebut.

Sehubungan itu, calon-calon yang bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO ini masih boleh menarik diri dari persaingan dan mereka yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan perkara tersebut kepada ibu pejabat parti.

(Sumber :- Mar 6th, 2009 | By Ropikah Ahmad | Category: Berita Pilihan, http://umno-online.com/?p=505)

Friday, March 6, 2009

KEMPEN...JANGAN TAK KEMPEN!!..

Pemilihan bagi sayap Puteri UMNO Malaysia semakin hampir. Kalau dihitung daripada hari ini, hanya tinggal kurang daripada 20 hari saja lagi. Kempen pun semakin panas dan hangat...!!!

Bagi Puteri Labuan, keempat-empat calon teratas ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Mereka berempat inilah yang bertanggungjawab ketika sayap Puteri UMNO ini dalam status penaja lagi. Keempat-empat mereka inilah yang bekerja kuat semasa penubuhan Puteri 8 tahun lalu. Namun begitu, Puteri Labuan sudah bersedia menghadapi pemilihan tersebut. Apa yang penting bagi Puteri Labuan ialah masa depan Puteri UMNO sendiri. Bukan saja di peringkat Bahagian mahupun Negeri, tetapi juga untuk faedah dan kebaikan Puteri di peringkat Nasional keseluruhannya. Puteri Labuan mengharapkan sesiapa juga calon yang menang nanti, tidak akan mensia-siakan ahli-ahli Puteri di peringkat akar umbi....dan yang penting jangan pula janji tinggal janji saja. Puteri melihat persahabatan 4 calon ini sangat erat, dan perlu dicontohi ahli-ahli Puteri. Pastinya kepimpinan Puteri kali ini akan menjadikan Puteri UMNO lebih berjaya dan cemerlang serta akan terus meninggikan lagi martabat UMNO.

Kepada semua calon diucapkan SEMOGA BERJAYA dan teruskan perjuangan kita untuk agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.

GOOD LUCK!

PKS DALAM INDUSTRI HALAL HAB LABUAN

ABDULLAH mendengar taklimat daripada CEO Marditech Corporation Sdn Bhd, Anas Ahmad Nasarudin (kanan) mengenai model projek Hab Pengedaran Halal sambil diperhatikan Jeanne, Zulhasnan dan Suhaili (kiri) di Kiamsam, Labuan, semalam. - Foto Ruslan Sulai

Industri hab halal mesti disertai PKS

Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my

Strategi perluas pasaran: PM

LABUAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangunan industri hab halal tempatan mesti disertai penggerak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya peluang luas yang tersedia dapat dimanfaatkan dalam cakupan yang lebih luas.


Perdana Menteri berkata, walaupun pelbagai cabang hab halal boleh diterokai, masih banyak perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai antara pengeksport dan pengedar barangan halal utama di dunia.

Katanya, penggerak industri halal tidak terbatas kepada orang Islam saja kerana masyarakat bukan Islam juga boleh mengambil bahagian asalkan prosedur dan spesifikasi produk mengikut kehendak Islam.

"Industri hab halal tidak mempunyai batasan, malah ia adalah industri perkembangan baru yang perlu diberi perhatian untuk membangunkan negara kerana potensinya pada peringkat global dianggar bernilai AS$3 trilion.

"Saya mahu industri hab halal ini ada matlamat. Halal bukan merujuk kepada makanan semata-mata kerana halal ertinya baik, bersih, dan memanfaatkan pengguna," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah tapak Hab Pengedaran Halal Wilayah Persekutuan Labuan di Kiamsam, dekat sini, semalam.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusoff Mahal dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Abdullah berkata, Malaysia wajar membina strategi untuk diiktiraf sebagai pangkalan penghasilan dan pengeksport produk halal dunia.

Katanya, hasrat itu berupaya dicapai jika penggerak industri melaksanakan pendekatan terbaik, manakala pengusaha memiliki motivasi tinggi untuk maju.

"Memang kita sudah menjadi pengeksport ketika ini tetapi jumlahnya masih kecil dan belum mencukupi. Bilangannya mesti ditingkatkan dan industri mesti dibangunkan dengan kesedaran ia bakal membawa pulangan tinggi untuk negara," katanya.

Sementara itu, Zulhasnan berkata, projek itu meliputi kawasan seluas 25 hektar dan menjurus kepada penjenamaan produk Malaysia yang halal dan selamat.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090305232239/Article)

Thursday, March 5, 2009

PM : BINA JAMBATAN SABAH-LABUAN?

Kerajaan timbang bina jambatan Sabah-Labuan - PM

05/03/2009 12:09pm

LABUAN 5 Mac.— Kerajan Persekutuan bersedia menimbang untuk membina jambatan yang akan menghubungkan Sabah dengan Pulau Labuan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melakukan kajian kesesuaian untuk projek berkenaan.

“Ia tidaklah serta merta tetapi saya berharap ia akan menjadi kenyataan,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah Projek Hab Pengedaran Halal, di sini hari ini.

Abdullah berkata dengan terbinanya jambatan itu kelak, ia bukan sahaja akan memudahkan perhubungan tetapi juga akan membantu memajukan Labuan termasuk dalam industri halal.

“Bekalan sumber di Labuan mungkin tidak akan mencukupi bagi industri ini dan mungkin kita terpaksa mendapatkannya dari Sabah. Jadi, kita perlu tengok kesesuaian untuk membina jambatan,” katanya. - Bernama

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm)

Wednesday, March 4, 2009

CALON PUTERI, BERTANDING SECARA SIHAT

Calon Puteri UMNO diminta bertanding secara sihat
04/03/2009 2:46pm

KUALA LUMPUR 4 Mac. — Semua calon yang akan bertanding pelbagai jawatan dalam Pergerakan Puteri Umno dinasihati mengutamakan soal pengukuhan dan penyatuan serta bertanding secara sihat, kata Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad.

Calon-calon Puteri Umno juga diminta supaya tidak melanggar peraturan, tidak terbabit dalam gejala politik wang, tidak menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada lawan masing-masing serta menyerang peribadi pesaing dengan pelbagai cara termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), kata beliau.

“Mereka juga harus memelihara tatasusila dan budaya Melayu, menumpukan perhatian untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada perwakilan dan menerangkan manifesto dan perjuangan masing-masing untuk masa depan Puteri Umno dan bukannya menyerang peribadi calon-calon yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia meminta semua anggota Puteri termasuk calon-calon dalam pertandingan itu melaporkan terus kepada ibu pejabat Umno atau Lembaga Disiplin ibu pejabat Umno Malaysia sekiranya wujud perbuatan kempen melanggar peraturan atau gejala politik wang.

Noraini menegaskan bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang bertanding dan bersikap berkecuali sepenuhnya kerana semua yang bertanding adalah rakan-rakan dan ’adik-adiknya’ dalam Puteri Umno.

Beliau yakin perwakilan akan memilih calon yang terbaik untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Puteri Umno demi kepentingan orang Melayu dan generasi muda di Malaysia. — Bernama

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)

Tuesday, March 3, 2009

YB ROSNAH : Adun Skudai Belajar Semula Sejarah (Pls!!)

Aparteid: Puteri Umno Minta Adun Skudai Belajar Semula Sejarah

KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Puteri Umno yang kesal dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri Skudai, Johor Dr Boo Cheng Hau mengenai 'bumiputeraisme" meminta beliau menduduki semula kelas sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Naib Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata adalah suatu yang memalukan apabila Dr Boo sebagai seorang bergelar "Yang Berhormat" membuat kenyataan seperti itu yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Kenyataan beliau yang menyamakan aparteid dengan kedudukan Bumiputera di Malaysia adalah perbuatan yang melampau dan angkuh yang nyata.

"Sepatutnya beliau faham apa kesan daripada kenyataan yang bukan sahaja tidak tepat, malah melukakan perasaan bumiputera," katanya di sini, Isnin.

Rosnah mengulas kenyataan Dr Boo di Dewan Undangan Negeri Johor minggu lepas bahawa amalan "bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan Bumiputera yang diamalkan di negeri itu menyamai ideologi aparteid.

Pengerusi DAP Johor itu berkata amalan itu bersifat aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata kenyataan Dr Boo itu juga boleh mengelirukan orang ramai khususnya mengenai kedudukan Bumiputera yang dilindungi di bawah perlembagaan negara.

"Jika dasar aparteid disamakan, mungkin Cheng Hau sendiri tidak akan dapat menjadi seorang wakil rakyat di DUN Johor, kita tidak pernah melihat ada pasar, kedai, restoran atau apa sahaja tempat hanya untuk satu kaum sahaja.

"Dalam aspek pemilikan ekonomi pula kaum bukan bumiputera jauh mengatasi bumiputera, malah tidak pernah ada sekatan atau had kepada mereka," kata beliau.

Sehubungan itu, Rosnah meminta kerajaan khususnya Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya mewujudkan satu akta mewajibkan mana-mana Adun, anggota Parlimen serta pemimpin pertubuhan lain yang "buta sivik dan sejarah" menduduki kelas khas sehingga lulus.

Di BATU PAHAT, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata kenyataan Dr Boo itu adalah tidak wajar dan berpotensi meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor itu berkata kenyataan sebegitu yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat perlu dielakkan terutamanya ketika negara sedang menghadapi cabaran getir krisis ekonomi dunia sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Hussein Onn di sini, beliau berkata kenyataan Dr Boo itu turut mendedahkan tembelang sebenar DAP berkenaan perjuangan politik mereka selama ini.

Mohamed Khaled berkata, negara memerlukan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang yang meluas di antara kaum Bumiputera dengan kaum-kaum lain terutamanya di dalam bidang ekonomi.

Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain merapatkan jurang itu, katanya.

-- BERNAMA

(Sumber :- http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=393450)

Monday, March 2, 2009

UJI KEMATANGAN BERPOLITIK CALON KPUM

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090228230003/Article/)

Soal Jawab: Kematangan berpolitik bakal Ketua Puteri diuji


Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Rosnah, Shahaniza, Saarah komited untuk pulih semula maruah Umno di kalangan generasi muda

Mengapa mahu bertanding jawatan Ketua Puteri?

Rosnah:
Sebagai orang nombor dua Puteri wajarlah saya menawarkan diri mengisi jawatan Ketua Puteri Umno yang bakal dikosongkan Datuk Noraini Ahmad, akhir bulan ini. Pada masa sama, saya turut menyahut sokongan rakan di akar umbi yang meminta saya menawarkan diri.


Saya juga terpanggil menjadi sebahagian jentera parti yang terbabit secara langsung dalam proses membaik pulih parti ketika Umno memerlukan semua ahli khususnya orang muda bersama-sama mendokong aspirasi parti dan kerajaan yang memerintah agar terus relevan.

Shahaniza:
Jawatan Ketua Puteri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Tanggungjawabnya amat besar, lebih-lebih lagi dalam senario politik hari ini, semua orang mengharapkan sesuatu daripada Umno. Malah sedar atau tidak, sebenarnya Umno menjadi payung bukan saja kepada ahlinya, tetapi rakyat Malaysia. Puteri sebagai sayap Umno yang ditubuhkan pada 2001 untuk menjadi ejen perubahan Umno bagi menarik generasi muda. Saya mendapat sokongan akar umbi yang mahukan saya memimpin pergerakan Puteri kerana menjadi antara pemimpin awal bersama Datuk Seri Azalina Othman ketika Puteri ditubuhkan. Oleh kerana itulah, saya mendapat sokongan dan saya menerimanya dengan penuh tanggungjawab serta akan memberikan komitmen terbaik menerajui Puteri.

Saarah:
Saya adalah antara terawal ditawarkan jawatan Puteri ketika ditubuhkan dulu. Saya menolaknya kerana berhasrat berada pada peringkat akar umbi saja. Saya fikir lebih baik belajar ilmu politik di bahagian sebelum memegang jawatan tertinggi. Selepas lapan tahun, sudah tiba masanya untuk bertanding lebih-lebih lagi apabila mendapat dua pencalonan. Saya menghormati pencalonan itu dan berasakan Puteri perlukan anjakan drastik. Jika saya menolak pencalonan itu bermakna saya menolak harapan dan hasrat akar umbi.

Saarah Ali Bashah

Bagaimana peluang kemenangan memandangkan persaingan sengit daripada calon lain?

Rosnah:
Saya melihat calon bertanding mempunyai kekuatan masing-masing dan tidak pernah memandang ringan keupayaan mereka. Bagi saya, apabila seseorang mendapat pencalonan, bermakna beliau meraih kepercayaan untuk bertanding. Tetapi biarlah pencalonan itu tidak dipengaruhi unsur negatif tetapi dibuat atas kepercayaan calon benar-benar layak dan berkaliber. Sewaktu bertemu pemimpin akar umbi dan perwakilan, mereka menunjukkan sokongan untuk saya meneruskan hasrat bertanding. Saya melihat sokongan ikhlas ahli yang mahu melihat kesinambungan pimpinan suara generasi wanita muda hari ini. Seperti diketahui ini kali pertama pemilihan jawatan tertinggi menerusi proses demokrasi. Peluang saya, Insya Allah, sudah tentu ada dengan sokongan semua. Namun, semua yang berlaku dengan ketentuan Allah. Tetapi janganlah menyebabkan perpecahan dan kehancuran Puteri, mengadu-domba dan menyebar fitnah untuk menang. Biarlah ahli membuat pilihan dan kita harus hormati pilihan itu.

Shahaniza:
Mereka yang bertanding bukan orang lain, tetapi rakan saya khususnya Rosnah dan Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mana kami menjadi ketua penaja negeri masing-masing sewaktu penubuhan Puteri. Saya berasakan ini pertandingan dalam semangat kekeluargaan. Masing-masing mempunyai pengalaman bersama Puteri Umno. Ada kelebihan masing-masing yang boleh dimanfaatkan parti, khususnya Puteri. Kita menganggap pemilihan ini memberi peluang akar umbi menentukan kepemimpinan terbaik. Saya khususnya secara peribadi berasakan sesiapa pun yang dipilih perwakilan adalah calon terbaik yang seharusnya disokong dan parti harus disatukan semula. Tetapi saya menyeru perwakilan membuat penilaian dan pilihan sebaik-baiknya. Pemilihan ini nanti bukan setakat menentukan jatuh bangunnya Puteri tetapi imej Umno sendiri di mata rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Saarah:
Ini bukan kali pertama saya bertanding. Pada 2004, saya menawarkan diri dan layak bertanding. Saya juga satu-satunya calon daripada lima lain yang layak bertanding buat kali kedua. Sebelum ini saya menarik diri apabila Puteri mengambil pendekatan peralihan kuasa secara kompromi. Ketika itu, Puteri masih belum matang dan tidak nampak kedudukan masing-masing untuk bertanding. Tahun ini, saya lihat banyak Bahagian ada pertandingan dan ahli sudah tahu kedudukan dalam Puteri. Pertandingan tidak bermaksud Puteri berpecah belah tetapi ahli mahukan pemimpin terbaik untuk parti. Saya lihat perwakilan Puteri kini matang dan akan buat penilaian terbaik. Terpulang kepada calon meyakinkan perwakilan. Saya tahu ramai menuduh saya bertanding sebagai 'pengacau' untuk memecah undi. Saya juga dituduh wakil parti pembangkang, tetapi saya tidak kisah dan anggap ini adat pertandingan dan satu provokasi. Saya tidak akan melatah atau emosional. Saya seorang yang profesional dan ketika turun padang, semua ini sudah saya jelaskan. Mereka yang buat tuduhan itu tidak perlu berada dalam parti kerana cuba melaga-lagakan pemimpin dan tidak mahukan pertandingan yang sihat.

Shahaniza Shamsuddin
Apakah ciri seorang Ketua Puteri pada pandangan anda?

Rosnah:
Apabila perwakilan membuat pilihan kepemimpinan Puteri, mereka bukan sekadar memilih Ketua, tetapi pemimpin yang bakal mengemudi dan mencorakkan hala tuju pergerakan menempuh cabaran mendatang. Kita harus akur dan insaf, keadaan politik sekarang tidak seperti dulu. Terlalu banyak cabaran yang menuntut kita mengembalikan kepercayaan rakyat, khususnya orang muda dan anggota masyarakat kepada kepemimpinan kerajaan sekarang. Kita harus pastikan parti kita dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) terus relevan di hati, minda dan mata masyarakat. Kita juga harus ingat, dianggarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak, pengundi muda mewakili 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Itu satu jumlah besar dan menunjukkan negara kita akan rata rata dipenuhi dengan generasi muda dan dianggarkan juga mereka yang berusia bawah 40 tahun saja dijangka mencecah 11.8 juta orang. Sekarang ini isu pembangunan tidak lagi jadi isu, sebaliknya yang dititikberatkan anak muda lebih kepada hak kemanusiaan, pekerjaan, keupayaan ekonomi serta penjanaan pendapatan.

Shahaniza:
Bagi saya, Puteri ditubuhkan sebagai wadah perjuangan wanita Melayu muda. Kita mahu perjuangkan apa yang wanita muda Melayu di luar sana, mahukan. Oleh itu, seorang Ketua Puteri harus berani menyuarakan dan tahu untuk berdiplomasi dengan pemimpin atasan, tahu masalah rakyat. Ciri ketua berasaskan tiga perkara - mempunyai kemahiran kepemimpinan, berpengetahuan luas dan bijaksana. Sebagai ketua, beliau bukan sekadar tahu menguruskan anak buahnya tetapi memimpin mereka. Pemimpin mestilah seorang yang memberi inspirasi, motivasi dan panduan kepada pengikutnya. Sebagai sayap parti politik, Ketua Puteri perlu fahami sedalam-dalamnya strategi politik kerana pada akhirnya kejayaan kita tidak diukur dengan berapa ramai ahli dan jumlah program, tetapi diukur menerusi ke me nangan dalam pilihan raya akan datang.

Saarah:
Seorang Ketua Puteri tahu arah mana untuk mereka bawa dan hala tuju. Ketua Puteri perlu tahu mengurus dengan baik, bukannya memberi arahan. Ketika turun padang, ahli memaklumkan yang mereka mahukan perubahan dan saya beritahu jika mahukan perubahan bukan bergantung kepada ketua. Ketua hanya boleh bawa hala tuju dan ahli tentukan perubahan yang dimahukan. Ketua berperanan menguatkan barisan hadapan iaitu Ketua Bahagian bagi membantu beliau mencapai tujuan menjayakan Puteri. Seorang ketua tidak boleh jumpa semua ahli, jadi pemimpin barisan hadapan memberi kekuatan padanya untuk memastikan kejayaan Puteri. Sebagai ketua, beliau harus peka dengan kehendak ahli, turun ke akar umbi. Apabila turun padang, perlu ada hubungan lebih mesra supaya tidak 'syok sendiri.'

Apa yang boleh ditawarkan jika dipilih sebagai Ketua Puteri?

Rosnah:
Sudah tentu saya mahu menawarkan khidmat terbaik. Saya sedar mandat dan tanggungjawab untuk memimpin Puteri yang mewakili suara generasi muda, bukan sesuatu yang mudah. Ini tanggungjawab besar. Kita tidak boleh menolak hakikat bila berlaku pemilihan, sudah tentu wujud kumpulan tertentu dalam Puteri. Masing-masing ada pilihan sendiri. Namun sebagai pemimpin yang baik, beliau mesti boleh memimpin semua, baik yang menyokong atau tidak. Sejurus selepas pemilihan, ahli Puteri perlu disatukan sebagai jentera dan pasukan yang kuat. Kita perlu beri kesedaran kepada ahli akar umbi yang pemilihan itu proses biasa bagi menghormati sistem demokrasi. Namun, kita harus melihat selepas pemilihan, dalam erti kata lain melangkaui Mac, 2009 kerana di situlah cabaran sebenar. Perwakilan Puteri diberi amanah memilih barisan kepemimpinan akan datang dan perlu bijak membuat pilihan. Fokus Puteri adalah menjadi jentera kuat yang mampu membantu parti dalam usaha membaik pulih imej parti di mata dan jiwa rakyat. Tidak guna kita menang pemilihan parti tetapi kalah pilihan raya dan seterusnya hilang di mata, hati dan jiwa rakyat yang diberi hak memilih kita.

Shahaniza:
Andai terpilih, tanggungjawab pertama saya harus lakukan adalah memperkukuhkan Puteri pada semua peringkat, khususnya akar umbi. Bagi saya, sebatang pokok itu akarnya mesti kuat barulah ia mengeluarkan pucuk. Saya akan turun ke setiap bahagian dan menyelami apakah masalah Puteri di setiap bahagian dan cawangan. Masalah di bahagian Maran mungkin tidak sama dengan apa berlaku di Kuala Kedah. Kita perlu menyelami masalah parti kita sebelum ia dapat diterjemahkan dengan strategi. Satu-satu program tidak mungkin sesuai dari satu tempat ke tempat lain. Pendekatan kita yang penting, bagaimana mahu memenangi hati rakyat dan meneruskan slogan Umno, Tradisi Membela Rakyat. Itulah perkara utama yang saya akan lakukan. Saya menawarkan pengalaman, pengetahuan dan komitmen diri saya serta kelebihan sebagai wakil rakyat untuk dikongsi bersama Puteri.

Saarah:
Saya boleh berkhidmat lebih baik dan menetapkan dua agenda penting iaitu ilmu dan ekonomi. Saya akui masih ada mengutarakan isu politik seperti Ketuanan Melayu tetapi kita kena buka minda dengan mengambil kira isu politik yang lebih praktikal iaitu harus mendedahkan ahli kepada usaha memajukan diri. Kita jangan hanya sibuk menimbulkan isu sensitif seperti perkauman. Saya tidak mahu ahli Puteri tertumpu hanya ke arah itu sehingga ketinggalan soal agenda ekonomi. Saya tidak mahu tumpuan isu politik tanpa mengambil kira politik yang praktikal. Kita kena lihat senario semasa dan masa depan. Lagi pun, Puteri hanya sekadar transit - tempat persinggahan sebelum ahlinya berhijrah ke Wanita. Visi saya adalah menubuhkan kolej Puteri Umno, manakala misi saya, menaikkan taraf ekonomi dan pendidikan sebagai persediaan ke arah negara maju. Saya ingin lihat lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan masalah sosial diatasi dengan kematangan minda. Puteri juga perlu menerajui peluang dan kemajuan wanita Islam pada peringkat antarabangsa menerusi jalinan ekonomi dengan negara Islam lain.

Tidakkah faktor usia yang menghampiri 40 tahun membataskan peranan sebagai Ketua Puteri?

Rosnah:
Dalam Puteri, kita dibataskan had usia 40 tahun bagi Ketua dan keahliannya, 35 tahun. Saya tak mahu berselindung kerana inilah masalah dan kekangan yang berlaku di dalam pergerakan puteri. Had usia Ketua Puteri 40 tahun berbanding Ketua Wanita dan Pemuda yang tiada had umur. Isu ini menjadi keluhan sebahagian besar ahli Puteri. Saya yakin dan percaya, Azalina dan Noraini turut mengalami keadaan sama. Sebenarnya kita sudah pun memohon dan kita menerima banyak usul dari akar umbi yang meminta supaya had umur keahlian Puteri dilanjutkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun dan had umur Ketua Puteri dilanjutkan kepada sekurang kurangnya 45 tahun. Kita kehilangan ramai ahli Puteri setiap tahun kerana faktor usia ini. Ia menyukarkan proses keahlian kerana dibelenggu hakikat kehilangan ramai ahli setiap tahun. Jika kita melihat dari sudut pandangan positif, memang benar kita menggalakkan ahli Puteri giat mencari keahlian, tetapi pada sudut lain ia membawa banyak kesukaran. Contohnya, apabila ahli menyertai Puteri pada usia 34 tahun, tahun berikutnya mereka berhijrah ke Wanita. Saya merayu pucuk pimpinan supaya mengkaji semula perkara ini kerana ia membataskan pembabitan ahli dalam Puteri. Pergerakan ini sepatutnya menjadi landasan melatih wanita muda Melayu dalam politik dan menjadi pemimpin berjaya di peringkat Wanita.

Shahaniza:
Saya tidak melihat faktor ini membataskan peranan. Walaupun usia boleh dibandingkan dengan jurang tertentu, tapi sebagai pemimpin, kita perlu fahami dan menjiwai kelompok ini. Jika tidak, kita tidak boleh jadi pemimpin. Bagi saya, perlu bagi seorang Ketua Puteri matang supaya boleh menjadi saudara tua dan tempat ahli mengadu masalah. Kematangan dan pengalaman politik itu penting. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu anggap anak buah sebagai rakan. Kita tidak boleh ada jurang. Saya tidak nampak usia jadi penghalang. Kalau kita seorang pemimpin yang baik, kita mesti ambil tahu dan mengenal pasti kaedah bersesuaian demi kepentingan bersama.

Saarah:
Had umur adalah satu masalah kepada ahli Puteri memberikan khidmat mereka. Jika ada kelonggaran, lebih baik ia diubah. Saya faham mungkin parti mahu menjadikan Puteri pelapis tetapi dalam tempoh yang singkat, sukar mengubah atau berbuat apa-apa. Tambahan pula jika pemimpin di dalamnya tiada kredibiliti. Ketua Puteri sebenarnya mempunyai cabaran hebat kerana tempoh perkhidmatan singkat. Di awal penubuhan Puteri, umur ahli ditetapkan dari 18 hingga 30 tahun saja. Saya mengambil inisiatif menulis surat kepada Presiden parti ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta had usia dinaikkan. Selepas itu, umur ahli Puteri dianjakkan kepada 35 tahun. Bermakna idea saya itu diterima dan sejak awal penubuhan Puteri lagi saya sudah beri sumbangan dan kreativiti. Kepekaan saya terhadap Puteri memang diberikan sejak awal penubuhannya. Cuma atas nasihat bapa yang dulunya Ketua Umno Bahagian, saya tidak meneruskan memegang jawatan tinggi pergerakan. Bapa menasihati supaya menjadi seperti ular menyusur akar dan menimba ilmu dalam politik sebelum memegang jawatan.