KUALA LUMPUR, 16 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan permasalahan yang dihadapi rakyat.
Beliau memaklumkan melalui pendekatan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudiannya diikuti oleh semua para pemimpin lain telah membolehkan masalah yang dihadapi rakyat terus sampai kepada pucuk pimpinan.
“Bukan bermakna bahawa sebelum ini kerajaan bersikap tidak mengambil tahu tetapi dengan turun padang ini pemimpin akan lebih dekat dan dapat memahami masalah rakyat dengan terus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Mesra Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Parlimen Batu, di sini.
Menurut beliau lagi, melalui tinjauan yang beliau lakukan di kawasan flat Sentul di sini, jelas dapat dilihat bahawa rakyat berdepan dengan masalah seharian berhubung keselesaan dalam kehidupan mereka.
Lantaran itu katanya, sewajarnya masyarakat dapat menangani masalah tersebut yang umumnya membabitkan dengan penggunaan lif dan kerosakan yang seringkali berlaku selain daripada pembekalan bekalan air bersih yang biasanya berkarat.
Ini ditambah lagi dengan pemandangan kawasan bangunan flat yang hodoh dan memerlukan penyelenggaraan, lantas jika tidak diurus dengan lebih baik dan segera maka tentunya keadaan yang lebih buruk akan berlaku.
“Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa kerajaan akan lepas tangan begitu sahaja sebaliknya akan terus membantu untuk meringankan beban rakyat,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama juga, beliau memaklumkan bahawa kerajaan turut prihatin dengan isu pendidikan penduduk tempatan termasuklah penempatan sekolah dikawasan flat terbabit iaitu Sekolah Seri Perak yang telah berusia sekitar 20 tahun.
“Atas bukti bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat untuk keselesaan sebuah sekolah baru akan dibina dengan tapak yang lebih sesuai bagi menggantikan sekolah tersebut dan peruntukan juga telah ada iaitu lebih 20 juta,” maklum beliau yang telah meninjau sendiri keadaan di sekolah berkaitan.
Ujar beliau lagi, komitmen kerajaan untuk bersama-sama rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka bukanlah sekadar kata-kata kosong malahan kerajaan bertindak sedemikian tanpa melihat kepada aliran politik atau kawasan yang diterajui pembangkang.
“Setiap masalah berbangkit ada formula sendiri untuk menyelesaikannya dan apa yang dilakukan oleh kerajaan bukanlah janji-janji politik sebagaimana yang selalu diperkatakan oleh pembangkang sebaliknya komitmen sepenuh hati dengan kebijaksanaan pemimpin menjadi agenda utama,” tegas beliau lagi.
Dalam ucapannya beliau turut menyentuh berkaitan perpaduan dan kesejahteraan negara yang cuba dicalarkan oleh pihak tertentu apabila mempropagandakan penggunaan ‘Allah’ hinggakan merunsingkan masayarakat tempatan.
“Kita tidak akan membenarkan sesiapa pun merosakkan kesejahteraan yang hanya akan membantutkan kemajuan negara malahan semua kaum di negara ini telah berikrar untuk mempertahankan keharmonian dengan perpaduan terus menjadi keutamaan.”
Dalam program tersebut juga, Timbalan Perdana Menteri berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang pendidikan khususnya peperiksaan UPSR dan PMR 2009.
Turut sama hadir dalam Program tersebut ialah para pemimpin kompenan BN termasuklah Pengerusi GerakanTan Sri Koh Tsu Koon, Pengerusi PPP Datuk Seri M. Kavies bersama dengan ahli jawatankuasa Parlimen Batu.
(Sumber :- http://umno-online.com/?p=5551)



1 comments:
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Blog 10 SI BUDAK HITAM diwujudkan atas dasar sayangkan KERAJAAN BARISAN NASIONAL amnya dan KERAJAAN UMNO khususnya, terutamanya di NEGERI TERCINTA INI, PERAK DARUL RIDZUAN. Kami juga dalam usaha untuk menggabungkan kesemua bloggers di Perak ini selari dengan saranan Menteri Besar Perak untuk melihat semua Bloggers bersatu dalam menyebarkan maklumat dan fakta yang sebenarnya.
Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan memayungi serangan Pakatan Rakyat,10 SI BUDAK HITAM yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers UMNO di Malaysia ini agar dapat sama-sama kita bersepakat dalam memberikan informasi berkaitan politik Perak ini.
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan blog kami,
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa tercinta.
Menjadi FOLLOWERS di Blog 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.
Post a Comment