ANDA PELAWAT KE


Wednesday, January 27, 2010

MAJLIS PENERANGAN PUTERI BERSAMA SAUDARI SHAHANIM MOHD YUSOFF, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA





23 Januari, Sabtu lepas, telah diadakan Majlis Penerangan bersama Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, sekaligus dengan penyampaian bantuan kepada golongan miskin dan warga emas. Majlis ini dianjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Labuan. Seramai 27 orang penerima telah diberikan sumbangan berupa keperluan harian.

Dalam perjumpaan ini, turut hadir bersama Puteri UMNO Bahagian Labuan ialah saudari Sarina Syarif - Ketua Puteri UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, saudara Rozman Datuk Hj. Isli - Setiauasa UMNO Bahagian Labuan, puan Hjh Aini Hj Safar - Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, saudara Mohd Rafi Ali Hassan - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan, saudari Rahimah Hj. Lamat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Monday, January 25, 2010

PERJUMPAAN PUTERI LABUAN BERSAMA KETUA PUTERI UMNO NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN



22 Januari lepas, Puteri Labuan telah menerima kunjungan dari Ketua Puteri Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, saudari Sarina Syarif. Perjumpaan telah diadakan di salah sebuah hotel di Wilayah Persekutuan Labuan. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut, antaranya kaedah untuk menambah keahlian Puteri di Bahagian Labuan dan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2010. Diharapkan perjumpaan kali ini telah memberikan manfaat kepada kesua-dua pihak sama ada Puteri Bahagian mahupun di peringkat Puteri UMNO Negeri sendiri.

Sunday, January 17, 2010

Kerajaan Prihatin Masalah Rakyat – TPM

Jan 16th, 2010 | By administrator | Category: Berita Utama

tpmKUALA LUMPUR, 16 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Beliau memaklumkan melalui pendekatan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudiannya diikuti oleh semua para pemimpin lain telah membolehkan masalah yang dihadapi rakyat terus sampai kepada pucuk pimpinan.

“Bukan bermakna bahawa sebelum ini kerajaan bersikap tidak mengambil tahu tetapi dengan turun padang ini pemimpin akan lebih dekat dan dapat memahami masalah rakyat dengan terus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Mesra Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Parlimen Batu, di sini.

Menurut beliau lagi, melalui tinjauan yang beliau lakukan di kawasan flat Sentul di sini, jelas dapat dilihat bahawa rakyat berdepan dengan masalah seharian berhubung keselesaan dalam kehidupan mereka.

Lantaran itu katanya, sewajarnya masyarakat dapat menangani masalah tersebut yang umumnya membabitkan dengan penggunaan lif dan kerosakan yang seringkali berlaku selain daripada pembekalan bekalan air bersih yang biasanya berkarat.

Ini ditambah lagi dengan pemandangan kawasan bangunan flat yang hodoh dan memerlukan penyelenggaraan, lantas jika tidak diurus dengan lebih baik dan segera maka tentunya keadaan yang lebih buruk akan berlaku.

“Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa kerajaan akan lepas tangan begitu sahaja sebaliknya akan terus membantu untuk meringankan beban rakyat,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama juga, beliau memaklumkan bahawa kerajaan turut prihatin dengan isu pendidikan penduduk tempatan termasuklah penempatan sekolah dikawasan flat terbabit iaitu Sekolah Seri Perak yang telah berusia sekitar 20 tahun.

“Atas bukti bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat untuk keselesaan sebuah sekolah baru akan dibina dengan tapak yang lebih sesuai bagi menggantikan sekolah tersebut dan peruntukan juga telah ada iaitu lebih 20 juta,” maklum beliau yang telah meninjau sendiri keadaan di sekolah berkaitan.

Ujar beliau lagi, komitmen kerajaan untuk bersama-sama rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka bukanlah sekadar kata-kata kosong malahan kerajaan bertindak sedemikian tanpa melihat kepada aliran politik atau kawasan yang diterajui pembangkang.

“Setiap masalah berbangkit ada formula sendiri untuk menyelesaikannya dan apa yang dilakukan oleh kerajaan bukanlah janji-janji politik sebagaimana yang selalu diperkatakan oleh pembangkang sebaliknya komitmen sepenuh hati dengan kebijaksanaan pemimpin menjadi agenda utama,” tegas beliau lagi.

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh berkaitan perpaduan dan kesejahteraan negara yang cuba dicalarkan oleh pihak tertentu apabila mempropagandakan penggunaan ‘Allah’ hinggakan merunsingkan masayarakat tempatan.

“Kita tidak akan membenarkan sesiapa pun merosakkan kesejahteraan yang hanya akan membantutkan kemajuan negara malahan semua kaum di negara ini telah berikrar untuk mempertahankan keharmonian dengan perpaduan terus menjadi keutamaan.”

Dalam program tersebut juga, Timbalan Perdana Menteri berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang pendidikan khususnya peperiksaan UPSR dan PMR 2009.

Turut sama hadir dalam Program tersebut ialah para pemimpin kompenan BN termasuklah Pengerusi GerakanTan Sri Koh Tsu Koon, Pengerusi PPP Datuk Seri M. Kavies bersama dengan ahli jawatankuasa Parlimen Batu.

(Sumber :- http://umno-online.com/?p=5551)